AL-HALAL WAL HARAM FIL ISLAM
Asas-asas Islam di dalam urusan halal dan haram
1. Asal bagi setiap sesuatu adalah mubah
2. Kuasa
menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak Allah
3.
Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama seperti syirik
4.
Mengharamkan yang Halal akan mengakibatkan Timbulnya Kejahatan dan
Bahaya
5. Setiap
yang Halal Tidak Memerlukan yang Haram
6.
Perkara-perkara yang Membawa Kepada Haram adalah Haram
7. Berhelah
Dalam Perkara yang Haram, Hukumnya adalah Haram
8. Niat Baik
Tidak Dapat Melepaskan yang Haram
9.
Menghindarkan Diri dari Syubhat Kerana Bimbang Terjebak ke dalam Haram
10. Sesuatu yang Haram Berlaku Untuk Semua Orang
11. Keadaan darurat membenarkan perkara yang
dilarang
Bab 1: Asas-asas Islam di dalam urusan halal dan
haram
PERSOALAN halal-haram adalah seperti halnya
soal-soal lain, di mana orang-orang jahiliah pernah tersesat dan mengalami
kekacauan yang luarbiasa, sehingga mereka berani menghalalkan yang haram, dan
mengharamkan yang halal.Keadaan yang sama pernah juga dialami oleh golongan penyembah berhala (watsaniyin) dan ahli-ahli kitab.
Kesesatan ini akhirnya dapat menimbulkan suatu penyimpangan yang ekstrimis kanan, atau suatu penyimpangan yang ekstrimis kiri.
Di pihak kanan, misalnya: Kaum Brahmana Hindu, Para Rahib Kristian dan beberapa golongan lain yang berprinsip menyiksa diri dan menjauhi hal-hal yang baik dalam masalah makanan ataupun pakaian yang telah diserahkan Allah kepada hambaNya.
Kedurhakaan para rahib ini sudah pernah mencapai puncaknya pada abad pertengahan. Beribu-ribu rahib mengharamkan barang yang halal sehingga sampai kepada sikap yang keterlaluan. Sampai-sampai di antara mereka ada yang menganggap dosa kerana mencuci dua kaki, dan masuk kamar mandi dianggap dapat membawa kepada penyesalan dan kerugian. Dari golongan ekstrimis kiri, dapat dijumpai misalnya aliran Masdak yang timbul di Parsi. Golongan ini menyuarakan kebolehan yang sangat meluas. Kendali manusia dilepaskan, supaya dapat mencapai apa saja yang dikehendaki. Segala-galanya bagi mereka adalah halal, sampaipun kepada masalah identitas dan kehormatan diri yang telah dianggapnya suci oleh fitrah manusia.
Bangsa Arab di zaman Jahiliah merupakan contoh konkrit, betapa tidak beresnya barometer untuk menentukan halal-haramnya sesuatu benda atau perbuatan. Oleh kerana itu membolehkan minuman-minuman keras, makan riba yang berlipat-ganda, menganiaya wanita dan sebagainya. Lebih dari itu, mereka juga telah dipengaruhi oleh godaan syaitan yang terdiri dari jin dan manusia sehingga mereka tega membunuh anak mereka dan mengunyah-ngunyah jantungnya. Godaan itu mereka turutinya juga. Perasaan kebapaan yang bersarang dalam hatinya, sama sekali ditentang. Firman Allah swt
" Dan
begitu juga kebanyakan dari orang-orang musyrik itu telah dihiasi oleh
sekutu-sekutu
mereka
untuk membunuh anak-anak mereka guna menjerumuskan mereka dan meragu kan
mereka agama mereka. " ( surah al-An'am :
ayat 137 )
Para sekutu dari pelindung berhala itu melalui
berbagai cara dalam mengganggu kaum bapa untuk membunuh anak-anak mereka antara
lain:
- takut miskin.
- takut tercela, kalau anak yang lahir itu
wanita.
- demi bertakarrub kepada Tuhan, iaitu dengan
mengorbankan anak.
Satu hal yang menghairankan, iaitu bahawa mereka
yang membolehkan membunuh anak, baik dengan dipotong ataupun dengan ditanam
hidup-hidup, tetapi justeru mengharamkan beberapa makanan dan haiwan yang
baik-baik. Dan yang lebih menghairankan lagi, bahawa itu semua dianggapnya
sebagai hukum agama. Mereka nisbatkannya kepada Allah. Tetapi kemudian oleh
Allah, anggapan ini dibantah dengan firmanNya:
" Mereka
berpendapat: ini adalah haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang terlarang,
tidak boleh dimakan kecuali orang-orang yang
kami kehendaki menurut anggapan mereka
dan juga diharamkan untuk dinaiki, dan
haiwan-haiwan yang mereka tidak sebut asma
Allah atasnya kerana hendak berbuat dusta
atas nama Allah. (Begitulah) mereka itu kelak
akan dibalas lantaran kedustaan yang mereka
perbuat."
( surah al-An'am:
ayat 138 )
Al-Quran telah menegaskan kesesatan mereka yang
berani menghalalkan sesuatu yang seharusnya haram, dan mengharamkan sesuatu
yang seharusnya halal; al-Quran mengatakan:
"Sungguh
rugilah orang-orang yang telah membunuh anak-anak mereka lantaran
kebodohannya dengan tidak mengerti itu, dan
mereka yang telah mengharamkan rezeki
yang Allah sudah berikan kepada mereka
(lantaran hendak) berdusta atas (nama) Allah;
mereka itu pada hakikatnya telah sesat, dan
mereka itu tidak hendak mengikuti pimpinan."
( surah al-An'am: ayat 140 )
Kedatangan
Islam langsung dihadapkan dengan kesesatan dan ketidak-beresan tentang
persoalan halal dan haram ini. Oleh kerana itu pertama kali undang-undang yang
dibuat guna memperbaiki segi yang sangat membahayakan ini ialah dengan membuat
sejumlah Pokok-pokok Perundang-undangan sebagai standard untuk dijadikan
landasan guna menentukan halal dan haram. Seluruh persoalan yang timbul, dapat
dikembalikan kepadanya, seluruh neraca kejujuran dapat ditegakkan; keadilan dan
keseimbangan yang menyangkut soal halal dan haram dapat dikembalikan.Oleh
kerana itu ummat Islam menduduki sebagai golongan penengah (ummatan wasathan)
di antara ekstrimis kanan dan ekstrimis kiri sebagaimana telah ditegaskan
sendiri oleh Allah; iaitu dengan
dijadikan ummat Islam ini sebagai ummat pilihan (khaira ummah) yang
diketengahkan ke hadapan ummat manusia.
Asas pertama yang telah ditetapkan oleh Islam ialah: Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.
Para ulamak Islam menetapkan kaedah asal setiap sesuatu itu adalah harus dengan mengambil dalil dari beberapa ayat al-Quran:
"Dialah Zat yang menjadikan untuk kamu apa-apa
yang ada di bumi ini semuanya."
( surah al-Baqarah: ayat 29 )
"(Allah) telah memudahkan untuk kamu apa-apa
yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi semuanya
daripadaNya."
( surah al-Jatsiyah: ayat 13 )
"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah
telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di
bumi; dan Ia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmatNya yang nampak hendakpun
yang tidak nampak." (Luqman: 20)
Allah Taala tidak mencipta semua ini yang diserahkan
dan dikurniakan kepada manusia, kemudian mengharamkannya. Jadi, mengapa Allah
menciptanya lalu menyerahkannya dan mengurniakannya. Dari semua ciptaan itu,
Allah hanya mengharamkan sebahagian kecil sahaja kerana ada sebabnya dan hikmat
yang kami akan sebutkan nanti.
Dari sini, kita dapati betapa sempitnya rwang
lingkup yang diperuntukkan oleh syariat Islam untuk perkara-perkara yang
diharamkan. Manakala rwang untuk halal diberikan seluas-luasnya. Kerana
nash-nash yang sahih lagi sharih yang datang membawa hukum haram amat sedikit
sekali. Sedangkan apa-apa yang tidak kedapatan nash-nash yang menghalalkan
ataupun yang mengharamkannya akan terus kekal dengan sifat asalnya, iaitu harus
(mubah). Iaitu ia berada di dalam rwang kemaafan dari Allah. Untuk perkara ini
terdapat di dalam Hadis:
“Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia
adalah halal. Dan, apa yang Allah
haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa
yang didiamkan olehNya, maka ia adalah
dimaafkan.
Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa
sedikitpun.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “ Dan Tuhanmu tidak pelupa.” (Maryam: 64) (HR al-Hakim, dan dia mensahihkannya daripada
hadis Abi Darda’dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).
Dari Salman al-Farisi: Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai minyak, keju dan
keldai hutan, lalu baginda s.a.w. bersabda:
“ Halal ialah apa yang telah dihalalkan oleh Allah,
dan haram ialah apa yang telah
diharamkan
oleh Allah di dalam kitabNya, Dan apa yang didiamkan olehNya, maka ia
adalah
dariapa perkara yang dimaafkan untuk kamu.”
( HR
al-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim )
Rasulullah s.a.w. tidak mahu menjawab pertanyaan
orang-orang yang bertanya secara terperinci. Tetapi baginda s.a.w.
mengetengahkan kepada mereka kaedah yang dapat dirujuk untuk mengenal halal dan
haram. Memadailah dengan mereka mengetahui apa yang telah diharamkan oleh
Allah, kerana selain dari itu, semuanya adalah halal. Rasulullah s.a.w. telah
bersabda:
“ Sesungguhnya Allah telah memfardhukan beberapa
perkara perkara yang fardhu, maka
jangan engkau mensia-siakannya. Dia telah
memberi batas-batas tertentu, maka janganlah
engkau
melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu
perselisihkannya.
Dia telah mendiamkan beberapa perkara, kerana kasih sayangnya kepada
kamu. Dia tidak lupa. Maka janganlah kamu
membahaskannya.”
( HR al-Daruquthni, dari Hadis al-Tsa’labah
dan telah dianggap
sebagai hadis Hasan oleh al-Nawawi
di dalam hadis 40 ).
Saya suka untuk mengingatkan di sini, bahawa kaedah
asal setiap sesuatu itu adalah harus, tidak terhad kepada masalah benda sahaja,
tetapi ia meliputi perbuatan dan tingkah laku yang tidak tergolong di dalam
urusan ibadah. Inilah apa yang dinamakan sebagai “adat atau muamalat”.
Asal untuk perkara ‘adat dan muamalat’ ini adalah tidak diharamkan dan tidak juga terikat, melainkan yang telah diharamkan dan yang ditegaskan oleh syari’. Firman Allah Taala:
" Dan Allah telah memerinci kepadamu sesuatu yang Dia telah haramkan atas kamu.
Asal untuk perkara ‘adat dan muamalat’ ini adalah tidak diharamkan dan tidak juga terikat, melainkan yang telah diharamkan dan yang ditegaskan oleh syari’. Firman Allah Taala:
" Dan Allah telah memerinci kepadamu sesuatu yang Dia telah haramkan atas kamu.
( Surah al-An'am: ayat 119 )
Berlainan pula dengan urusan ibadah. Ia adalah
urusan agama yang murni, di mana penetapannya hendaklah melalui jalan wahyu.
Hal ini ada disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.:
“ Barangsiapa yang mengada-adakan satu perkara baru dalam urusan kami yang bukan
“ Barangsiapa yang mengada-adakan satu perkara baru dalam urusan kami yang bukan
darinya,
maka ia tertolak.” (
HR Muttafaq Alaih )
Inilah dia hakikat agama, yang menjunjung dua
perkara, iaitu tidak menyembah melainkan Allah dan tidak menyembah Allah
(beribadah) melainkan berdasarkan apa yang telah disyariatkan olehNya. Atas asas ini, sesiapa sahaja yang
mereka-reka atau mengada-adakan satu cara peribadatan ia adalah satu kesesatan
yang tidak boleh diterima sama sekali. Kerana hanya syari’
( Allah )
sahaja yang berhak untuk menentukan bentuk dan cara peribadatan untuk
mendekatkan diri kepadaNya. Manakala adat ataupun muamalat, syari’ tidak
menentukan bentuknya. Manusia-lah yang menentukannya. Syari’ datang hanya untuk
membetulkan, meluruskan, mendidik dan mengakuinya sahaja. Melainkan dalam beberapa
keadaan, untuk mengelakkan kerosakan dan kemudaratan. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: “Tingkah
laku manusia, samada perkataan dan perbuatannya ada 2 jenis, iaitu:
1. Ibadah, untuk maslahat (kebaikan) agamanya.
2. Adat yang mereka perlukan untuk kehidupan di
dunia ini.
Maka bersandarkan penelitian kepada asas-asas
syariat, kita akan dapat mengetahui bahawa ibadah yang diwajibkan atau yang
disukai oleh Allah tidak dapat ditetapkan melainkan hanya dengan syarak sahaja.
Adat pula ialah apa yang biasa diguna pakai oleh manusia untuk keperluan mereka
hidup di dunia ini. Asal hukum bagi adat ini adalah tidak dilarang kecuali apa
yang telah dilarang oleh Allah. Kerana perintah dan larangan adalah syariat
Allah. Di dalam ibadah, mestilah dengan perintah Allah. Oleh itu (dalam hal
adat) bagaimana dapat dihukumkan sebagai haram jika ia tidak diperintahkan.
Sebab itulah imam Ahmad dan para fuqaha’ ahli Hadis mengatakan: “ Sesungguhnya asal untuk perkara ibadah adalah
tauqif (mesti ditetapkan oleh syariat). Ia tidak boleh disyariatkan melainkan
apa yang telah disyariatkan oleh Allah. Jika tidak, maka kita akan terjerumus di dalam makna firman Allah:
"Apakah mereka itu mempunyai sekutu yang
mengadakan agama untuk mereka, sesuatu
yang tidak
diizinkan oleh Allah?" ( surah as-Syura: ayat 21 )
Adat pula, pada asalnya adalah dimaafkan. Oleh itu,
ia tidak dilarang melainkan apa yang telah diharamkan oleh Allah, kerana jika
tidak maka kita akan terjerumus di dalam firman Allah:
“Katakanlah! Apakah kamu sudah mengetahui sesuatu yang diturunkan Allah untuk kamu
daripada rezeki, kemudian kamu jadikan
daripadanya itu haram dan halal? Katakanlah!
Apakah Allah
telah memberi izin kepadamu, ataukah kamu memang berdusta atas (nama)
Allah?" (
suarh Yunus: ayat 59 )
Di atas itu adalah satu kaedah yang amat berguna
sekali. Jika begitulah keadaannya, maka dapatlah kita katakan: Jual beli, sewa menyewa dan adat-adat lainnya
yang diperlukan oleh manusia untuk kehidupan mereka seperti makan, minum dan
pakaian – syariat datang dengan membawa adab (etika) yang baik untuknya.
Mana-mana yang membawa kerosakan akan diharamkan. Mana-mana yang dimestikan,
akan diwajibkan. Mana-mana yang kurang elok, akan dimakruhkan. Dan, mana-mana
yang membawa kebaikan, akan disunatkan.
Atas asas ini, maka manusia boleh sekehendak hati
mereka berjual beli dan sewa menyewa selama syariat tidak mengharamkannya. Begitu
juga dengan makan dan minum, mereka boleh lakukannya sesuka hati mereka selama
syariat tidak mengharamkannya. Dan sekalipun ada sebahagiannya disunatkan atau
dimakruhkan (tetapi ia masih dibenarkan). Sedangkan perkara-perkara yang tidak
diberi batasan oleh syariat, maka ia kekal dengan kemutlakan hukum asalnya
(iaitu diharuskan). ( Al-Qawaid
al-Nuraniah al-Feqhiyah, Ibnu Taimiyah, hal. 112, 113. Atas asas kaedah ini Ibnu Taimiyah, muridnya
Ibnu al-Qaiyim dan seluruh fuqahak Hanabilah menetapkan: “Bahawa asal di dalam
aqad dan syarat adalah mubah/harus. Maka setiap aqad yang tiada nash
mengharamkannya secara khusus dan tidak mengandungi keharaman, maka ia adalah
halal.”) Kaedah di atas bertepatan dengan apa yang terdapat di dalam Hadis
sahih daripada Jabir bin Abdullah r.a, katanya:
“Kami pernah melakukan `azal, padahal al-Quran masih
turun. Kalaulah perkara ini
dilarang, nescaya al-Quran akan menegahnya.” (HR
Bukhari)
Hadis di atas menunjukkan bahawa apa yang didiamkan
oleh wahyu adalah tidak diharamkan dan tidak dilarang. Mereka boleh melakukan
apa sahaja secara bebas selagi tidak ada nash yang melarang dan menegahnya. Ini adalah sebahagian dari kesempurnaan feqh
para sahabat r.a. Dengan inilah kaedah berikut ditetapkan: “Tidak disyariatkan
ibadah melainkan dengan syariat Allah. Tidak diharamkan adat melainkan dengan
pengharaman Allah.”
Bab
1: 2. Kuasa menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak
mutlak Allah
Asas kedua: Islam telah menghadkan kuasa untuk menghalalkan dan mengharamkan. Ia mencabutnya dari tangan manusia. Mereka tidak memiliki kuasa ini setinggi manapun kedudukan mereka di sisi Allah dan di mata dunia. Islam menjadikan kekuasaan menghalal dan mengharamkan sesuatu itu milik mutlak Allah Taala. Bukan paderi, bukan pendeta dan bukan raja yang memiliki kuasa untuk mengharamkan sesuatu Barangsiapa yang melakukannya juga.
Maka dia dianggap telah melanggar garis sempadan
yang telah tetapkan, dan dianggap telah menentang hak ketuhanan dalam
mentetapkan syariat untuk manusia. Dan, barangsiapa yang redha terhadap
perbuatan ini, atau menjadi pengikutnya, maka dia telah menjadikan mereka itu
sebagai sekutu-sekutu Allah. Dan dapatlah dikatakan bahawa para pengikutnya itu
sebagai orang yang menyekutukan Allah (musyrik). Firman Allah Taala:
"Apakah
mereka itu mempunyai sekutu yang mengadakan agama untuk mereka, sesuatu
yang tidak
diizinkan Allah?"
( surah
as-Syura: ayat 21 )
Al-Quran telah menceritakan keburukan Ahli Kitab
yang menjadikan kuasa menghalal dan mengharam di tangan paderi-paderi dan
pendeta-pendeta mereka, firmanNya:
"Mereka itu telah menjadikan para paderi dan
pendetanya sebagai tuhan selain Allah; dan
begitu juga Isa bin Maryam (telah dituhankan),
padahal mereka tidak diperintah melainkan
supaya hanya
berbakti kepada Allah Tuhan yang Esa, tiada Tuhan melainkan Dia, maha
suci Allah
dari apa-apa yang mereka sekutukan." ( surah
at-Taubah: ayat 31 )
Pada suatu ketika `Adi bin Hatim telah datang kepada
Rasulullah s.a.w. – beliau begitu akrab dengan orang-orang Nasrani sebelum
memeluk Islam -, maka apabila beliau mendengar Rasulullah s.a.w. membaca ayat
ini, dia berkata:
“Wahai Rasulullah s.a.w., mereka tidak menyembah
para paderi dan pendeta mereka.” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Memang benar,
tetapi mereka mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, kemudian
para pengikutnya menuruti mereka. Perbuatan demikian itu adalah penyembahan
kepada mereka.”
( HR
al-Tarmizi dan selainnya, serta menganggapnya sebagai Hasan )
Di dalam satu riwayat lain ada menyebutkan ketika
Nabi s.a.w. menafsirkan ayat ini:
“ Adapun mereka tidaklah menyembah para paderi dan
pendeta mereka, tetapi apabila para
paderi dan
pendeta mengharamkan sesuatu, maka mereka turuti. Dan apabila
menghalalkan
sesuatu yang halal, juga mereka turuti.”
Orang-orang Kristian, masih lagi menyangka bahawa
Nabi Isa a.s. ketika dinaikkan ke langit, telah memberi kepada para muridnya
hak untuk menetapkan halal dan haram sesuka hati. Hal ini ada disebutkan di
dalam Injil Matius 18:18 “ Sesungguhnya
aku berkata kepadamu, apa sahaja yang kamu ikat di atas mukabumi ini, maka
itulah yang akan terikat di syurga. Dan apa yang lepaskan di atas mukabumi ini,
maka itulah yang akan terlepas di syurga nanti.”
Al-Quran juga telah menceritakan kesalahan kaum
musyrikin yang menetapkan halal dan haram di luar keizinan Allah:
"Katakanlah! Apakah kamu mengetahui apa-apa
yang Allah telah turunkan untuk kamu
daripada
rezeki, kemudian dijadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal;
katakanlah
apakah Allah telah memberi izin kepadamu,
ataukah memang kamu hendak berdusta atas
(nama) Allah?" (
surah Yunus: ayat 59 )
Firman Allah lagi:
"Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa
yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu
dengan dusta; bahawa ini halal dan ini haram,
supaya kamu berbuat dusta atas (nama)
Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani
berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akandapat bahagia." ( surah an-Nahl: ayat 116 )
Dari ayat-ayat dan Hadis-hadis ini, para fuqaha’
Islam telah mengetahui secara yakin, bahawa:
Bahawa hanya Allah sahajalah yang mempunyai hak
mutlak untuk menetapkan halal dan haram di dalam KitabNya, atau melalui
perantaraan lidah rasulNya. Tugas para fuqaha’ ini tidak lebih dari menjelaskan
atau menerangkan hukum-hakam Allah sahaja, samada yang telah dihalalkan atau
yang diharamkan. Firman Allah:
" Sungguh Allah telah menerangkan kepada kamu
apa yang Ia haramkan atas kamu."
( surah al-An'am: ayat 119 )
Dan, bukanlah tugas para fuqaha’ ini membuat satu syariat agama untuk manusia, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh (mereka tidak ada kuasa itu). Mereka ini dengan taraf mereka sebagai imam dan mujtahid, cuba menghindarkan diri dari berfatwa. Masing-masing berusaha agar tidak terjebak ke dalam jurang kesalahan menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Diriwayatkan oleh imam al-Syafi’I di dalam kitabnya al-Umm (7/317), daripada al-Qadhi Yusof, murid Abu Hanifah, katanya: “Saya mendapati guru-guru kami dari kalangan ahli ilmu tidak suka berfatwa dengan mengatakan bahawa ini halal dan ini haram, kecuali apa yang ada di dalam Kitab Allah dengan jelas tanpa ada penafsiran.”
Dan, bukanlah tugas para fuqaha’ ini membuat satu syariat agama untuk manusia, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh (mereka tidak ada kuasa itu). Mereka ini dengan taraf mereka sebagai imam dan mujtahid, cuba menghindarkan diri dari berfatwa. Masing-masing berusaha agar tidak terjebak ke dalam jurang kesalahan menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Diriwayatkan oleh imam al-Syafi’I di dalam kitabnya al-Umm (7/317), daripada al-Qadhi Yusof, murid Abu Hanifah, katanya: “Saya mendapati guru-guru kami dari kalangan ahli ilmu tidak suka berfatwa dengan mengatakan bahawa ini halal dan ini haram, kecuali apa yang ada di dalam Kitab Allah dengan jelas tanpa ada penafsiran.”
Ibnu al-Sa’ib telah menceritakan kepada kami
daripada al-Rabi’ bin Khaitsam – yang merupakan sebaik-baik tabi’in -, katanya:
“Berhati-hatilah terhadap seorang lelaki yang berkata: Sesungguhnya Allah telah
menghalalkan ini atau meredhainya, lalu Allah berkata kepadanya: Aku tidak
menghalalkan ini dan tidak meredhainya. Atau lelaki itu berkata: “Sesungguhnya
Allah telah mengharamkan ini, lalu Allah berkata kepadanya: Engkau berdusta.
Aku tidak tidak mengharamkan dan melarangnya.”
Sebahagian sahabat-sahabat kami telah menceritakan
kepada kami daripada Ibrahim al-Nakha’I salah seorang dari fuqaha’ besar
tabi’in di Kufah -, dia menceritakan mengenai sahabat-sahabatnya: “Sesungguhnya
mereka apabila berfatwa tentang sesuatu atau melarang sesuatu, mereka akan
berkata: “Ini makruh.” “Ini tidak mengapa.” Adapaun untuk kami mengatakan: “Ini
halal dan ini haram, maka apakah yang lebih dahsyat daripada ini!!”
Ini adalah yang telah dinukilkan oleh Abu Yusof daripada salafus soleh dan yang telah dinukilkan juga oleh al-Syafi’I dan beliau mengakuinya.
Dan, samalah halnya dengan apa yang telah dinukilkan
oleh Ibnu Muflih daripada Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: “Bahawa salafus soleh
tidak secara mutlak mengharamkan sesuatu kecuali setelah diketahui
pengharamannya secara pasti.” (Perkara ini disokong oleh apa yang telah
diriwayatkan bahawa para sahabat tidak menjauhi khamar secara menyeluruh
selepas turun ayat dari ( al-Baqarah 219
), kerana ayat ini tidak ada kata putus di dalam pengharamannya. Mereka
menjauhinya secara total setelah turun ayat dari ( al-Maidah ).
Begitulah kita akan dapati imam seperti imam Ahmad
bin Hanbal apabila ditanya mengenai suatu perkara, beliau akan menjawab: “Saya
membencinya, atau saya tidak menyenanginya, atau saya tidak menyukainya, atau
saya tidak menganggapnya sebagai elok.”
Perkara seumpama inilah yang diriwayatkan daripada Malik, Abu Hanifah dan seluruh imam- imam lainnya.
Perkara seumpama inilah yang diriwayatkan daripada Malik, Abu Hanifah dan seluruh imam- imam lainnya.
Halal
dan Haram di dalam Kehidupan Individu Muslim
1. Makanan
dan Minuman
a- Sembelihan syar’i
b-
Berburu
c-
Khamar/arak.. Dadah
2. Pakaian
dan Perhiasan
3. Di Rumah
4. Bidang
Pekerjaan dan Profesional
Bab
2: Halal dan Haram di dalam Kehidupan Individu Muslim
Umat-umat dan bangsa-bangsa dahulukala berbeza-beza pandangan terhadap apa yang mereka makan dan apa yang mereka minum. Makanan mana yang mereka bolehkan. Dan makanan mana yang tidak dibolehkan. Dan, lebih-lebih lagi terhadap makanan berasaskan daging haiwan.
Untuk makanan dan minuman berasaskan tumbuh-tumbuhan
pula, apa yang diketahui memang umat manusia tidak banyak berbeza mengenai
halal-haramnya. Untuk jenis ini, Islam tidak mengharamkannya melainkan jika ia
sudah menjadi arak, samada ia diperbuat dari perahan anggur, kurma, gandum atau
apa sahaja bahan lain selama ia menjadi sesuatu yang memabukkan.
Begitu juga diharamkan setiap yang boleh
mengkhayalkan (hilang ingatan), melemahkannya dan apa sahaja yang boleh
memudaratkan tubuh badan. Mengenai makanan berasaskan daging haiwan pula,
memang terjadi perbezaan yang begitu ketara sekali di kalangan pelbagai agama
dan golongan.
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Penyembelihan
dan Memakan Haiwan Menurut Brahmin (Hindu)
Di sana terdapat satu golongan seperti golongan Brahmin Hindu dan sebahagian ahli falsafah yang mengharamkan ke atas diri mereka menyembelih dan memakan haiwan. Mereka hidup dengan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan. Mereka berkata: “Penyembelihan haiwan adalah tindakan keganasan oleh manusia ke atas makhluk bernyawa. Manusia tidak berhak untuk menyekat hak makhluk ini untuk hidup.”
Tetapi, derdasarkan kepada pengamatan kita, dapatlah
diketahui bahawa kewujudan haiwan-haiwan di mukabumi ini bukanlah ada matlamat
tertentu. Haiwan-haiwan ini tidak dikurniakan akal dan kehendak. Nampaklah
kepada kita bahawa kewujudan haiwan-haiwan ini adalah untuk memberi manfaat
kepada manusia. Oleh itu, bukanlah suatu perkara yang pelik apabila manusia
memanfaatkan daging haiwan yang disembelih, sebagaimana manusia memanfaatkan
khidmat tenaganya. Kita dapat ketahui perkara ini adalah sunatullah (peraturan
alam) yang berlaku pada makhlukNya. Di mana makhluk dari jenis yang lebih
rendah akan menjadi mangsa untuk kepentingan makhluk yang lebih tinggi.
Tumbuh-tumbuhan yang menghijau diragut untuk keperluan makanan haiwan. Manakala
haiwan bula disembelih untuk keperluan makanan manusia. Malah, lebih jauh lagi
manusia berperang dan dibunuh demi kepentingan orang ramai…
Dan, begitulah seterusnya. Tindakan menahan manusia
dari menyembelih haiwan tidak akan dapat melindunginya dari mati atau binasa.
Kerana haiwan-haiwan ini, jika tidak mati kerana bercakaran sesama sendiri, ia
akan mati juga dengan sendirinya. Dan, adakalanya kematiannya melalui cara
begitu lebih pedih lagi berbanding mati akibat ketajaman pisau.
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Haiwan-haiwan
yang diharamkan oleh Yahudi dan Nasrani
Di dalam agama-agama samawi, Allah Taala mengharamkan ke atas orang-orang Yahudi terlalu banyak jenis-jenis haiwan darat dan haiwan laut. Ini ada dijelaskan di dalam kitab Taurat, fasal 11. Manakala di dalam al-Quran ada menyebutkan sebahagian haiwan yang diharamkan ke atas orang-orang Yahudi. Alasan pengharamannya telahpun kami sebutkan sebelum ini, iaitu sebagai hukuman dari Allah atas perbuatan zalim dan dosa mereka. Firman Allah Taala:
" Dan
kepada orang-orang Yahudi kami haramkan semua haiwan yang berkuku, dan dari
sapi dan
kambing kami haramkan lemak-lemaknya, kecuali (lemak) yang terdapat di
punggungnya, atau yang terdapat dalam perut,
atau yang tercampur dengan tulang. Yang
demikian
itu kami (sengaja) hukum mereka. Dan
sesungguhnya Kami adalah (di pihak)
yang benar."
( surah al-An'am: ayat 146 )
Itu adalah keadaan orang-orang Yahudi yang sudah
semestinya diikuti oleh orang-orang Nasrani. Kerana Nabi Isa a.s. tidak
diutuskan untuk memansukhkan hukum yang terdapat di dalam Taurat, bahkan untuk
menyempurnakannya. Tetapi golongan Nasrani ini kemudiannya menghalalkan apa
yang diharamkan ke atas mereka sebagaimana yang termaktub di dalam Taurat,
sedangkan hukum berkenaan tidakpun dimansukhkan oleh Injil.
Mereka mengikut Paulus Di dalam menghalalkan semua
jenis makanan dan minuman, kecuali yang disembelih untuk berhala apabila
dikatakan kepada orang Nasrani: “Haiwan ini disembelih untuk berhala.” Paulus
memberi alasan bahawa setiap sessuatu itu adalah suci untuk orang yang suci.
Dan bahawa apa sahaja yang masuk ke dalam mulut tidak menajiskan mulut.
Hanyasanya, yang dapat menajiskan mulut ialah apa yang keluar darinya. Mereka
telah menghalalkan memakan daging babi, meskipun ia telah diharamkan dengan
nash Taurat. Dan, hukum ini masih berlaku sehingga ke hari ini.
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Menurut
orang-orang Arab jahiliyah
Orang-orang Arab Jahiliyah pula mengharamkan setengah haiwan kerana kotor atau menjijikkan. Sebahagian haiwan pula mereka haramkan kerana penyembahan dan ibadah kepada berhala dan kerana mengikut perkara-perkara yang tidak benar. Ini dapat kita lihat apabila mereka mengharamkan bahirah, sa’ibah, washilah dan ham (perkar aini telah disebutkan sebelum ini). Dan, sebagai tukar ganti dari pengharaman ini mereka menghalalkan banyak perkara-perkara keji seperti menghalalkan bangkai dan darah yang mengalir.
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Islam
menghalalkan yang baik-baik
Islam datang ketika keadaan manusia dalam hal makan dan minum, samada terlalu longgar dalam menghalalkan dan terlalu ketat dalam mengharamkannya. Islam menyeru kepada semua umat manusia firman Allah dalam al-Quran:
" Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada
di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan
kamu mengikuti jejak syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-
terangan
bagi kamu."
( surah al-Baqarah: ayat 168 )
Islam menyeru mereka dengan menyifatkannya sebagai
manusia agar makan yang baik-baik dari hidangan besar yang disediakan, iaitu
mukabumi ini yang seluruhnya diciptakan untuk mereka. Allah mahu agar manusia
tidak mengikut jejak-jejak syaitan yang sentiasa menggoda manusia supaya
mengharamkan perkara yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah. Syaitan juga
mahukan manusia agar terjerumus ke dalam lembah kesesatan.
Kemudian Islam membuat seruan khusus untuk orang-orang beriman, firmanNya:
" Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami
Kemudian Islam membuat seruan khusus untuk orang-orang beriman, firmanNya:
" Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami
berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada
Allah kalau betul-betul kamu berbakti
kepadaNya.
Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan
haiwan yang
disembelih bukan kerana Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa
dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas,
maka tidaklah berdosa baginya, kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha
Belas-kasih."
( surah al-Baqarah: ayat 172-173 )
" Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang
sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal
makanan yang diharamkan untuk dimakan,
melainkan bangkai, atau darah yang mengalir,
atau daging babi; kerana sesungguhnya dia itu
kotor (rijs), atau haiwan yang disembelih
bukan
kerana Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja
dan tidak
melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha
Belas-kasih."
( surah al-An'am: ayat 145 )
Di dalam surah al-Maidah, al-Quran menyebutkan
perkara-perkara yang diharmkan ini dengan lebih terperinci lagi, firmanNya:
" Telah diharamkan atas kamu bangkai, darah,
daging babi, haiwan yang disembelih bukan
kerana
Allah, yang (mati) kerana dicekik, yang (mati) kerana dipukul, yang (mati)
kerana
jatuh dari
atas, yang (mati) kerana ditanduk, yang (mati) kerana dimakan oleh haiwan
buas kecuali
yang dapat kamu sembelih dan yang disembelih untuk berhala."
(
suarh al-Maidah: ayat 3 )
Dalam ayat di atas telah ditetapkan 10 jenis haiwan yang diharamkan, dan ia tidak bercanggah satu dengan yang lain, kerana ayat yang lalu itu memperinci ayat-ayat yang lain. Haiwan yang mati dicekik, dipukul, jatuh dari atas, ditanduk dan dimakan binatng buas; semuanya itu termasuk di dalam makna bangkai. Ia hanya memperincikan maksud bangkai. Begitu juga dengan haiwan yang disembelih untuk berhala, ia termasuk di dalam makna sembelihan bukan kerana Allah. Kedua-duanya berada di bawah satu maksud. Oleh itu secara ringkasnya haiwan yang diharamkan ada empat jenis, manakala secara terperincinya ada sepuluh jenis.
Dalam ayat di atas telah ditetapkan 10 jenis haiwan yang diharamkan, dan ia tidak bercanggah satu dengan yang lain, kerana ayat yang lalu itu memperinci ayat-ayat yang lain. Haiwan yang mati dicekik, dipukul, jatuh dari atas, ditanduk dan dimakan binatng buas; semuanya itu termasuk di dalam makna bangkai. Ia hanya memperincikan maksud bangkai. Begitu juga dengan haiwan yang disembelih untuk berhala, ia termasuk di dalam makna sembelihan bukan kerana Allah. Kedua-duanya berada di bawah satu maksud. Oleh itu secara ringkasnya haiwan yang diharamkan ada empat jenis, manakala secara terperincinya ada sepuluh jenis.
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Pengharaman
bangkai dan hikmat di sebaliknya
1. Perkara pertama yang disebutkan oleh ayat di atas mengenai pengharaman makanan ialah bangkai. Iaitu haiwan atau burung yang sendiri, bukan dengan hasil usaha manusia, samada melaui sembelihan atau perburuan.
Kadangkala dalam fikiran manusia hari ini tertanya-tanya
tentang hikmah dan rahsia pengharaman bangkai ke atas manusia dan perlu
membwangnya tanpa boleh dimakan. Kita jawab persoalan ini, bahawa pengharamnya
itu mengandungi hikmat yang cukup besar di sebaliknya, antaranya ialah:
a. Manusia yang mempunyai tabiat semulajadi yang
sejahtera akan menolak dan merasa jijik dengan bangkai. Golongan cerdik pandai
secara umumnya menganggap memakan bangkai adalah satu kehinaan yang menafikan
kemuliaan manusia. Kerana itulah kita dapat melihat seluruh penganut-penganut
agama kitabiyah mengharamkannya. Mereka tidak akan memakannya kecualiyang
disembelih sahaja, sekalipun cara penyembelihannya berbeza-beza antara satu
sama lain.
b. Merangsang agar setiap muslim membiasakan diri
dengan niat dan kehendak dalam apa sahaja urusan. Seorang muslim tidak akan
memperoleh sesuatu atau mengecap sesuatu hasil melainkan selepas mempunyai
niat, kehendak dan usaha ke arah itu. Dengan ini, maksud penyembelihan
(mengelakkan haiwan dari menjadi bangkai) ialah: Qasad untuk meragut nyawa
haiwan untuk dimakan. Jadi, seolah-olahnya Allah tidak redha jika seorang
manusia itu makan tanpa ada niat serta tujuan dan tanpa berfikir terlebih
dahulu, sepertimana halnya dengan bangkai ini. Mengenai haiwan yang disembelih
dan yang diburu, kedua-duanya ini tidak makan haiwan melainkan dengan niat,
tujuan dan usaha.
c. Haiwan yang mati sendiri, menurut kebiasaannya ia mati kerana suatu penyakit atau kerana memakan tumbuhan beracun atau kerana sebab-sebab seumpamanya. Bagaimanapun keadaannya, semuanya berada dalam keadaan tidak selamat untuk dimakan. Contohnya ialah apabila haiwan itu mati kerana terlalu lemah dan tidak dalam keadaan biasa.
d. Allah Taala mengharamkan bangkai ke atas kita bangsa manusia adalah untuk memberi rwang kesempat kepada haiwan-haiwan dan burung-burung untuk dijadikan makanannya. Ini adalah sebagai rahmat dan kasih sayang dari Allah terhadap mereka. Kerana sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran, mereka juga adalah umat seperti kita juga. Ini jelas sekali di mana tidak kelihatan bangkai-bangkai haiwan di tanah-tanah lapang dan tempat-tempat lain.
e. Supaya manusia dapat memelihara dan menjaga
haiwan milik mereka dengan tidak membiarkannya terkena penyakit yang akan
menyebabkan mereka mati dan musnah. Mereka akan menjaga dengan segera merawat
dan memberi kerehatan kepadanya.
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Pengharaman
darah yang mengalir
2. Perkara kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya mengenai hukum limpa, beliau menjawab: “Kamu boleh memakannya.” Mereka berkata lagi: “Bukanlah ia darah?” Beliau menjawab lagi: “Hanyasanya yang diharamkan ke atas kamu ialah darah yang mengalir.”
Hikmah pengharaman darah yang mengalir ialah kerana
ia kotor di mana tabiat manusia yang bersih menganggapnya sebagai menjijikkan.
Ia juga sebagaimana bangkai yang diduga dapat memberi mudarat. Orang-orang jahiliyah apabila mereka lapar,
mereka akan mengambil satu benda tajam dari tulang atau sebagainya, kemudian
dicucukkan ke unta atau haiwan lainnya. Mereka kemudian mengumpul darah yang
mengalir dari haiwan itu kemudian diminumnya. Mengenai perkara ini, al-A’sya
berkata: “ Jauhi dirimu dari bangkai dan jangan dekati * Jangan kamu ambil
tulang yang tajam lalu mengeluarkan darah.“
Oleh kerana mengeluarkan darah itu adalah perbuatan
menyakitkan haiwan danm melemahkannya, maka Allah Taala telah mengharamkannya.
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Daging babi
3. Yang ketiga untuk hukum daging babi.. Sesungguhnya tabiat (naluri) manusia yang sejahtera menganggapnya sebagai jijik dan kotor. Ini kerana seleran makan babi ini suka kepada benda-benda kotor dan najis. Manakala perubatan moden pula menjelaskan bahawa memakannya boleh mendatangkan mudarat di semua daerah, terutamanya di daerah panas.
Kajian ilmiah telah menyatakan bahawa memakan daging babi akan mengakibatkan cacing yang dapat membunuh. Siap tahu, boleh jadi pada masa akan datang ilmu pengetahuan dapat menyingkap lebih banyak lagi rahsia mengapa daging babi diharamkan.
Dan, benar firman Allah Yang Maha Agung:
" Dan Allah mengharamkan atas mereka yang
kotor-kotor." ( suarh al-A'raf: ayat 156 )
Para penyelidik mengatakan: “Sesungguhnya
mengamalkan secara berterusan memakan daging babi boleh mengurangkan perasaan
cemburu terhadap perkara-perkara yang diharamkan.
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Sembelihan
bukan kerana Allah
4. Perkara keempat yang diharamkan ialah: Sembelihan
bukan kerana Allah. Maksudnya ialah haiwan disembelih dengan menyebut nama
selain Allah, seperti berhala. Kaum penyembah berhala, apabila mereka
menyembelih disebutnya nama berhala mereka atas sembelihan itu, seperti Lata
dan Uzza. Ini adalah perbuatan ibadah kepada selain dari Allah dan perbuatan
penyembahan dengan nama selain dari nama Allah yang Maha Agung.
Perbuatan di atas diharamkan adalah dengan alasan
(illah) agama yang bertujuan untuk memelihara tauhid, membersihkan aqidah dan
memerangi syirik serta lambang-lambang berhala di dalam setiap bidang
kehidupan.
Allah telah menciptakan manusia. Dunia ini pula
diserahkan kepada mereka. Manakala haiwan ditundukkan untuk mereka. Allah
membenarkan menyembelih haiwan untuk kepentingan mereka jika di dalamnya ada
disebutkan nama Allah. Jadi, menyebut nama Allah ketika itu adalah sebagai
pernyataan bahawa perkara ini dilakukan terhadap makhluk bernyawa ini adalah
dengan izin dan keredhaan dari Allah. Apabila yang disebut bukan nama Allah
ketika menyembelih, bermakna dia telah mengenetepikan keizinan yang diberikan,
dan kerana itu dia berhak diharamkan dari memakan haiwan yang disembelih.
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Jenis-jenis
bangkai
Empat perkara yang diharamkan di atas itu adalah perkara-perkara yang diharamkan dalam bentuk ijmal (bukan terperinci). Ayat dari surah al-Ma’idah telah memperincikannya di dalam 10 perkara sebagaimana telah kami sebutkan. Ia adalah sebagai berikut:
5. Haiwan yang mati tercekik: Iaitu yang mati akibat tercekik samada dengan menjerut lehernya atau memasukkanya ke tempat yang sempit atau sebagainya.
6. Haiwan yang mati kerana dipukul dengan tongkat
atau sebagainya.
7. Haiwan yang mati akibat jatuh dari tempat yang
tinggi atau seumpamanya, seperti yang terjatuh ke dalam telaga.
8. Haiwan yang mati akibat bercakaran sesama
sendiri.
9. Haiwan yang mati akibat terkaman haiwan buas.
Selepas menyebutkan lima jenis haiwan yang
diharamkan di atas, Allah berfirman: “Kecuali haiwan yang kamu sembelih.”
Maksudnya, “jika kamu mendapat haiwan yang masih hidup, maka kamu sembelihlah..
Ia dihalalkan untuk kamu.” Perkara ini akan dibincangkan kemudian.
Untuk membolehkan haiwan itu disembelih dan dimakan,
memadai jika haiwan berkenaan dalam keadaan nafas terakhirnya. Daripada Ali bin
Abi Thalib r.a.: “Jika kamu sempat menyembelih haiwan yang jatuh dari atas,
yang dipukul atau yang bercakar sesama sendiri, iaitu yang masih bergerak kaki
hadapan dan kaki belakangnya.”
Daripada ad-Dhahhak: “Orang-orang Jahiliyah
haiwan-haiwan yang begitu, tetapi Allah mengharamkannya melainkan selepas
disembelih. Haiwan-haiwan yang dijumpai masih bergerak kaki, ekor atau matanya
maka ia boleh disembelih dan halal dimakan. (Sebahagian fuqaha’ mengatakan:
Haiwan berkenaan mestilah masih berada dalam keadaan hayat mustaqirrah.
Tanda-tandanya ialah darahnya masih mengalir dan matannya masih bergerak
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Hikmah
Pengharaman Haiwan-haiwan dari Jenis ini
Hikmah pengharaman jenis-jenis bangkai, apa yang telah kami sebutkan hanyalah kerana ia membahayakan. Namun, hikmah berkenaan tidaklah begitu jelas dan ketara. Jadi di sini, ia diperkuatkan lagi dengan satu hikmah lain, iaitu: Syari’ (Allah Taala) yang Maha Bijaksana mengajar manusia agar mengambil berat tentang haiwan, menyayangi dan memeliharanya atau menjaganya. Oleh itu, tidak patut bintang berkenaan dibiarkan hingga dicekik atau jatuh dari tempat yang tinggi. Atau membiarkan mereka bertandukan sesama sendiri sehingga terbunuh. Tidak boleh juga menyiksa haiwan dengan memukulnya hingga mati seperti yang dilakukan oleh para penggembala yang tidak berhati perut lebih-lebih lagi penggembala upahan. Begitu juga tidak boleh melagakan sesama haiwan. Melagakan lembu. Atau melagakan kambing. Haiwan yang dilagakan ini akan bertandukan sesama mereka sehingga mati atau hampir mati.
Hikmah pengharaman jenis-jenis bangkai, apa yang telah kami sebutkan hanyalah kerana ia membahayakan. Namun, hikmah berkenaan tidaklah begitu jelas dan ketara. Jadi di sini, ia diperkuatkan lagi dengan satu hikmah lain, iaitu: Syari’ (Allah Taala) yang Maha Bijaksana mengajar manusia agar mengambil berat tentang haiwan, menyayangi dan memeliharanya atau menjaganya. Oleh itu, tidak patut bintang berkenaan dibiarkan hingga dicekik atau jatuh dari tempat yang tinggi. Atau membiarkan mereka bertandukan sesama sendiri sehingga terbunuh. Tidak boleh juga menyiksa haiwan dengan memukulnya hingga mati seperti yang dilakukan oleh para penggembala yang tidak berhati perut lebih-lebih lagi penggembala upahan. Begitu juga tidak boleh melagakan sesama haiwan. Melagakan lembu. Atau melagakan kambing. Haiwan yang dilagakan ini akan bertandukan sesama mereka sehingga mati atau hampir mati.
Di sinilah para ulamak menyatakan haramnya haiwan
yang mati kerana berlaga sekalipun ia tercedera kerana tandukan pada tempat
sembelihan kemudian mengalir darah. Apa yang saya lihat, tujuan pengharaman ini
adalah untuk menghukum mereka yang membiarkan haiwan berlaga sesama mereka
sehingga terbunuh. Jadi, hukum begini memang tepat sekali.
Mengenai pengharaman haiwan yang telah diterkam oleh haiwan buas ialah (yang paling asas) untuk memuliakan bangsa manusia serta membersihkan mereka dari memakan sisa-sisa haiwan buas. Dahulu, orang-orang jahiliyah memakan sisa-sisa makanan haiwan buas, samada kambing, unta ataupun lembu, kemudian Allah mengharamkannya ke atas orang-orang beriman.
Mengenai pengharaman haiwan yang telah diterkam oleh haiwan buas ialah (yang paling asas) untuk memuliakan bangsa manusia serta membersihkan mereka dari memakan sisa-sisa haiwan buas. Dahulu, orang-orang jahiliyah memakan sisa-sisa makanan haiwan buas, samada kambing, unta ataupun lembu, kemudian Allah mengharamkannya ke atas orang-orang beriman.
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Haiwan yang
Disembelih Untuk Berhala
10. Haiwan kesepuluh yang diharamkan ialah haiwan yang disembelih untuk berhala. Berhala (nushub) ialah sesuatu yang dibangunkan/ditegakkan samada berhala atau batu sebagai tanda bagi taghut – iaitu penyembahan selain dari Allah. Ia pernah berada di sekitar ka’bah di mana orang-orang jahiliyah membuat sembelihan untuknya dengan tujuan mendekatkan diri kepada tuhan-tuhan atau berhala-berhala mereka. Sembelihan begini termasuk sembelihan bukan kerana Allah. Sembelihan bukan kerana Allah dan sembelihan untuk berhala kedua-duanya adalah sama sahaja, iaitu untuk mengagungkan taghut. Perbezaan antara keduanya ialah, sembelihan bukan kerana Allah adakalanya sembelihan itu adalah untuk berhala yang jauh darinya. Sembelihan berkenaan disebut nama taghut. Manakala sembelihan untuk berhala pula ialah sembelihan itu mestilah dilakukan pada batu berhala berkenaan. Bukan satu kemestian disebutkan nama selain Allah pada sembelihan itu.
Semasa berhala-berhala itu masih berada di sekitar
ka’bah, mereka beranggapan bahawa sembelihan untuk berhala itu adalah sebagai
penghormatan kepada baitil haram (ka’bah). Kemudian Islam melenyapkan tanggapan
ini dan menyatakan pengharamannya dengan nash yang jelas dan nyata, sekalipun
ia difahami dari ayat “apa sahaja yang disembelih bukan kerana Allah.
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Ikan dan
Belalang Tidak Termasuk Bangkai
Syariat Islam telah mengecualikan beberapa haiwan dari bangkai yang diharamkan, iaitu ikan, ikan paus dan haiwan-haiwan laut lain yang seumpamanya. Ketika Nabi s.a.w. ditanya mengenai laut, baginda s.a.w. bersabda: “Airnya suci lagi menyucikan dan bangkai haiwannya adalah halal.” (HR Ahmad; Ashab al-Sunan) Allah Taala berfirman:
" Dihalalkan bagi kamu haiwan buruan laut dan makanannya." ( suarh al-Maidah.Ayat 96 )
Umar r.a. berkata: Buruannya (صيده) bermaksud haiwan yang diburu dan makanannya (طعامه) bermaksud apa yang dicari.”
Ibnu Abbas r.a. pula mengatakan: “Makanannya (طعامه)
bermaksud bangkainya.”
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebutkan, dari
Jabir r.a., bahawa Nabi s.a.w. telah mengutuskan angkatan perang dari kalangan
para sahabatnya. Mereka ini mendapat seekor ikan paus besar yang telah mati
(menjadi bangkai). Mereka memakannya selama 20 hari. Kemudian mereka kembali ke
Madinah dan menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w, lalu Baginda s.a.w.
bersabda: “Makanlah rezeki yang telah Allah berikan kepada kamu. Berilah kepada
kami jika kamu masih ada lagi.” Kemudian salah seorang dari mereka
memberikannya kepada baginda s.a.w. dan dimakannya. (HR Bukhari)
Belalang samalah hukumnya seperti bangkai haiwan
laut. Rasulullah s.a.w. telah memberi rukhsah (keringanan) memakan bangkai
belalang. Kerana belalang tidak mungkin dapat disembelih. Ibnu Abi Aufa r.a.
telah berkata: “Kami berperang bersama Rasulullah s.a.w. sebanyak tujuh peperangan.
Kami bersama baginda s.a.w. memakan belalang.” (HR al-Jamaah kecuali Ibnu
Majah)
No comments:
Post a Comment