Saturday, August 3, 2013

AFDAL QADA ( HUTANG ) PUASA RAMADAN SEBELUM MULAKAN PUASA SUNAT SYAWAL





AFDAL QADA ( HUTANG ) PUASA RAMADAN SEBELUM MULAKAN PUASA SUNAT SYAWAL

Hukum puasa sunat 6 Syawal adalah sunat..Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan ada lah pada 2 syawal , kerana 1 Syawal adalah aidilfitri dan dilarang berpuasa  malah diharamkan berpuasa pada hari tersebut .. Abu Hurairah berkata yang bermaksud: Nabi Muhammad saw melarang puasa pada hari aidilfitri dan aidil adha’ ( Hadis sahih riwayat al-Bukhari )
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam syawal adalah sama seperti  puasa wajib Ramadan.. Namun sering kali menjadi perbincangan dikalangan ulama dan orang ramai bagaimana sewajarnya puasa itu dilaksanakan sama ada secara berturut-turut atau terputus..
Pandangan lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus ( tidak berturut-turut ) asalkan jumlah nya enam hari dicukupi .. sebelum  berakhirnya bulan syawal .. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini , baginda menyebut bulan syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya..
Maka puasa enam boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan syawal asalkan bukan pada 1 syawal dan bukan sesudah berakhir bulan syawal.. Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa enam syawal ini berdasarkan firman Allah swt  dalam surah Ali-Imran ayat 133 ..
Bermaksud:   
' Dan bersegeralah kamu kepada ( mengerjakan  amal  yang baik untuk mendapat ) keampunan dari Tuhan kamu, dan ( kearah mendapatkan ) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.. 

Selain cara melaksanakannya , timbul juga perbincangan apakah dibolehkan berpuasa sunat enam syawal jika mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum diqada..

Ada dua pendapat ulama dalam masalah ini.
.
Pendapat pertama:-  Ia boleh dilakukan nya berdasarkan dalil bahawa aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hngga kebulan syaaban  akan datang . Aisyah berkata ‘ Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan , aku tidak mam[pu mengqadanya kecuali pada bulan syaaban kerana sibuk ( melayani ) Rasulullah saw .. Hadis sahih  Riwayat Muslim )

Ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw  aisyah tidak laksanakan puasa sunat enam syawal .. Pasti  beliau melaksanakan nya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan ..

Pendapat kedua:-  Ia tidak boleh melakukan nya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam syawal itu sendiri yang dikemukakan diawal bicara tadi…. Hadis itu berbunyi ‘ Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun ‘
 Rasulullah saw  mensyaratkan berpuasa  Ramadan terlebih dahulu , kemudian barulah mengiringinya
Dengan enam hari puasa sunat dalam bulan syawal.. Ini menunjukkan puasa sunat enam syawal hanya dilakanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadan.. Jika ada puasa Ramadan yang ditinggalkan , ia perlu diqada terlebih dahulu barulah diiringi dengan puasa sunat enam syawal..

Jika diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua ini lebih rajah ( kuat ) kerana menepati dalil puasa sunat enam syawal itu sendiri, selain itu membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi  sedekah yang sunat.. Namun jika seseorang itu tidak berkesempatan ( disebabkan keuzuran ) untuk melakukanqada kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadakan sebelum Ramadan akan dating , maka pendapat pertama boleh diterima berdasarkan apa yang dilakukan oleh  aisyah isteri Rasulullah saw itu.

Menurut Imam  An-Nawawi , Mazhab Malik, Abu Hunifa , Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan ‘Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatang haid dan musafir , maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan  qada terus apabila boleh melakukannya’
Menurut Al-Khatib sy-Syarbini :- Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan , senat dia mengqadakan nya secara berturut-turutdan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melaklukan puasa sunat ..

Sementara pendapat menggabungkan puasa qada dan puasa  enam syawal , ia akan diberi ganjaran kedua-dua oahala dengan puasa yang satu , berlaku kekilafan dikalangan ulama sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardu (wajib ) lain atau dengan puasa sunat lainnya..Jik dilakukan juga maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu atau sunat.

Ada juga dari kalangan ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi  apabila seseorang berpuasa  qada sekali pun ia tidak berniat menggabungkan  keda-duanya , namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-dua nya  secara berasingan..

 Selepas dikaji pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran..dan al-Sunnah.. Oleh itu lakukanlah duaibadah puasa ini ( fardu dan sunat ) secara berasingan, kerana sebagai hamba yang tunduk kepada Allah swt .. Perbanyakkanlah  amalan taqarrub dengan memisahkan diantara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri mencari keredaan Tuhannya.

Amalan sunat adalah sebagai penampala kepada kekurangan dalam amalan fardu, Sempurnakan dahulu qada beberapa hari yang tertinggal..kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan beerterusan sehingga kita dapat menunaikan dimasa hadapan..
Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib , diharapkan Allah akan member ganjaran berdasarkan niat dan azamnya..

Sabda Baginda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:-  Apabiola seorang hamba Allah sakit atau musafir 
( beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya ) maka dituliskan baginya pahala seperti  amalan  yang biasa dilakukannya sewaktu ia tidak bermusafir dan sewaktu  tidak sihat .
                                                                                                             ( Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari  )


No comments:

Post a Comment