Thursday, October 5, 2017

adila 20

Kepada… Penerbit Aku Dia dan Lagu  ( ADILA )
Radio Klasik . Aras 2. Selatan .
Wisma Radio.. Angkasa Puri  Kuala Lumpur                                                      Tarikh.. 16.5.2017


Pilihan lagu.

1.   Kenangan Ku..                       Nyanyian…….Dato’Jefri Din
2.   Sayang Jangan Mengenang.  Nyanyian ……DayangKu Aminah
3... Putus sudah Kasih sayang      Nyanyian ..…..Tan Sri P. Ramle

Dalam perjalanan ku balik dari kampong dengan memandu kereta seorang diri memang amat terasa penatnya apatah lagi perjalanannya memakan masa agak lama ..hampir 4 jam  memang membosankan .. mujurlah dalam kereta ada radio.. maka aku on kan suis radio tersebut..saluran radio klasik  tiba tiba kedengaran  alunan lagu yang saya minati kerana lagu tersebut mempunyai nostalgia tersendiri.. lagu tersebut nyanyian penyanyi pujaan ramai dalam tahun awal 60an ketika itu.. apa lagi melayanglah kembali peristiwa silam dibenak fikiran..  apa tidaknya ia mengimbau kisah lama dalam tahun 70an antara aku dan dia .. antara uda dan dara.. bertemu  berpisah..walau pun aku mengenali gadis  tersebut hampir dua tahun.. itu lah hari pertama ku bertemu dan dapat berbicara dengan nya dengan lebih mesra didalam satu majlis kahwinan....  waktu itu kalau ada majlis perkahwinan dikampung aku  pasti belia dan beliawanis dijemput untuk menjadi ahli kendarat ( tukang layan tetamu dan angkat hidangan untuk para tetamu yang hadir )

1.  lagu ...Kenangan Ku  ..Nyanyian .. Dato’Jefri Din

Memang gadis tersebut amat menarik paras rupanya  ramai pemuda sekampung gilakan dia..
Orang nya hitam manis umurnya masih belasan tahun dan menunggu tawaran masuk ke Universiti..tak hairanlah kalau dia punyai  masa terluang berjinak jinak dengan persatuan belia dimana aku menjadi ahli jawatankuasanya.. setiap kali ada aktiviti persatuan pasti dia akan hadir bersama sama sepupunya yang juga salah seorang ahli jawatankuasa persatuan belia tersebut..Dalam majlis tersebut ku beranikan diri untuk menyapanya..dan tanpa segan  dia membalas sapaan ku. . maka kami pun berbicara sambil membuat kerja yang diamanahkan oleh tuan rumah.. dalam kesempatan tersebut aku bertanya padanya  lama lagi ke awak dapat tawaran ke Universiti tu... Soalku padanya..Dua minggu lagi jawabnya..ringkas..
Universiti mana soalku lagi..  .. Universiti Malaya jawabnya.. oooooo dah tak lama lagi lah ye awak kena meninggalkan kampong ni dan tak berpeluanglah kita jumpa lagi..?
Ya.. mungkin kita tak dapat jumpa lagi .. tapi aku harap awak tak berkecil hati sebab aku tak dapat bersama sama lagi dalam aktiviti persatuan ini .. aku suka awak tapi takdir menetukan kita berpisah katanya ringkas  pada ku.. aku tergamam mendengar akan kata katanya .. macam dia tahu dan  mengerti yang aku ada hati terhadapnya ..ya memang aku ada menaruh perasaan  sayang pada nya tapi aku takut untuk berterus terang sebab aku tahu dia berpendidikan aku hanya budak kampong yang belajar setakat darjah enam sekolah rendah saja..

2. Lagu . Sayang Jangan Mengenang  Nyanyian …Dayang Ku Aminah

Dua minggu berlalu dari waktu aku berjumpa dengan nya.. maka sampai lah waktu dia meninggalkan kampong untuk menyambung pelajaran ke Universiti Malaya diKuala Lumpur..
Dan masa itu aku tak dapat berjumpa dengan nya disebabkan aku ada tugasan lain ..
Pada ke esokkan harinya sepupunya berjumpa dengan ku dan menyampaikan pesan pada ku..
Katanya .. Jaga diri baik baik ..ada masa dan waktu kita akan jumpa lagi.. lagi pun hari raya puasa tak lama lagi..aku akan balik jumpa awak pesannya ..
Aku reda dan dengan hati yang sayu aku terima hakikat yang aku dan dia tidak akan dapat bersama.. berselang empat minggu  aku dikejutkan dengan sekeping kad berwarna Unggu ucapan selamat hari raya darinya  yang tertulis.. mohon maaf lahir batin dari Tom..nama ringkas nya..
Hari raya tahun ini aku tak dapat balik kampong  jumpa awak sebab aku akan berhari raya dikampung sebelah ayah .. Aku doakan awak bahagia nanti dengan gadis pilihan mu.. anggaplah kita tak ada jodoh..

 3. Lagu..  .. Putus sudah Kasih sayang      Nyanyian ..…..Tan Sri P. Ramle

 Dari
ADI PUTRA  SALIM  ON
19. Felda Jelai 1. 73480.

Gemas.  N,Sembilan 

No comments:

Post a Comment