Tuesday, October 8, 2013

Ada 8 perkara bantu tingkaat kesabaran



Ada 8 perkara bantu tingkaat kesabaran

SABAR dipandang mulia disisi Allah , kerana ia mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain..Sikap itu perlu diamalkan setiap masa oleh kita dalam kehidupan seharian.
Keperluan sabar dikategorikan kepada 2 perkara iaitu :






1. Menahan diri daripada perkara yang disukai, tetapi ia dilarang oleh agama
2. Menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi


Perkara yg disukai tetapi dilarang oleh agama .. apakah dia itu..
Contoh;-

1. Mengumpat dan menfitnah..
2. Makan riba’
3. Berjudi.

Mengumpat atau menfitnah..

Perkara ini memang menjadi kesukaan ramai manusia..
sebab apa.. ? Tidak lain tidak bukan kerana hati mereka itu telah rosak.. telah dipengaruhi
oleh pujukan syaitan..

Makan riba..

Secara tidak sedar kadang-kadang kita terjebak dalam perkara ini..
Berjudi.. kerana sikap manusia hendak cepat hidup senang .. maka kadang-kadang segelintir manusia terjebak dalam perkara ini.. cuba kita lihat disekeliling kita .. ada tak perlakuan ini..

Berjudi

Tidak semestinya pergi ke Genting.. dekat pekan kecil pun ada tempat judi.. sprt.. kedai ramalan nombor….Oleh itu kita..perlu melawan sifat tersebut dengan sifat sabar

Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi
Contoh:

1. Menerima musibah..
2. Difitnah.dan diumpat
3. Dianiaya.

Pengertian sabar. Sabar berarti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan atau perbuatan yang mendatangkan keburukan, penderitaan , sanggup melakukan perkara sukar ..
Seperti bersedia menghadapi tempoh yang panjang untuk mendapatkan sesuatu , sabar menahan diri daripada perkara yang sukar demi untuk kebaikan ..Maka Allah janjikan orang tersebut bakal mendapat kegembiraan.petunjuk keberkatan dan rahmat daripadaNya
Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang sabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya.

Dr Yusof Qardhawi berkata ada 8 perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang..

1. Mengenali siapa dia - dari mana dia datang - untuk apa dia datang - kemana akhirnya
mengenali hakikat hidup didunia yang penuh cabaran dan bersifat sementara
2. Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu..
3. Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran dari Allah
4. Yakin bahawa Alah akan membantu hambanya
5. Berusaha mencontohi orang yang sabar
6. Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah
7. Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah
8. Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti.. Marah, sedih berlebihan, putus asa dan gopoh gapah.

Ketahuilah sabar itu boleh membentuk jati diri..membentuk cita-cita bagi mendapatkan sesuatu dengan lebih yakin bagi mencapai hasrat hati. Sifat sabar adalah kunci mencapai kejayaan, insan yang tidak sabar , insan yang tidak tekun dalam aspek menuntuk ilmu ia tidak akan memperolehi pengetahuan.. Pekerja yang tidak sabar dalam pekerjaannya , ia tidak akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual dan tidak akan mendapat kesempurnaan hasil kerjanya dengan baik.

Ibnu Qayim dalam bukunya Al-madaraji ada menyebut hukum bersabar itu adalah wajib.
Kesabaran sangat –sangat dikehendaki dan ada batasnya ..
Sebab itu kita perlu mengelakkan sesuatu pihak akan menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri sebagai senjata untuk memusnahkan diri kita.
Setiap insan juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi bagi mengatasi apa juga persoalan dalam kehidupan didunia bagi memastikan kehidupan didunia ini dapat ditempuhi dalam keimanan..
Bersabarlah kepada ajakan syaitan.. sebab syaitan akan menggunakan 12 pintu-pintu hati manusia..
Mengikut Imam Al-Syafie..pintu-pintu tersebut ialah :-

1. Perasaan marah
2. Nafsu syahwat
3. Perasaan tamak dan dengki
4. Kenyang
5. Cinta kepada perhiasan dan harta benda
6. Suka berharap kepada manusia
7. Gopoh gapah atau terburu nafsu
8. Cinta kepada wang ringgit atau emas
9. Sikap kedekut atau bakhil
10. Fanatik kepada sesuatu mazhab atau fahaman ( kelompok )
11. Membingcangkan tentang zat , sifat dan af’al atau perbuatan Allah
tanpa ilmu
12. Sikap suka buruk sangka terhadap orang Islam ..

sebagaimana Allah swt berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 10.
Sesungguhnya Allah swt memberi pertolongan bagi orang yang sabar didunia tanpa batas dan dia memberi nikmat diakhirat tanpa batas,

Ada lapang ada masa sempit,
Ada susah ada waktu senang,
Ada kala gagal ada pula berjaya,
Ada suka ada duka ,
Setelah sakit ada sembuhannya.
Setiap yang hilang pasti akan berganti,
Dalam kesesatan akan datang petunjuk,
Dalam kesulitan ada kemudahan
Setiap kegelapan akan datang cahaya..
Ada bahagia ada juga derita,
Ketika tersenyum tidak semestinya tanda gembira ada kalanya dalam hati menanggung keciwa..
Pasti dan yakin lah setiap tangisan tidak akan diakhiri dengan kedukaan
Ketakutan itu pasti akan diakhiri dengan rasa aman
Dan kegelisahan pasti akan ada kedamaian.....sebab … Tuhan akan bersama dengan orang yang selalu sabar..

Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud:-
Barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan memberikan kesabaran padanya. Tidak lah seseorang itu diberi anugerah yang lebih baik dan lebih luas kecuali dengan kesabaran

Kata Saidina Omar r.a Tidak ku terima dugaan itu melainkan padanya terdapat 4 nikmat Allah.

1. Terhindar dari musibah
2. Terhindar dari godaan syaitan
3. Redha
4. Mengharap ganjaran pahala

Sabar ada beberapa darjat..

1. Yang rendah ialah .. Tidak mengeluh
2. Yang paling tinggi ialah.. memuji Allah atas musibah yang menimpa..diri..

Barang siapa dizalimi oleh orang lain lalu ia mendoakan keburukkan keatas orang yang menzaliminya maka berarti ia telah membela dirinya dan telah mengambil haknya dan maka jadilah ia tergolong orang yang tidak bersabar..

Sabar ada dua ..

1. Sabar pada Jasmani ( badan )
2. Sabar pada Rohani , Jiwa ( nafsu )

3Like · · Promote ·

No comments:

Post a Comment