Wednesday, January 15, 2014

Hadis Nabi.SAW..



Hadis Nabi..
Berkata Abu Murrah ath-Tha'ifi r.a.
Bahawasanya Nabi Muhammad saw telah bersabda..
Allah telah berfirman..
Wahai anak dam! Bersembahyanglah untuk Aku diawal pagi , nescaya Aku akan mencukupimu diakhirnya..

Hadis Qudsi ini menganjurkan agar kita tidak melupakan 4 rakaat diawal pagi..
( sembahyang ini dinamakan Solat Dhuha..)

Waktu solat Dhuha ini bermula sebaik2 saja berakhirnya waktu laragan sesudah solat subuh sehingga matahari terbit meninggi sekadar sehasta , dimana kita ditegah bersolat pada waktu itu. Dan waktunya memanjang hingga kepada waktu solat Shalatuz-Zawaal..

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan 2 rakaat atau sepanjang2nya 8 rakaat dengan 4 salam dan boleh juga dilakukan dengan 4 rakaat dengan 2 salam.

Solat Dhuha faedahnya amat banyak dan pahalanya amat besar disamping adanya jaminan Allah Ta'ala dalam segala keperluan keduniaan setiap hari bagi manusia ..
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi saw..telah bersabda.. Firman Allah swt..
Wahai anak Adam Ingatlah kepada Aku sebentar selepas Subuh, dan sebentar selepas Asyar , nescaya akan aku cukupkan  mu ( keperluan ) antara kedua masa itu 
   ( Riwayat Muslim dan Abu Nu’aim )

Berkata Abu Darda . r.a.  Bahawa sanya Nabi Muhammad saw telah bersabda..
Allah swt telah berfirman ..
Apabila hambaKu  merencanakan sesuatu kejahatan maka janganlah kamu ( para malaikat ) mencatitkan keatas hamba itu , sehingga dia mengerjakan kejahatan nya maka barulah kamu catitkannya dengan satu kejahatan  Akan tetapi jika ia merencanakan suatu kebajikan , tetapi dia tidak mengerjakannya , maka catitkanlah baginya dengan satu kebajikan  dan jika ia dikerjakan kebajikan itu maka catitkan baginya pla dengan sepuluh kebajikan..
       (  Riwayat  Bukhari dan Muslim )
Huraian hadis ..
Oleh kerana basyrah ( berita gembira ) yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw tentang balasan Allah swt kepada kita sebagai manusia tentang balasan amal kebajikan yang berlipat kali ganda maka berlumba2lah kita dalam melakukan amal kebajikan agar kita dapat memperolehi balasan dari Allah swt berlipat kali ganda lagi..



SOLAT SUNAT DHUHA
Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih.  Maksimanya 12 rakaat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari   setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
 Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."  Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
 Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Niat Solat Dhuha
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ                                                                                            

Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala

selepas selesai solat  kama hendaklah baca tasbih  ini sebanyak 10 kali
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.

No comments:

Post a Comment