Wednesday, September 4, 2013

Awasi lidah daripada membuat fitnah.



Awasi lidah daripada membuat fitnah..

Lidah adalah salah satu anggota manusia yang penting dan sangat berguna. Selain daripada untuk merasa makanan dan minuman , lidah juga berperanan untuk seseorang itu berkata-kata . Tanpa lidah adalah mustahil manusia berkata2..
Oleh itu kita perlulah mengawasi lidah kerana disamping ianya memberi kebaikan , tidak kurang juga ia boleh mendatangkan keburukandan musibah kepada masyarakat..
Kata2 dan nasihat yang baik akan membawa manusia kepada kebaikan dan keharmonian ..
Manakala itu melalui lidah juga akan terungkap perkataan2 yang boleh mencaci, menfitnah,berbohong dan macam2 lagi dan sebagainya.
Justeru itu perkataan yang diungkapkan dari lidah yang tidak bertulang harus ditapis sebelum sampai kepada orang lain.  Rasulullah bersabda yang bermaksud:  Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik2 dan kalau tidak mampu berbuat demikian lebih baik dia diam..
Ini membawa maksud bahawa seseorang itu yang beriman perlulah sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata2 biarlah hanya kepada perkara2 yang memberikan kebaikan kepada dirinya  dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan maka adalah lebih baik berdiam diri sahaja.
Sebagai seorang muslim , percakapan yang tidak membawa manfaat adalah sia2 dan boleh membawa dosa. Kita perlu menyedari bahawa setiap perkataan yang diucapkan semuanya dicatatkan oleh mlaikat dalam buku amalan kita ..
Firman Allah swt dalan al-Quran surah Qaaf ayat 18..
makhumnya .. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan ( atau perbuatan yang dilakukan ) melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia ( menerima dan menulisnya )
Lidah akan menjadi saksi..
Lidah adalah salah satu ayat Allah , juga salah satu nikmat-Nya . Maka wajiblah manusia memeliharanya dari dosa dan kemaksiatan , serta menjaga nya dari ucapan2 yang dapat menimbulkan penyesalan dan kerugian . Lidah juga akan menjadi saksi pada hari khiamat sebagaimana firman Allah dalam al_Quran dalam surah An-nur ayat 24.
makhumnya.. Pada hari ketika lidah , tangan , kaki menjadi saksi atas mereka terhadap apa2 yang dahulu mereka kerjakan ..


Lidah juga akan mengeraskan hati..
Lidah termasuk nikmat Allah swt yang sangat besar bagi manusia . Kebaikan yang diucapkan nya melahirkan manfaat yang luas dan apabila kejelekan yang dikatakan nya ia akan membuatkan keburukan yang panjang terhadap dirinya atau orang lain..
oleh itu kerana lidah tidak bertulang ia tidak sulit untuk digerakkan dan dipergunakan . Ia adalah alat paling penting yang dapat dimanfaat oleh syaitan dalam menjerumuskan manusia kelembah kehinaan ..
Lidah tidak bertulang
Kata orang lidah tidak bertulang, maka lebih senang mengata apa2 tanpa berfikir..
Bahaya lidah ini sebenarnya amat besar sekali. Nabi MUhammad saw juga pernah bersabda.:  Tiada akan lurus keimanan seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya dan tiada akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya , dan seseorang hamba tidak akan memasuki syurga selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya..
Antara bencana2 lidah.. ada 15 perkara .
1.Berkata2 yg tidak mendatangkan faedah
2.Mengambil tahu tentangorang lain
3. Berbual2 tentang hal2 yg berkaitan dengan maksiat contoh tentang minum arak
4.Bantah berbantah dan pertengkaran
5.OPertelingkahan , tidak puas hati ..
6.Memaki mencela dan menghina
7.Melaknat walaupun kepada binatang atau benda apatah lagi manusia
8. Bersenda gurau berlebihan hingga mengecilkan hati orang lain
9. Menghina atau mengejek dan menipu
10. Membocorkan rahsia
11.Berjanji kosong
12.Mengumpat. bangga diri
13.Menyampai2 seperti batu api
14. Bermuka2 antara dua orang , menghasut supaya dua orang itu bermusuhan
15.Bertanya yang bukan2 hingga memberatkan orang yg menjawab..

No comments:

Post a Comment