Tuesday, November 20, 2012

BAHAN POKOK HERBA UNTUK KECANTIKAN




BAHAN POKOK HERBA UNTUK KECANTIKAN










1.      HALIA ( Zingiber officinale )

 





     

-          Nama saintifik / katagori pokok. Zingiberaeae
-          Kelebihan.  Awet muda , melangsingkan badan, melicinkan dan mencerahkan bibir.
-          Kesihatan.
Buang angin dalam badan, melancarkan perjalanan darah, sesuai untuk lepas bersalin.
-          Cara Pengambilan.
Boleh dijadikan ulaman Parut dan ambil satu sudu besar pati air halia masukkan dalam   gelas air panas dan tutup . minum apabila sudah sejuk. Amalkan pagi atau malam..

  1. KUNYIT ( Curcuma longa )
  
-          Nama saintifik / kategori pokok. Zingiberaeae
-          Kelebihan. Awet muda , menghilangkan jerawat, jeragat, bintik hitam,hilangkan kulit kusam.
-          Cara pengambilan. Kunyit muda sebagai ulam.
-          Kesihatan. 
Hilangkan jeragat dan jerawat.. campurkan jus kunyit dengan bedak sejuk, sapa pada muka biarkan sampai kering kemudian cuci bersih.
Badan lenguh dan kulit kusam… Campurkan kunyit bersama serai wangi , kayu manis, daun sirih, limau purut, padan dan rebus untuk dibuat air mandian.
     
  1. DAUN SIRIH ( Piper betel )
           
   
-          Nama saintifik / kategori pokok . Piperaceae.
-          Kelebihan . Menyerikan muka dan kulit kusam, awet muda . kecantikan rambut dan kecantikan mata
-          Cara pengambilan.
-          Badan lenguh, kulit kusam : campurkan kunyit bersama serai wangi kayu manis, daun sirih, limau purut, padan dan rebus untuk dibuat air mandian.
-          Mulut berbau: Minum atau berkumur dengan air rebusan.
-          Rambut berbau , kusam. Kelemumur: Ambil beberapa helai daun sirih , limau purut, daun pandan kemudian ramas lumat dan gosok pada rambut, biarkan seketika kemudian bersihkan

  1. MAS COTEK  ( Ficus deltoidea sp )
        

       -     Katagori : Moraceae.
       -     Kelebihan : Awet muda . menghilangkan badan lenguh ,
             menyegarkan badan lepas bersalin
       -    Cara pengambilan:  Daun pokok ini dikeringkan dan ditumbuk halus. Ambil ½ sudu
             teh campurkan dalam satu gelas air panas dan tutup dan minum apabila sejuk
 
  1. PISANG MAS ( Musaaeuminate )

       -     Katagori : Moraceae.
       -     Kelebihan:  Hilangkan jerawat,jeragat , bintik hitam dan kulit licin
       -     Cara pengambilan:  Ambil beberapa kulit pisang dan gunakan bahagian dalam
             yang lembut , gosok seluruh muka biarkan kering dan kemudian cuci gengan air suam

  1. INAI ( lowsoniainermis )
         
-          Kategori: Lhyhraceae.
-          Kelebihan : Mencantikkan rambut, menghilangkan kelemumur dan menyerikan kulit
-          Cara menggunakan: Daun direbus buat mandian
-          Mencantikakan rambut , menghilangkan kelemumur: Ambil daun ditumbuk lumat tambah sedikit air kemudian gosok atau bungkus seketika rambut dan bersihkan
-          Salit kuku , dan perhiasan wanita: Tumbuk inai dan bungkus pada tempat yang sakit , biarkan beberapa jam kemudian bersihkan.
 
  1. JAMBU BATU ( Psidium guajava )
 

-          Kategori : Myrtaceae 
-          Kelebihan : Menghilangkan jerawat, ruam, kulit kusam
-          Cara menggunakan : Ambil pucuk atau daun . Rebus untuk membasuh muka atau tekap dengantuala , ulang beberapa kali dan bersihkan .

  1. KELAPA MUDA ( Cocosnucifera )
        

-          Kategori: Palmae
-          Kelebihan: Merawat kelemumur , rambut gugur, mencantikkan dan mengilatkan, meluruskan rambut
-          Cara menggunakan: Minyak kelapa yang diproses boleh diurut pada anggota badan
-          Rambut gugur : Ambil hampas kelapa , ramas dan lumurkan seluruh kepala, bungkus seketika dan cuci bersih.
-          Rambut cantik, berkilat dan lurus, lepas bersalin,lenguh badan melancarkan darah merawat jari kaki yang pecah.

  1. BELIMBING BULUH ( Averrhoa bilimbil )
   
-          Kategori: Oxolidaceae.
-          Kelebihan: Awet muda, menyembuhkan sakit kulit , Untuk lepas bersalin.
Hilangkan jerawat dan melansingkan badan,membuang lemak.
-          Cara penggunaan:
Membuang lemak.. Buah buat ulam atau guna dalam masakan.
Licinkan kulit & jerawat… Lumatkan daun , campurkan dengan bedak sejuk, sapu pada     muka biarkan sampai kering kemudian cuci hingga bersih

  1. PINANG MAKAN( Acera catrechu )
        
-          Kategori: Palmae
-          Kelebihan. Memutihkan gigi.
-          Cara penggunaan:
Buah masak dihiris, kemudian goring hingga hitam,tumbuk hingga halus dan campur sedikit garam. Guna untuk menggosok gigi.
     
  1.  LIMAU PURUT (Citrus hystrix )
 

-          Kategori:  Rutaceae.
-          Kelebihan:  Melicinkan wajah, menyerikan kulit kusam,selepas bersalin, pening kepala melancarkan perjalanan darah.
-          Cara penggunaan:  Campuran  kunyit, serai wangi,kayu manis, daun sirih ,pandan,limau purut .. direbus dan buat air mandian.
-          Licinkan muka & kulit kusam: Rebus daun limau purut untuk dibuat air basuhan muka atau tekap wajah dengan tuala, ulang beberapa kali kemudian bersihkan
-          Kaki berbau:  Buah limau purut dihiris nipis dan gosokkan pada kaki setiap malam..

  1. CENGKIH ( Syzygium aromaticum )
           
-          Kategori: Myrtaceae:
-          Kelebihan: Hilangkan  mulut berbau, lenguh badan,kurangkan lemak lepas bersalin
-          Cara penggunaan:
Rebus beberapa biji cengkih untuk berkumur atau minum sebelum tidur.

  1. BETIK ( Carica papaya )
 
-           Kategori : Caricaceae.
-          Kelebihan : Kecantikan kulit, awet muda, melangsingkan badan,membuang lemak melancarkan perjalanan darah.
-          Cara penggunaan:  Pucuk direbus dan buat ulam atau guna dalam masakan. Untuk menghilangkan rasa pahit rebus bersama2 daun jambu batu & daun senduduk.
-           Tumit kaki pecah..apu getah betik pada tempat berkenaan berulang kali bila kering, cuci hingga bersih.
-          Kecantikan kulit.. Makan sepotong betik setiap hari terutama lepas makan.

  1. BUNGA RAYA PUTIH ( Hibiscus rosa sinensis var alba ).
         
        -    Kategori : Caricaceae.
        -    Kelebihan: Rambut berseri,lembut dan bersinar,hilangkan kelemumur.
        -    Cara penggunaan:  Daun diramas hingga keluar lendirnya,campur dengan beras dan air
             kemudian lumurkan pada rambut. Balut seketika dan bilas dengan air bersih


1 comment: