Wednesday, November 13, 2013

Perisriwa 10 Muharram ( hari Asyura’ )



Perisriwa 10 Muharram ( hari Asyura’ )

Hari Asyura’

Diriwayatkan didalam sebuah hadis sahih, sesungguhnya Baginda Rasulullah saw. Sampai keMadinah . Baginda mendapati orang disana berpuasa pada hari ke 10 Muharram ( Asyura ) . maka baginda bertanya: ‘Apakah yang kamu amalkan ? ‘ Mereka menjawab : ‘ Inilah hari Allah memberikan kejayaan kepada Nabi Musa as dan menenggelamkan fir’aun didalam laut beserta bala tenteranya’ . maka sabda baginda Nabi Muhammad saw : Kami ada hak dengan Nabi Musa’ : Maka Rasulullah saw memerintahkan umat Islam supaya berpuasa. Puasa tersebut adalah wajib. Sehinggalah Allah menurunkan ayat al-Quran diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan . Nabi saw pun bersabda: Ini hari Asyura’ , tidak diwajibkan berpuasa bahkan sunat sahaja, jika kamu hendak berpuasa maka puasalah, jika kamu tidak mahu berpuasa, maka tidak mengapa ..

Abu Lais al-Samarqandy r.a, telah menceritakan dari al-Hakim Abu al-Husain al-Sardari dari Ja’far Ahmad bin Hatim dari Ya’qub bin Jundub dari hamid bin Adam dari habib bin Muhammad dari bapanya dari Ibrahim al-Sa’I dari Maimun bin Mahram dari Abdullah bin Abbas katanya : Rasulullah saw.telah bersabda:

Sesiapa yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram ( Asyura’ ) , Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat. Sesiapa yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram
( Asyura’ ) , dia diberikan pahala sebanyak 10,000 orang yang melakukan haji dan umrah dan 10,000 pahala orang yang mati syahid. Sesiapa yang menggosok kepada anak yatim pada hari Asyura’ Allah akan mengangkat bagi setiap helai rambutnya satu darjat. Sesiapa yang memberi makan seorang yang beriman pada malam Asyura’ seolah-olah dia telah memberi makan seluruh umat Muhammad saw serta mengenyangkan perut-perut mereka..

Baginda juga berkata ada 20 keistimewaan pada 10 Muharram berbanding hari-hari yang lain..
Ia adalah seperti berikut:

1.      Dijadikan langit dan bumi pada 10 hari Asyura
2.      Dijadikan Nabi Adan as
3.      Dijadikan Hawwa
4.      Dijadikan syurga dan dimasukkan penghuninya kedalamnya
5.      Dijadikan lauh dan Kalam
6.      Dijadikan gunung
7.      Dijadikan laut
8.      Dilahirkan Nabi Ibrahim as
9.      Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api
10.  Diperintahkan nabi Ibrahim menyembelih anaknya  ( Peristiwa korban )
11.  Cabaran nabi Ismail ( anak Nabi Ibrahim ) dari disembelih ( Peristiwa korban )
12.  Ditenggelamkan fir’aun serta bala tenteranya
13.  Lenyapnya mala petaka Nbi Ayub as..dan  sembuh dari penyakit
14.  Diampunkan dosa Nabi Adam as
15.  Diampunkan dosa nabi Daud as
16.  Dikembalikan kekuasaan Nabi Sulaiman  dari kekuasaan puteri balkis
17.  Dilahirkan Nabi Isa as
18.  Allah mengangkat Nabi Idris as dan Nabi Isa as kelangit
19.  Dilahirkan Nabi Muhammad saw.
20.  Timbulnya hari kiamat

Diriwayatkan Musayyab bin Abi bakar dari Iqrimah r.a katanya : Hari kesepuluh Muharram ( Asyura’ ) iaitu hari diberi keampunan kepada Nabi Adam as dan hari diturunkan Nabi Nuh kekapal ( bahtera ) maka ia berpuasa sehari, mengucapkan kesyukuran dan hari tenggelamnya fir’aun dan terbelahnya laut merah bagi Bani Israel, maka mereka berpuasa sehari ..
 Mengenai nama Asyura” ( 10 Muharram ) ialah kerana  Allah memuliakan 10 Nabi dengan 10 kemuliaan..
1.      Allah menerima taubat nabi Adam as
2.      Allah mengangkat nabi Idris ketempat yang paling tinggi
3.      Terselamatnya nabi Nuh as dari tenggelam oleh banjir besar
4.      Dilahirkan Nabi Ibrahim as dan menyelamatkan dari dijilat api dari dicampakkan oleh kaumnya kedalam unggun api
5.      Allah menerima taubat Nabi Daud as
6.      Allah mengangkat Nabi Isa as kelangit
7.      Allah menyelamatkan Nabi Musa as dari lautan merah dan ditenggelamkan fir’aun bersama tenteranya didasar laut
8.      Terkeluarnya Nabi Yunus as dari perut ikan
9.      Kembalinya kekuasaan kepada Nabi Sulaiman as
10.  Lahirnya Nabi Muhammad saw.

Dinamakan hari Asyura’ kerana Allah memberikan 10 karamah terhadap Nabi Muhammad saw.
1.      Bulan Rajab : iaitu bulan disunatkan berpuasa kerana sepanjang bulan ini diberi kemuliaan kepda umat Nabi Muhammad  dan mempunyai keistimewaan sekelian bulan, bahkan umat nabi Muhammad saw mempunyai lebih keistimewaan berbanding umat nabi sebelumnya.
2.      Bulan Saaban : keistimewaannya mengatasi segala bulan sebagaimana keistimewaan Nabi Muhammad saw kepada sekelian Nabi-Nabi
3.      Bulan Ramadan: keistimewaan nya mengatasi sekelian bulan sebagaimana Allah swt memberi keistimewaan kepada sekelian makhluk
4.      Malam lailatul Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan
5.      Hari kejadian ( fitrah ) iaitu hari pembalasan
6.      Hari kesepuluh iaitu hari yang disebutkan oleh Allah sebagai hari-hari sepuluh terakhir pada bulan Ramadan
7.      Hari Afafah , mengamalkan puasa sunat satu hari boleh menghapuskan dosa 1 tahun
8.      Hari nahar ( korban )
9.      Hari Jumaat iaitu penghulu sekelian hari
10.  Hari Asyura dan puasanya mengkifarahkan dosa 9 kecil ) setahun
Setiap waktu bersama sunat-sunat tersebut, Allah memuliakan atau memberi keistimewaan keatas Nabi Muhammad saw , Allah mengumpulkan sekelian dosa mereka dan membersihkan segala kesalahan mereka..

No comments:

Post a Comment