Wednesday, October 9, 2013

Hukum Korban dan Hukum Melakukan Ibadah Korban Bagi Pihak Orang Lain



Hukum Korban
Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.

Waktu melakukan ibadah Korban
 Korban boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.

Bolehkah diniatkan akikah semasa melakukan korban?
Boleh juga diniatkan akikah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya berbanding korban. 7 bahagian daging korban (tidak termasuk akikah) akan menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di hari akhirat.

Pembahagian daging
Tiap-tiap orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan). Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi. (dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).

Bolehkah daging korban diberi kepada orang kaya?
Daging korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban, tetapi tidak boleh diberi kepada orang kafir,

Bolehkah daging korban disimpan?
Pada permulaan Islam tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.

Sedekah pahala korban unuk Nabi
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi  Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w  dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.


Hukum Melakukan Ibadah Korban
Bagi Pihak Orang Lain

(  Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
  Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda  )

Menyembelih korban selepas naik matahari pada Hari Raya Adhhaiaitu sekadar berlalu sembahyang dua rakaat dan dua khutbah ringkas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari pada hari Tasyriq terakhir iaitu hari ke 13 Zulhijjah merupakan salah satu ibadah yang dituntut oleh agama. Tuntutan ini jelas disebutkan sebagaimana firman Allah SWT.

Mafhumnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Surah al-Kautsar: 2)

Hukum berkorban ialah sunat mu’akkadah (sunat yang sangatdituntut) bagi orang baligh, berakal, merdeka serta berkemampuan untuk melaksanakannya. Maksud berkemampuan di sini adalah orang yang mampu untuk berkorban setelah ada lebihan darikeperluannya dan keperluan orang-orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya Adhha dan hari-hari Tasyriq.Menurut jumhur ulama, sunat melakukan korban bagi orang yang mampu dan makruh hukumnya jika dia tidak melakukannya sedangkan dia ada kemampuan untuk melakukan korban. Hukum ini akan menjadi sunat mu’akkadah ‘ainiyyah iaitu sunat yang dituntut ke atas orang itu sendiri sekiranya dia tinggal bersendirian di dalam sebuah rumah. Dan sebaliknya menjadi sunat
mu’akkadah kifayah iaitu sunat yang dituntut secara umum bagi sebuah keluarga dalam sebuah rumah. Jika salah seorang daripada ahli keluarga di dalam rumah tersebut melakukan korban, maka gugurlah tuntutan sunat kifayah daripada anggota keluarga yang lain.

Tuntutan untuk melaksanakan korban ini sudah mendapat perhatian daripada orang ramai. Timbulnya kesedaran di kalangan orang Islam terhadap keutamaan ibadah korban menyebabkan tidak sedikit jumlah binatang korban yang disembelih setiap menjelangnya Hari Raya Adhha, bahkan semakin bertambah jumlahnya setiap tahun. Ini kerana selain dari menjunjung tuntutan syara‘, keghairahan untuk meraih ganjaran juga tidak dibiarkan terlepas begitu sahaja.

 Dari segi yang lain pula, kelebihan dari segi kewangan bagi sesetengah individu menyebabkan mereka bukan sahaja melakukan korban untuk mereka sendiri, bahkan untuk pihak orang lain dengan perbelanjaan yang ditanggung oleh mereka sendiri. Ada yang melakukan korban untuk ibu-bapa, anak-anak, adik beradik, saudara mara malahan untuk teman-teman mereka. Persoalan yang timbul ialah kedudukan hukum seseorang yang melakukan korban bagi pihak orang lain.

Adakah sah atau tidak korban yang dilakukan untuk orang lain dengan kos perbelanjaan daripada harta orang yang melakukan korban itu? Perbincangan mengenai hukum melakukan korban bagi pihak orang lain ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:-

i.                    Melakukan korban bagi orang lain yang masih hidup.

ii.                  Melakukan korban bagi orang lain yang telah meninggal
            dunia.

Korban Bagi Orang Yang Hidup

Tidak harus melakukan korban bagi orang lain yang masih hidup dan tidak sah korban tersebut jika dilakukan kecuali dengan ada keizinan daripada orang tersebut. Ini kerana korban itu adalah
suatu ibadah dan melakukan ibadah untuk orang lain adalah ditegah kecuali jika ada dalil yang mengharuskan untuk berbuat sedemikian. Dalam perkara ibadah korban, adanya keizinan adalah
syarat yang mengharuskan seseorang itu melakukan korban bagi orang lain yang masih hidup.
Berbeza halnya dengan beberapa keadaan berikut:-

i. Wali (bapa dan datuk sahaja) boleh melakukan korban dengan kos perbelanjaan dikeluarkan daripada hartanya untuk orang-orang yang di bawah jagaannya seperti anak atau cucunya yang masih kecil. Dalam keadaan ini,n contohnya jika bapa melakukan korban untuk anaknya, maka
sah korban untuk anak tersebut, sementara si bapa pula memperolehi pahala hibah (pemberian).
Walau bagaimanapun tidak sah korban yang dilakukan untuk anak yang masih dalam kandungan. Ini kerana belum ada apa-apa tuntutan syara‘ yang dikenakan ke atasnya.

ii. Jika salah seorang daripada ahli keluarga dalam sebuah rumah melakukan korban untuk dirinya sudah dianggap melepaskan tanggungan sunat kifayah keluarga tersebut walaupun tanpa ada keizinan daripada ahli keluarga yang lain atau tanpa ada niat mereka untuk melakukan korban.

iii. Harus bagi pemimpin atau ketua melakukan korban bagi orang-orang Islam di bawahnya daripada harta Baitul Mal (jika ada kelebihan pada harta tersebut) dengan menyembelih badanah (unta atau lembu yang gemuk). Jika tidak mampu menyembelih badanah maka dengan seekor kambing biribiri. Walau bagaimanapun dengan sembelihan ini tidak menggugurkan tuntutan korban ke atas orang-orang Islam yang berkemampuan kerana apa yang diperolehi daripada
sembelihan pemimpin atau ketua itu adalah perolehan pahala semata-mata bagi orang-orang Islam. Daging daripada sembelihan ini juga boleh dimakan oleh orang-orang Islam termasuk orang-orang kaya kerana sembelihan itu dianggap sedekah semata-mata.

Korban Bagi Orang Yang Sudah Meninggal Dunia

Tidak harus bagi ahli waris mahupun orang lain melakukan korban bagi orang yang sudah meninggal dunia dan tidak sah korban yang dilakukan melainkan jika orang yang telah meninggal dunia itu pernah mewasiatkan sedemikian.

Apabila orang yang diwasiatkan melakukan korban bagi pihak si mati, maka dia tidak boleh memakan daging tersebut dan juga tidak boleh menghadiahkannya kepada orang kaya kecuali jika ada keizinan awal daripada si mati. Oleh yang demikian daging tersebut wajib diagihkan kesemuanya kepada fakir miskin. Begitulah penjelasan mengenai hukum melakukan korban bagi
orang lain, sama ada orang tersebut masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Apa yang jelas, seseorang yang ingin melakukan korban bagi orang lain perlu meminta keizinan terlebih dahulu daripada yang empunya diri atau dengan adanya wasiat yang ditinggalkan untuknya. Jika dilakukannya juga tanpa ada keizinan atau wasiat, maka korban tersebut tidak sah



No comments:

Post a Comment