Friday, May 23, 2014

Cara membuat Rempeyek @ Tempeyek dan Tempe



                                                      
                                                      
Cara membuat Rempeyek @ Tempeyek
Bahan – bahan 

600 gram tepung beras
500 gram kacang tanah
1 biji kelapa
4 ulas bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis- ditumbuk kasar ikan bilis 
                                                      1 sudu teh @ sedikit garam
                                                      1 Botol 2.5kg  minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan:


1.Campurkan tepung beras dengan santan. Kecairannya seperti menggoreng pisang.
2. Masukkan bahan tumbuk serta sedikit serbuk kunyit.
3. Panaskan sudip atau acuan dalam minyak panas.
4. Sudukan sedikit adunan keatas sudip/acuan.Taburkan kacang yang telah dibasuh dan dikeringkan 
    serta ikan bilis.
5. Goyangkan dalam minyak panas hingga tanggal daripada sudip. Goreng hingga garing .

Cara membuat Tempe 


Bahan-bahan ( 8 keping -250gram )
  • 1kilogram kacang soya
  • 2gram ragi tempe
  • 8 keping beg plastik sandwich
Cara-cara
  1. Rendam kacang soya semalam. Setelah kembang, pecah-pecahkan kacang soya supaya kulitnya tanggal. Basuh sehingga bersih sambil cuba tapiskan kulitnya sebanyak yang mungkin
  1. Rebus selama 45minit ke 1 jam. Sambil tu cuba buangkan kulit kacang yang timbul, tapi jangan gusar kalu masih ada yang tinggal. Ada sesetengah pihak mencampurkan cuka tapi tak perlu pun sebenarnya.
  1. Tos kacang soya dan keringkan. Samada biarkan kering sendiri atau goreng seketika atau cara yang saya guna, gunakanlah kipas angin.
  1. Campurkan kacang yang sudah kering dengan ragi tempe. Di UK/Europe kami boleh dapati dari kedaiperantau.blogspot.com atau di tempe.info.com Jika di KL, banyak ragi tempe boleh di dapati di Chow Kit.
  1. Macam-macam cara untuk membungkus tempe, tetapi oleh kerana daun pisang dan daun rambai (rasanya lebih enak dan lazat) amat sukar didapati di sini maka saya menggunakan plastik sandwich yang dicucuk 1-2cm secara tegak dan melintang. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Tetapi keluarga saya suka ketebalan +/-10mm, lebih kurang 250g sebungkus
  1. Tekan-tekan dan mampat-mampatkan kacang didalam plastik sehingga rata. oo tak perlu gunakan rolling pin ni, anak saya menolong masa ni.
  1. Letak di tempat yang panas- jika di UK di tepi heater sehingga dia berpeluh.. jika di Malaysia letak saja di dapur dan tutup dengan kain, selama 36-48jam. Anda akan lihat kulat putih memenuhi kacang anda.
  1. Selamat mencuba   ojo lali nek wes dhadhi kirimi karo aku yoo setik...




No comments:

Post a Comment