Friday, December 14, 2018

Pembentukan Bangsa Malaya











Pertumpahan darah selepas zaman Jepun antara Melayu-Cina dan peristiwa 13 Mat 69
Malayan Union : Melayu menentang dan bukan Melayu menyokong
Persekutuan Malaya: Bukan Melayu menentang dan Melayu menyokong; kecuali radikal Melayu
Keganasan Komunis dan Perkauman Meruncing
Punca:

1. Kebanyakan anggota Parti Komunis Malaya(PKM) adalah Cina
2. Kebanyakan polis dan tentera adalah Melayu

Langkah British menangani ancaman PKM dan merapatkan jurang perkauman
Menyekat sokongan dan simpati Cina kepada PKM dengan mengadakan program kampung baru, Catuan makanan, Sekatan jalan, Kad pengenalan dan Perintah berkurung.
Memperkuat pasukan tentera, polis dan keselamatan di seluruh Tanah Melayu untuk menghadapi ancaman bersenjata komunis

Menyokong penubuhan Persatuan Cina Malaya ( MCA )yang diasaskan oleh Tan Cheng Lock untuk menyatukan masyarakat Cina menentang PKM supaya masyarakat Melayu tidak bersendirian menentang komunis seterusnya menangani sentimen perkauman dalam isu tersebut
Jawatankuasa Muhibbah Antara  Kaum ( 1949 ) forum permuafakatan untuk mencari jalan mengatasi ancaman komunis dan merapatkan jurang perkauman

British menjanjikan kemerdekaan dan penyediaan rakyat Tanah Melayu berkerajaan sendiri .Ini melemahkan propaganda dan perjuangan PKM kerana tidak ada modal ampuh lagi menentang British.

Sumbangan UMNO menerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
UMNO (pimpinan Dato Onn) bersedia melonggarkan sedikit syarat kerakyatan kepada bukan Melayu supaya tidak beralih kepada PKM.
Pada 1952, kira-kira 1,200,000 Cina layak menjadi warganegara dan 180,000 India turut mendapat hak yang sama.
Dato Onn (UMNO) bertolak ansur demi memikirkan keamanan Tanah Melayu .

ANCAMAN POLITIK PERKAUMAN TERUS MEMBIAK
 Apakah PUNCAnya:
Ü

Keengganan sesetengah orang Cina menyertai pasukan khas Perkhidmatan Kebangsaan pada Disember 1950. Pasukan ini ditubuhkan untuk melawan keganasan komunis dan merapatkan hubungan antara Melayu-Cina, sekaligus mengikis prejudis perkauman. Pada 1951, hanya 1,800 pemuda Cina menyertainya. Itu pun kebanyakannya yang berpendidikan Inggeris dan sedikit sahaja daripada aliran sekolah Cina. Ribuan pemuda Cina melarikan diri dari Tanah Melayu. Melayu ragui kesetiaan Cina terhadap TM.

Faktor kedua:
Akibat gerakan politik yang bercita-cita memisahkan Pulau Pinang daripada Persekutuan Tanah Melayu. Dilancarkan oleh Cina-India . Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, Persatuan Negeri P. Pinang, Dewan Perniagaan India Pulau Pinang, Persatuan Serani Pulau Pinang ( dll ).
Berlaku pada Disember 1948. Gerakan ini bertujuan menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura II. Pada Januari 1949, lebih 2,000 Melayu berdemo menyatakan bantahan keras menerusi UMNO Pulau Pinang.

Punca seterusnya:
Kesan Rancangan Briggs. Melalui Rancangan Briggs, British menempatkan semula setinggan Cina di luar bandar-pinggir hutan di KAMPUNG BARU. Tetapi, British mengambil Tanah Simpanan Melayu sebagai tapaknya. Tindakan ini merugikan dan menjejaskan tanah orang Melayu. Namun, demi memikirkan kestabilan negara dan keharmonian, isu ini tidak diperbesarkan oleh orang Melayu sendiri.

Di samping itu:
Ketika darurat, British lebih banyak membelanjakan wang untuk menghapuskan komunis dan memujuk masyarakat Cina menyokong British. Selain melonggarkan syarat kerakyatan, British juga tidak mempedulikan kemiskinan dan nasib ekonomi Melayu. Lebih banyak wang digunakan untuk memajukan Kampung Baru berbanding kampung Melayu. Kampung Baru berkembang menjadi pekan-bandar.

Faktor kelima:
Kegagalan usaha Onn Jaafar membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu pada 1951. Sebenarnya, Onn berjaya membawa masuk bukan Melayu menjadi ahli UMNO sejak Mei 1949 lagi.
Antara yang pernah menjadi ahli UMNO ialah 30 taukei Cina dari P. Pinang ( seperti Khoo Teik Eee dan Tan Kim Boon ),
Lebih 100 India dari Perak dan KL termasuk E.E.C. Thuraisingham
Lebih 200 Cina-India menjadi ahli UMNO di Johor.
Usaha ini gagal kerana ditentang oleh perwakilan UMNO. Mereka bimbang akan dikuasai pula oleh bukan Melayu. Inilah hakikat politik perkauman dimasa itu.


No comments:

Post a Comment