Friday, December 14, 2018

20 PERKARA YANG AKAN MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH.









Ada  20 perkara yang boleh membatalkan dua kalimah syahadah , jika kita melakukannya diantaranya ialah:-






1.Bertawakal dan bergantung hajat kepada yang lain, bukan daripada Allah swt.
   
Sebagaiman peringatan Allah swt dalam al-Quran surah at-Taubah ayat 25.
  
Mafhumnya ;-
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri

2. Ingkar terhadap nikmat Allah swt.. seperti nikmat sihat , nikmat dpt melihat. nikmat dapat jodoh, nikmat dapat berjalan , lebih lagi nikmat hidup dalam kelompok agama Islam ..
Firman Allah swt dalau surah Ibrahim ayat 34.

Mafhumnya .
Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati.Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya ,

Perlu di ingat bahawa apabila kita mensyukuri akan nikmat Allah maka udah pasti Allah akan tambah lagi akan nikmat tersebut seperti firmannya dalam surah Ibrahim ayat 7.

Mafhumnya
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

3. Bekerja dengan bertujuan lain,  bukan ( LillahiTa’ala ) kerana Allah Swt .. kita lupa dalam solat, kita telah berakad @ berjanji bahawa segala ibadah ku hanya untuk Allah swt.
Sebagaimana dalam surah al-An’am ayat 162.

Mafhumnya:
"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

4. Menggubah undang undang @ menghukum dengan kehendak diri manusia, bukan dengan ketentuan Allah swt..
Kita selalu lupa dan  tidak mengikut ajaran Al Quran dan sunah Rasul dalam suatu perkara contoh dalam perlakuan seharian , cara berpakaian , cara makan dan minum , cara bermuamalah dalam masyarakat ,dan sebagainya.
Sesungguhnya Allah telah  berfirman swt dalam surah  al-Jasiyah ayat 18. Supaya kita tidak lalai kecuali orang orang kafir . Firmannya

Mafhumnya
Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)..

5. Tidak taat  kepada Allah swt. Ingkar akan segala suruhannya  seperti tidak solat 5 waktu, tidak Puasa dibulan Ramadan, tidak membayar Zakat harta bila cukup haulnya , dan tidak pergi Haji bila berkemampuan. Firman Allah swt dalam surah An-Nisa’ ayat 59.

Mafhumnya
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

6. Menjalankan hokum lain daripada hukum Allah swt.
 Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 44.. jika sekiranya kita ingkar apa yang telah dihukumkan oleh Allah swt ditakuti kita akan jatuh kafir..

Seperti Fiman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 44.

Mafhumnya Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

7. Membenci Islam : Seperti menyatakan solat itu membebankan, puasa itu akan menjejaskan produktivi. membayar zakat akan merugikan dan mengurangkan harta, pergi haji membazir, firman Allah swt dalam surah Muhammad ayat 8 dan ayat 9  menceritakan

Mafhumnya
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelaklah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.. Dan  Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.

8. Mencintai dunia melebihi kecintaan terhadap Akhirat..  Kita mesti ingat bahawa dunia ini semuanya pinjaman dan mempunyai segala fitnah.. contoh : Harta itu fitnah , anak itu fitmah , isteri itu fitnah. Dan sebagainya  jika tidak diurus dengan baiknya..akan menimbulkan fitnah .. firmannya dalamsurah Huud ayat 15 dan 16 .

Mafhumnya:
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.  Dan  Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan..

9.  Menghina kitab Allah dan Sunnah Rasulullah .
Firman Allah swt dalam surah at-Taubah telah menceritakan bahawa orang munafiq itu terlalu takut dengan satu ayat al-Quran yang menerangkan segalanya sebab hati mereka telah kufur .

Mafhumnya
Orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa yang ada dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (wahai Muhammad): "Ejek-ejeklah (seberapa yang kamu suka), sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)"

10. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal .
Barang diketahui jangan sampai lidah kita terlanjur mengatakan sesuatu itu haram ini halal  selagi kita tidah merujuk kepada kitab Al-Quran dan sunnah Nabi saw .
Dalam Surah An-Nahl ayat 116   dan 117 Allah menceritakan akan azab orang yang berdusta

Mafhumnya
Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan itu haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.. ( Mereka hanya mendapat ) sedikit kesenangan ( di dunia ), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

11. Tidak beriman dengan semua sumber hukum daripada al-Quran dan Sunnah Nabi.
Sebagaiman firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 85..   
Mafhumnya
Kamu ini (wahai Bani Israil), melakukan berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; Maka balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, adalah dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

12. Menjadikan orang kafir dan munafiq sebagai pemimpin .
Firman Allah swt dalam surah al_Maidah ayat 51 jelas  Allah menerangkan akan akibat mengambil atau mengangkat pemimpin itu  dari kalangan orang kafir dan munafiq…
“ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang kafir dan munafiq itu sebagai pemimpin kamu , kerana setengah mereka itu menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin kamu , maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka juga  dan Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kamu yang berlaku zalim.”

Surah al-Maidah ayat 57..
Mafhumnya ..Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong kamu ; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman..

Oleh itu kita hendaklah  memilih pemimpin itu dari kalangan orang yang beriman supaya kita tidak ditimpa kesusahaan dikemudian hari .. firmannya lagi dalam surah al-Maidah ayat 56

Mafhumnya
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang.

13. Tidak beradab dalam pergaulan.. sering meninggikan suara bila berbicara dengan ahli masyarakat bertanya yang bukan perlu ,

Mafhumnya
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid , sebaliknya merasa senang hati dalam menegakkan perkara syirik.
Contok perkara syirik .. Tidak yakin akan rezki itu datangnya dari Allah swt. Membiarkan perkara mungkar berlaluasa.. seperti kedai judi nombor ekor dalam kawasan perkampungan melayu @ Islam dan sebagainya yang tertentangan hukum Islam..
Firman Allah swt dalam surah az-Zumar ayat 45..

Mafhumnya
Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.

15. Menyatakan bahawa ayat al-Quran itu terdapat bertentangan antara satu ayat dengan satu ayat yang lain.
Hati berasa was was dengan ayat2 yang dibacakan  sebab jiwa telah dipengaruhi oleh syaitan disebabkan amalan permakanan nya  termakan benda2 subhah atau haram  makan benda2 yang subhah hati lama2 jadi hitam dan keras.susah untuk menerima ilmu dan teguran yang baik2 , .maka dengan itu wajib jagalah amalan permakanan kita seharian  biar hanya dari sumber yang halal sahaja.. Firman Allah swt dalam surah Ar-Ra’d ayat 37

Mafhumnya
Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu
( dari perkara-perkara yang tidak diingini )

16. Tidak mengetahui tentang makrifat Allah , sifat ketuhannya dan ingkar dengan kebesaran namaNya..  Dalam surah Thaha ayat 6,7 dan 8 diceritakan

Mafhumnya
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.

17 . Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang telah ingkar dengan Tauhid.
Sabda Baginda Rasulullah saw.. yang bermaksud .. Memaki maki orang mukmin itu menjadikan dia fasiq dan membunuhnya menjadi kafir. Maksud hadis tersebut ialah jangan sesekali kita mencaci maki saudara seagama @ Islam .. kerana dikuatiri kita tergolong orang yang fasiq..

18. Tidak mengetahui dan mengenal akan sifat sifat Rasul ..  yang 4 itu ..
Jumlah Nabi dan Rasul itu sangatlah  banyak setengah ulama’berpendapat jumlah Nabi itu semuanya adalah sebanyak 124.000 orang sedangkan yang menjadi Rasul sebanyak 313 orang dan yang wajib diketahui ialah 25 sahaja..1. Adam , Idris , Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim ,Luth, Ismail, Ishaq,Ya’kub,Yusuf ,Ayyub,Syuib,,Musa, Harun,, Zulkifli, Daud, Sulaiman , Ilyas. Ilyasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, dan Muhammad saw
.
Sifat para Rasul
Contoh sifat wajib lawannya  mustahil dan harus bagi Rasul
                 1. Sidiq  @ Benar … lawannya  ……. ..?  ( Kidzib  @ dusta )
                     Mustahil bagi Rasul itu mempunyai sifat kidzib @ dusta.  Sifat dusta ini hanya
                     dimiliki oleh orang kafir dan orang munafiq sahaja
                 2. Amanah  @ Jujur…  lawannya …… ?  ( Khianat @ melanggar larangan Allah )
                     Mustahil bagi Rasu itu mempunyai sifat khianat dan melanggar larangan Allah ,   
                     kerana sifat khianat adalah sifat orangorang yang ingkar seruan Allah swt
                 3. Tabliq @ Menyampaikan ..   lawannya  ……?  ( Kitman @ menyembunyikan )
                     Mustahil bagi Rasul itu mempunyai sifat kidman
                 4. Fathonah @ Pandai ..  lawannya ……. ?  ( Baladah @ bodoh )
                     Mustahil bagi Rasul itu mempunya sifat bodoh
 Sifat Jaiz @ Harus bagi Rasul..
                 1. Sifat jaiz @ harus bagi Rasul ialah bahawa Rasul 2 itu dari kalangan manusia
                     biasa  , maka haruslah mereka  itu seperti manusia juga . seperti makan , minum
                     tidur, beristeri ditimpa penyakit dan lain2nya..walau bagaimana pun mereka itu
                     terpelihara daripada sifat sifat yang dapat mengurangkandarjat kerasulannya
Keistimewaan Nabi Muhammad saw Nabi yang  terakhir..
Ia mempunyai beberapa keistimewaan jika dibandingkan dengan Rasul @ Nabi sebelumnya..
Diantara keistimewaan yang dimiliki oleh Baginda Rasulullah saw ialah:- 
1.      Baginda adalah Nabi @ Rasul yang terakhir untuk seluruh umat manusia,
2.      Ajaran syariat Baginda bersifat menyeluruh @ univesel ( sejagat ) untuk semua bangsa tanpa mengira bahasa dan tempat dan zaman.
3.      Baginda adalah semulia2 Nabi dan Rasul
4.      Baginda adalah penghulu segala Rasul dan Nabi yang terakhir.
 Firman Allah swt dalam surah al-Ahzab ayat 21..

Mafhumnya
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuatdaripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah
SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

19. Membuat sesuatu pekerjaan bukan kerana Allah swt.  Sebagaimana firmannya dalam surah al Ankabut ayat 21

Mafhumnya
"Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (iaitu orang-orang yang ingkar), dan Ia juga yang memberi rahmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya (iaitu orang-orang yang beriman);
dan kepadaNya lah kamu semua akan dikembalikan (untuk menerima balasan).

20. Melakukan Ibadah dengan Riya’
Dalam hadis kudsi  Allah swt berfirman yang bermaksud. Sesiapa yang melakukan amalan yang menyekutukan Aku dengan orang lain, maka akan Aku biarkan dia dengan syiriknya.
Firmannya lagi dalam  surah al-Baqarah ayat 21,.
Mafhumnya:-  Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. 

No comments:

Post a Comment