Monday, May 12, 2014

10 PERKARA YANG SUAMI NAK ISTERI TAHU



Wahai para wanita yang bergelar isteri ketahuilah bahawa para suami selalu inginkan para isterinya memahami akan perasaan hatinya ..
maaf ye ni nota kuliah sy mlm ni hi.hi


10 PERKARA YANG SUAMI NAK ISTERI TAHU
1. Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan,sebab abang memang
tak tahu"
2. Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi kita di dalam bilik tidur, selalu abang
yang mula dulu!". Ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.
3. Buatkan suprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang
ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal"
4. Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang"
5. Kalau kita berjalan bersama,abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat"
6. Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayan
yang pilih.Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?"
7. kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang
sambil tangan pun letak di dada abang"
8. Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja, terus je mintak tolong,tak perlu
berkias-kias"
9. Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali","abang sayang saya tak?"sebab bila abang dah
jawab sayang , memang abang maksudkannya"
10.Abang tahu abang buat salah,tapi tolonglah jangan membebel tentang kesalahan abang."
Awasi lidah daripada membuat fitnah..
Lidah adalah salah satu anggota manusia yang penting dan sangat berguna. Selain daripada untuk merasa makanan dan minuman , lidah juga berperanan untuk seseorang itu berkata-kata . Tanpa lidah adalah mustahil manusia berkata2..
Oleh itu kita perlulah mengawasi lidah kerana disamping ianya memberi kebaikan , tidak kurang juga ia boleh mendatangkan keburukandan musibah kepada masyarakat..
Kata2 dan nasihat yang baik akan membawa manusia kepada kebaikan dan keharmonian ..
Manakala itu melalui lidah juga akan terungkap perkataan2 yang boleh mencaci, menfitnah,berbohong dan macam2 lagi dan sebagainya.
Justeru itu perkataan yang diungkapkan dari lidah yang tidak bertulang harus ditapis sebelum sampai kepada orang lain. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik2 dan kalau tidak mampu berbuat demikian lebih baik dia diam..
Ini membawa maksud bahawa seseorang itu yang beriman perlulah sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata2 biarlah hanya kepada perkara2 yang memberikan kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan maka adalah lebih baik berdiam diri sahaja.
Sebagai seorang muslim , percakapan yang tidak membawa manfaat adalah sia2 dan boleh membawa dosa. Kita perlu menyedari bahawa setiap perkataan yang diucapkan semuanya dicatatkan oleh mlaikat dalam buku amalan kita ..
Firman Allah swt dalan al-Quran surah Qaaf ayat 18..
makhumnya .. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan ( atau perbuatan yang dilakukan ) melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia ( menerima dan menulisnya )

Lidah akan menjadi saksi..

Lidah adalah salah satu ayat Allah , juga salah satu nikmat-Nya . Maka wajiblah manusia memeliharanya dari dosa dan kemaksiatan , serta menjaga nya dari ucapan2 yang dapat menimbulkan penyesalan dan kerugian . Lidah juga akan menjadi saksi pada hari khiamat sebagaimana firman Allah dalam al_Quran dalam surah An-nur ayat 24.
makhumnya.. Pada hari ketika lidah , tangan , kaki menjadi saksi atas mereka terhadap apa2 yang dahulu mereka kerjakan .
Lidah juga akan mengeraskan hati..
Lidah termasuk nikmat Allah swt yang sangat besar bagi manusia . Kebaikan yang diucapkan nya melahirkan manfaat yang luas dan apabila kejelekan yang dikatakan nya ia akan membuatkan keburukan yang panjang terhadap dirinya atau orang lain..
oleh itu kerana lidah tidak bertulang ia tidak sulit untuk digerakkan dan dipergunakan . Ia adalah alat paling penting yang dapat dimanfaat oleh syaitan dalam menjerumuskan manusia kelembah kehinaan ..
Lidah tidak bertulang
Kata orang lidah tidak bertulang, maka lebih senang mengata apa2 tanpa berfikir..
Bahaya lidah ini sebenarnya amat besar sekali. Nabi MUhammad saw juga pernah bersabda.: Tiada akan lurus keimanan seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya dan tiada akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya , dan seseorang hamba tidak akan memasuki syurga selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya..
Antara bencana2 lidah.. ada 15 perkara .
1.Berkata2 yg tidak mendatangkan faedah
2.Mengambil tahu tentangorang lain
3. Berbual2 tentang hal2 yg berkaitan dengan maksiat contoh tentang minum arak
4.Bantah berbantah dan pertengkaran
5. Pertelingkahan , tidak puas hati ..
6.Memaki mencela dan menghina
7.Melaknat walaupun kepada binatang atau benda apatah lagi manusia
8. Bersenda gurau berlebihan hingga mengecilkan hati orang lain
9. Menghina atau mengejek dan menipu
10. Membocorkan rahsia
11.Berjanji kosong
12.Mengumpat. bangga diri
13.Menyampai2 seperti batu api
14. Bermuka2 antara dua orang , menghasut supaya dua orang itu bermusuhan
15.Bertanya yang bukan2 hingga memberatkan orang yg menjawab..

7C Sebab Suami Benci Isteri:
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah.....
10 Sifat Wanita ..
10 sikap wanita yang disukai lelaki
sekadar renungan buat kita semua...
1. Wajah yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang.
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
2. Sikap Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
3. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
4. Pandai Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.
5. Pandai Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
6. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topic kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.

7. Pandai bergurau dan berseloka
Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
8. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua
dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
9. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
10.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg
susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan
spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg
memancar keluar dgn indah dan mempersona

No comments:

Post a Comment