Wednesday, November 13, 2013

Bab pengurusan masa.

Bab pengurusan masa..

Panduan urus masa mengikut syariat Islam
Bijak pandai ada mengatakan masa itu emas.. oleh itu jaga lah masa dan tepati lah masa ketika mengurus jadual kehidupan .. sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nas.. ayat 1..
Makhumnya : Demi masa .. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali org2 yg beriman

Nabi Ibrahim as pun menyediakan jadual khusus dalam waktu hidupnya
seperti:
1. Waktu untuk bermunajat ( zikir ) kepada Allah
2. Waktu untuk bermuhasabah diri
3. Waktu untuk berfikir mengenal ciptaan Allah
4. Waktu untuk keperluan hidupnya seperti , bekerja , makandan minum dan sebagainya..

Oleh itu kita perlu membuat perancangan dengan teliti.
1. Perlu menepati masa
2. Jangan membazirkan masa.. sebab orang yg benar2 menghargai masa ia sentiasa memenuhi masa hidupnya dengan melakukan perkara2 yang berfaedah saja..
3. Mengambil iktibar dari masa lalu
4. Kerana Martabat manusia dinilai dengan masa

Hadis Nabi Muhammad saw.. artinya ..
Sebaik2 manusia adalah yang panjang umurnya dengan baik pula pekerjaannya ( tingkah lakunya ) manakala sejahat2 manusia pula ialah yang panjang umurnya tetapi buruk pula amalannya..

Ketika dipasar basrah Ibrahim b Adham ahli supi telah disoal sapa sekumpulan pemuda ..
Soalannya.. Ya Alim..Mengapakah doa kami tidak dimakbulkan..oelh Allah swt..

Ibrahim b Adham ahli supi menjawab ..
Kerana kamu buta daripada 10 perkara..
1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak nya
2. Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah saw tetapi kamu tinggalkan sunnahnya
3. Kamu membaca al_quran tetapi kamu tidak beramal dengan nya
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya
5. Kamu kata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
6. Kamu kata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
7. Kamu berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya
8. Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri
10. Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

1 comment:

  1. Berkata Abu Darda . r.a. Bahawa sanya Nabi Muhammad saw telah bersabda..
    Allah swt telah berfirman ..
    Apabila hambaKu merencanakan sesuatu kejahatan maka janganlah kamu ( para malaikat ) mencatitkan keatas hamba itu , sehingga dia mengerjakan kejahatan nya maka barulah kamu catitkannya dengan satu kejahatan Akan tetapi jika ia merencanakan suatu kebajikan , tetapi dia tidak mengerjakannya , maka catitkanlah baginya dengan satu kebajikan dan jika ia dikerjakan kebajikan itu maka catitkan baginya pla dengan sepuluh kebajikan.. ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

    Huraian hadis ..
    Oleh kerana basyrah ( berita gembira ) yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw tentang balasan Allah swt kepada kita sebagai manusia tentang balasan amal kebajikan yang berlipat kali ganda maka berlumba2lah kita dalam melakukan amal kebajikan agar kita dapat memperolehi balasan dari Allah swt berlipat kali ganda lagi..

    ReplyDelete