Friday, October 18, 2013

SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA PADA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA



SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA PADA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

IMBASAN PEMERINTAHAN KERAJAAN DAHULU
            Kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini.
            Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka.Kemerosotan Melaka juga memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan Brunei, Sulu dan Aceh bangkit menegakkan pengaruh dan kekuasaan masing-masing. Pada zaman kemuncaknya, kewibawaan Brunei dan Sulu meliputi kawasan-kawasan tertentu di Sabah dan Sarawak.

PEMERINTAHAN JEPUN
            Pada 8 disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kota Bharu,Kelantan. Selepas dua hari askar-askar Jepun mendarat, kapal Prince of Wales dan kapal Repulse tenggelam akibat dimusnahkan oleh tentera Jepun. Tentera British terpaksa berundur ke selatan menuju ke Singapura.Menjelang 31 Januari 1942, selepas 55 hari bermulanya pencerobohan tentera Jepun, tentera Jepun sudah berjaya menguasai keseluruhan Tanah Melayu dan bersiap sedia untuk menyerang Singapura.
            Selepas beberapa pertempuran, Leftenan-Jeneral Arthur Ernest Percival dan askar-askar British menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada 15 februari1942.
            Sifat benci pihak Jepun terhadap kaum Cina sedikit sebanyak telah menyebabkan konflik antara kaum Cina dan Melayu di Tanah Melayu.Pada masa itu penduduk kaum Cina yang tertindas melarikan diri ke hutan memasuki pasukan Malayan Peoples Al Japanese Army (MPAJA) yang diasaskan oleh pihak Komunis

DARURAT
            Selepas tentera Jepun menyerah diri, gerilagerila komunis keluar dari hutan dan mengambil alih kuasa di beberapa kawasan. Namun demikian dalam beberapa minggu berikutnya pihak pentadbiran Tentera British (BMA) telah mengambil alih kuasa bagi kerajaan British. PKM cuba mendirikan sebuah negara komunis di Tanah Melayu. Dengan itu anggota PKM mina meresapi pelbagai pertubuhan politik, belia clan kesatuan sekerja di samping bergiat cergas dalam PKM yang masih sah ketika itu.
            Setelah merasakan perjuangan cara politik telah gagal, PKM mengalih corak perjuangan dengan pemberontakan bersenjata, iaitu sejajar dengan prinsip perjuangan Mao Tse Tung yang lebih yakin kepada perjuangan kekerasan bersenjata.PKM Chin Peng melancarkan keganasan mulai pertengahan tahun 1948. Mereka membunuh pengurus-pengurus bangsa Eropah, memusnahkan pokok getah dan lombong, menyerang balai-balai polis dan anggota-anggota pasukan keselamatan. Untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu, mereka menjalankan operasi bumi hangus.
            Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara mulai tahun 1948. PKM juga diharamkan.Kerajaan mengambil langkah untuk memerangi komunis di seluruh negara antaranya dengan menyelaras gerakan ketenteraan, menempatkan semula orang-orang Cina ke kampung-kampung baru, memperkenalkan kad pengenalan, perintah berkurung, menjalankan perang saraf dan operasi psikologi, selain meningkatkan keberkesanan pengumpulan inteligen tentang komunis. Suatu Cawangan Khas yang diletakkan di bawah kawalan Pasukan Polis ditubuhkan.

MALAYAN UNION
Ditubuhkan pada 1 april 1946 dan gabenor malayan union yang pertama ialah sir edward gent.
syarat –syarat malayan union:
            -penduduk malaya diberi taraf sama dengan semua kaum
            -kerakyatan bedasarkan jus soli.
            -penukaran gelaran sultan kepada president
mendatangkan kemarahan orang melayu kerana:
            -sir harold macmichael memaksa sultan menandatangani malayan union
            -mengurangkan kuasa sultan
            -melonggarkan kerakyatan kepada imigran yang telah menetap di tanah melayu terutamanya etnik cina.parti united malays national organisation(umno) telah ditubuhkan oleh dato onn jaffar pada 1 mac 1946 untuk menentang penubuhan malayan union. malayan union telah digantikan dengan persekutuan tanah melayu.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
            Tentangan yang hebat daripada UMNO terhadap Malayan Union berjaya memaksa British membubarkan Malayan Union.Untuk mengelakkan kekacauan berlaku, British mengadakan perjumpaan dengan UMNO dan Raja-raja Melayu. Pada bulan Julai 1946,suatu jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal satu perlembagaan baru. Hasilnya, suatu perlembagaan yang baru dipanggil sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan tersebut telah ditentang oleh AMCJA yang merupakan persatuan bukan Melayu dan PUTERA iaitu sebuah pertubuhan orang Melayu.Melalui AMCJA dan PUTERA, suatu Perlembagaan Rakyat digubal tetapi ditolak oleh British.Persekutuan tanah melayu ditubuhkan selepas malayan union dibubarkan.
            Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar undang-undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.
            Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

SURUHANJAYA COBBOLD
            Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 1961 Suruhanjaya in bertujuan untuk meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan gagasan Malaysia dan merangka satu perlembagaan baru. Suruhanjaya ini dipengerusi oleh Lord Cobbold. Suruhanjaya Cobbold mendapati bahawa lebih daripada 70% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju pembentukan gagasan Malaysia

PENYINGKIRAN SINGAPURA
            Tindakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum bumiputra Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew .
            Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan . Akibatnya beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964 , kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.Tatkala itu 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos 1964,sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
            Keputusan pemisahan Singapura dari

PERISTIWA 13 MEI
            Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka
            Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.
            Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Malis Perundangan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

SISTEM PARLIMEN
PARLIMEN MALAYSIA
            Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk menjalankan sistem ini.
Terdiri daripada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu
·         Perundangan,
·         Kehakiman
·         Pentadbiran atau Eksekutif.
            Malaysia juga mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri  telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing.Kewangan, pertahanan, pelajaran,dan hal ehwal luar negara tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Terdapat juga bidang kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

RAJA BERPELEMBAGAAN
            Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.Raja-raja menjadi ketua negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong:
                        1. Ketua Utama Negara.
                        2. Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.
            Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA
1.            Yang Di-Pertuan Agong
2.            Dewan Negara
3.            Dewan Rakyat

1.DEWAN NEGARA
            Terdiri daripada seramai 70 orang ahliyang dikenalisebagai senator.Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
·         26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
·         44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
            1)warganegara Malaysia
            2)tidak kurang dari 30 tahun
            3)waras fikiran
            4)bukan seorang muflis
            5)tidak mempunyai rekod jenayah
            Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.
             Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.
            Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.
Jawatankuasa pemilihan Dewan Negara :
1)- Jawatankuasa Pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat.
2)- Jawatankuasa Pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa.
3)- Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis.
4)- Jawatankuasa Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata.
5)- Jawatankuasa Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat demikian.


2.DEWAN RAKYAT
            Dewan Rakyat mempunyai seramai 219 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya umum. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
            1)warga negara Malaysia
            2)tidak kurang dari 21 tahun
            3)waras fikiran
            4)bukan seorang muflis
            5)tidak mempunyai rekod jenayah
            Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.
Jawatankuasa pemilih Dewan Rakyat :
1)- Jawatankuasa pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh peraturan-peraturan mesyuarat.
2)- Jawatankuasa pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa.
3)- Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis.
4)- Jawatankuasa Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata.
5)- Jawatankuasa Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat demikian.

JAWATAN KUASA HAK DAN KEBEBASAN
            Terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis.Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua dan jika tidak, dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan majlis Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, ia bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu.Jawatankuasa ini berkuasa unutk memanggil orang hadir dihadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari masa ke semasa.

SURUHANJAYA PILIHANRAYA
            Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. SPR dianggotai seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli(penubuhan). Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala Ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.
            Penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Ahli ditambah kepada 3 orang. Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir. Y.Bhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan.
            Tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi.
            Tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak. SPR membentuk sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.

Parti politik di Malaysia:
1.                            15 di Semenanjung.
2.                             7 di Sabah.
3.                            5 di Sarawak.

SENARAI PARTI POLITIK BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
            1. Barisan Nasional
            2. Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA)
            3. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM)
            4. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
            5. Parti Pusaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
            6. Parti Progresif Penduduk (PPP)
            7. Parti Perpaduan Rakyat Sarawak
            8. Parti Islam SeMalaysia (PAS)
             9. Parti Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA)
            10. Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
            11. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
            12. Parti Tindakan Demokratik
            13. Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK)
            14. Parti Bersatu Sabah (PBS)
            15. Parti Kongres Penyatuan Masyarakat
            16. Parti Liberal Demokratik-Sabah
            17. Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU)
            18. Parti Keadilan Rakyat
            19. Parti Demokratik Setiasehati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA)
            20. Parti Maju Sabah (PMS)
            21. Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR)
            22. Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO)
            23. Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)
            24. Parti Demokratik Malaysia (MD)
            25. Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (AMIPF)
            26. Parti Punjabi Malaysia (PPM)
            27. Parti Demokratik Progresif Sarawak SPDP

No comments:

Post a Comment