SOLAT SUNAT AWWABIN
Bagi memelihara keteguhan iman dan
menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman
sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum
bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib.
Fadhilat Solat Awwabin
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ
الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ
عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah
bersabda ;
"Sesiapa yang bersembahyang
enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat
dua belas tahun
.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan
At-Turmuzi.
Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin
a) Pada dua
rakaat yang pertama
أصَلِّي سُنَّةَ حِفْظِ الِإيْمَانِ مَعَ الأَوَّابِينَ
رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
(Sahaja Aku solat sunat Awwabinn serta memelihara iman, 2 rakaat kerana Allah Taala)
(Sahaja Aku solat sunat Awwabinn serta memelihara iman, 2 rakaat kerana Allah Taala)
Bacalah selepas
membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat
1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali
4. Surah al-Naas 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali
4. Surah al-Naas 1 kali
selepas itu
beri salam, baca doa ini..
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ
إِيْمَانِي فِي حَيَاتِي وَعِنْدَ مَمَاتِي وَبَعْدَ مَمَاتِي، فَاحْفَظْهُ
عَلَيَّ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِير
Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu
semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu
semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Ertinya :
Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.
Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.
b)
Pada dua rakaat yang kedua
أصَلِّي سُنَّةَ َ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Sahaja aku sembahyang sunnat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Selepas
membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada
rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
c)
Pada dua rakaat yang ketiga
أصَلِّي سُنَّةَ الأَوَّابِينَ مَعَ الإِسْتِخَارَةِ
رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
(Sahaja aku solat sunat awwabin serta Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala)
(Sahaja aku solat sunat awwabin serta Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala)
Selepas
membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada
rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
SOLAT SUNAT RAWATIB
Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.
SOLAT SUNAT RAWATIB
Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.
FARDHU
|
SEBELUM
|
HUKUM
|
SELEPAS
|
HUKUM
|
Subuh
|
2
rakaat
|
Muakkat
|
Tiada
|
Tiada
|
Zohor
@ Jumaat
|
4
rakaat
2 rakaat |
Muakkat
- 2 rakaat
|
4
rakaat
2 rakaat |
Muakkat
- 2 rakaat
|
Asar
|
4
rakaat
|
Tidak
Muakkat
|
Tiada
|
sembahyang
sunat diharamkan selepas fardu Asar hingga terbenam matahari)
|
Maghrib
|
2
rakaat
|
Tidak
Muakkat
|
2
rakaat
|
Muakkat
|
Isyak
|
2
rakaat
|
tidak
Muakkat
|
2
rakaat
|
Muakkat
|
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ
حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ
رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ
الصُّبْحِ
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW
tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat
slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).
Terdapat beberapa hadis yang
menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ
رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ
رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ
وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW
bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat)
12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu 4
rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2
rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya dan 2 rakaat sebelum
Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.
NIAT SOLAT RAWATIB
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ /
المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat sebelum Zohor
Sahaja aku menunaikan solat sunat sebelum Zohor
/ Asar/ Maghrib /
Subuh kerana Allah
Taala
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat selepas zohor / maghrib / isyak kerana Allah taala
SOLAT HAJAT
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad
shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk
dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka
dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."
NIAT SOLAT HAJAT أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ
رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Selepas membaca al-Fatihah, dalam
rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula
dibaca Surah Al-Ikhlas.
Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.
Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.
سُبْحَانَ
الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ
وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ ,
سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي
الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي
الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى
الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى ,
وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا
فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
"Maha Suci Allah yang bersifat
dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai
sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya
segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah
yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai
kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat.
Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu
yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh
sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada
Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.
Solat Istikharah dilakukan bagi
mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang
yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah
SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak
baik, tidak akan dilaksanakan.
أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Setelah
al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama,
sementara pada
rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.
Doa
Solat Istikharah
اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ
بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ،وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ
الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ،
وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا
الأَمْرَ ............ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ
بَارِكْ لِي فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ
................... شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ
قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ
وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ،
"Ya
Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan
dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha
Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan
saya ini........ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku,
maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di
dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku,
dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu
daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang
baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu
itu."
Solat Tahajjud ialah solat apabila
terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu
dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.
Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan
menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.
عَنْ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ لَا
إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا
إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا
بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ
تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ
Dari Ubadah bin Shamit RA dari
Rasulullah SAW : Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengucap "Tiada Tuhan
selain Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji
hanya untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala pujian hanya untuk Allah. Segala
Keagungan hanya untuk Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Tiada
daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah." Kemudian mengatakan
""Ya Allah Ampunkan Kami" atau berdoa kepada Allah, maka doanya
akan dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat malam
(tahajjud), maka solatnya akan diterima. Hadis riwayat Bukhari.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ
إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ
مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ
يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
Dari
Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tuhan Kami, Pemberi
Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap malam hingga ke langit yang paling
dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ;
Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu
dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku
ampunkan. Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim.
Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2
rakaat.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَعْقِدُ
الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ
يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ فَإِنْ اسْتَيْقَظَ
فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ
فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ
وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ
Dari Abu Hurairah RA bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda ; Syaitan akan mengikat kamu dengan 3 simpulan
pada belakang kepala ketika kamu tidur, Pada setiap simbpul dia berkata : Malam
masih panjang, maka teruskan tidurmu. Apabila seseorang itu bangun dan
mengingati Allah, maka terlepaslah satu simpul. Apabila dia berwuduk, terlepas
pula simpul kedua, apabila dia mengerjakan solat, maka terlepas pula
simpul yang ketiga. Dan pada pagi harinya (Subuh) dia akan bangun dengan penuh
semangat dan dalam keadaan hati yang baik; sebaliknya, jika dia tidak melakukan
perkara tersebut (mengingati Allah, berwuduk dan solat malam), dia akan bangun
pagi dalam keadaan hati yang buruk dan malas. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud
أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala
عَنْ طَاوُسٍ سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنْ
اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ
السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ
السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ
السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ
السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ
وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ
وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ
وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ
تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ
لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ
الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَوْ لَا إِلَهَ
غَيْرُكَ
Dari
Thaus, beliau mendengar Ibnu Abbas RA berkata bahawa setiap kali Rasulullah
SAW bangun pada malam hari untuk solat Tahajjud, Rasulullah SAW
mengucapkan : Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan
segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerajaan langit dan bumi serta
isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang
benar, dan janjiMu adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah
benar, dan nabi-nabi itu adalah benar, dan nabi Muhammad saw, adalah benar, dan
saat hari kiamat itu adalah benar, ya Allah, kepadaMulah kami menyerah diri,
kepadaMulah kami beriman, kepadaMulah kami bertawakkal, kepadaMulah kami
bertaubat, Dengan pertolonganMulah kami membantah (orang kafir), kepadaMulah
kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang
belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan.
Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan
Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah." Hadis riwayat Bukhari.
Solat dhuha adalah sembahyang sunat
2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ
شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah
berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3
hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan
sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ
عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ
Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ;
"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya
istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
Rasulullah
bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Di dalam hadis yang lain pula
diterangkan seperti berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ
بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى
مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا
بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW ,
beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,
"Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat)
penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu
kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani
Niat Solat
Dhuha
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ
لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا
قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ
وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ
"Maha Suci
Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah
yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang
Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya
Kekuasaan Allah"
Doa :
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ
ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ
وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ
رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ
وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ
كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ
وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
"Ya Allah sesungguhnya waktu
Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka
turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
SOLAT
SUNAT TASBIH
Solat ini disebut Solat Tasbih
kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau
boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak
sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan,
sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali
dalam seumur hidup.
Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.
Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.
Bacaan tasbih itu ialah :
اللَّهُ
وَاللَّهُ أَكْبَرُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar"
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar"
Solat ini dilakukan 4 rakaat,
setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih
Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih
Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih
Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih
Niat Solat Tasbih
أصَلِّي
سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala
Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala
Surah-surah
yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
1.
Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
Doa Sunat Sembahyang Tasbih
"Ya
Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang
yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan
ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,orang-orang
yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan
aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai
ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut
kepada Engkau. Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada
melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu
sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga
sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara,
dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci
Engkau Pencipta Cahaya kebenaran. Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami
cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau
Maha Berkuasa."
SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat
sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Di antara fadhilat solat witir ialah
:
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Niat
Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :
Doa
Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."
No comments:
Post a Comment