Monday, January 6, 2014

Kuliah subuh Bab Menghias diri..

Kuliah subuh Bab Menghias diri..

Hukum memakai rambut palsu..

Memakai rambut palsu maksudnya memperpanjangkan rambut dengan menyambungnya agar sanggul atau rambut menjad ibesar atau lebat panjang nampak cantik.. Perbuatan itu ada lah dilarang .. Dalam Hadis perbuatan itu dinamakan al-waashilah.. ( menyambung rambut ) baik dengan rambut asli, dengan benang sutera ,atau dengan kain mahu pun dengan rambut palsu..semua itu termasuk waashilah..( menyambung ) Sabda Rasulullah saw.
Allah telah melaknat perempuan atau lelaki yanag memakai rambut palsu dan yang meminta dipakaikan rambut palsu, dan perempuan atau lelaki yang mencacah ( membuat tatu ) atau meminta dicacah ( tatu )

Dalam Islam tidak melarang mengubati rambut agar tumbuh subur dan panjang..

Menghias diri .. Kalau memakai rambut palsu bagi wanita hukumnya haram bagaimana pula memakai lipstik, pewarna kuku dan bahan kosmetuk lainnya?
peralatan menghias diri untuk menggembirakan hati suaminya tidak terdapat keterangan yang melarangnya, tetapi perlu diambil perhatian ... Perempuan itu terhalang dengan beberapa sebab ..

Adakah bahan bahan tadi tidak menghalang air wuduk atau mandi wajib..untuk sampai keseluruh tubuh.. jika ia menghalangi sampainya air keseluruh tubuh maka wuduk atau mandi wajib itu tidak sah..

Menghias atau bersolek..

Apakah maksud wanita tidak boleh memperlihatkan perhiasannya selain daripada muhrimnya? Seseorang wanita muslimah harus menutup perhiasannya yang biasanya menarik berahi dan menjadi alat yang baik buat syaitan untuk menggoda..
sedangkan perempuan itu bersifat pembimbing rasa,tak kuat bila diserang musuh yang manis senyuman dan terbuka tangannya..

Hiasan dan keindahan yang dimiliki seorang perempuan sangat menyenangkan hati bila masa dilihat orang.. akan tetapi ketahuilah bahawa kesenangan yang hujungnya menuju kearah neraka adalah kebinasaan..
Menutup hiasan diri ada lah suatu jihad dan suatu ibadah yang banyak godaannya..
Perintah menutup ziianah atau ( perhiasan ) itu adalah rahmat , tanda kasih sayang Allah kepada umat manusia supaya mereka tidak menjadi korban godaan syaitan..

Perlu diambil perhatian bahawa hiasan dan pakaian yang cantik itu mempunyai jiwa sendiri-sendiri.. Berhiaslah dan berpakaianlah yang selaras dan sejalan dengan jiwa kesolehan hati serta keikhlasan jiwa sebagai seorang muslimah..

No comments:

Post a Comment