Thursday, October 5, 2017

adila 19

Kepada
Penerbit Rancangan Lukisan Kalbu. ( Hari Khamis )
Klasik Nasional.. RTM Aras 2 selatan, Angkasa Puri ,Kuala Lumpur ,
( Abby Halim al Firdaus )

1.. Lagu… Doa dan Janji = Nyanyian A.Ramle
2…Lagu …Harapan Keciwa = Nyanyian Dato’ Ahmad Jais
3.. Lagu …Seksa = Nyanyian Dato’ Sharifah Aini..

Dalam seribu Cuma satu. …Penuh arti dan harap pada isi nadi
Demikianlah , senyum mu… Meruntun jiwa ini
Engkau lah cahaya penerang gelap ..Dalam jalan-jalan hidupku
Yang malam tiada bulan dan bintang serta Yang siangnya juga tiadanya mentari
Hanya engkau sahaja yang menjadi penghibur
Pada cita dan cinta…Pun senyum dan sinar matamu
Pembawa aku kembara berjalan dialam tandus
Didebu zaman dan merangkak satu-satu yang
Mengira kata nya putus… dan Melewati arti kata hidup dipemergian mu
Selama-lama nya laralah jiwa ini dan Menjalar keciwa penutup maya …kerana dulu kita pernah berjanji dan dulu…Kita pernah bersatu .. sehati..dan sejiwa.. tapi kini mengapa … dan kenapa paduan hati itu terlerai

Kini tiada lagi senyuman untuk pertemuan.. dan Tiada lagi senyuman penglipur lara..
Hanya perpisahan jua pengakhir bicara...dan aku mengharap ...
Agar senyuman kembali terukir
Dalam arti percintaan..
Dalam arti persaudaraan..
Dalam arti perdamaian.. dan..
Dalam arti perpaduan... dijiwa... ini..
Kerana Doa ku suci..untuk mu ..

Lagu.. doa dan janji= Nyanyian A.Ramle

Ketahuilah kini aku dalam kebingungan
Aku cuba tabahkan hati ini .. berdiri disini .. demi engkau aku masih di sini
Kerana engkau aku bisa menangis .. ini kerana engkau yang menghancurkan
Segala harapan …
Kini aku tiada lagi berteman .. tiada lagi rakan gurau
Terbayang wajah mu aku pilu
Selangkah kaki ku .. aku akan tersebut nama mu
Tak terasa jiwa ku dipalu ,,Oleh rindu dan dendam pada mu
Dan ketika ini dan di saat ini …Dimanakah dikau berada.. sepi ku rasa
Aku bagai hilang punca.. bagai hilang arah..selalu Ku puja bulan yang mengambang
Bila aku teringat waktu kita bersama .. ketika itu ..seringkali Engkau pinta padaku bunga yang di taman larangan ..Engau persendakan aku yang empunya perasaan
Dan engkau menyatakan bahawa cinta ini ..Hanyalah satu permainan tidak mungkin 100%
Kini memang benar apa yang selalu engkau ungkapkan itu …wahai puan puteri
Mengapakah engkau tidak merasa betapa sakit dan Betapa pedih .. bila hubungan ini diputuskan.. putus bagai tali yang tak akan bersambung kembali.. aduh.. terlalu sakit dan pedih Bila ditinggalkan kesaorangan dan bila hati dalam derita berjauhan..

Lagu Harapan keciwa = Nyanyian Dato’ Ahmad Jais

Bukan paras rupa yang sangat aku pinta
Tapi hati yang dapat merasa kejujuran .. kesetian dan keikhlasan
tahu kah kamu ..kini aku ..Yang kecewa..kini aku yang derita .. oleh permainan cinta palsu mu Ini kah janji manis mu.. sungguh kejam..
akan sikap mu yang pandai berpura-pura..Mengapakah aku dilukakan
Mengapakah harus aku tanggung semua ini
Tidakkah engkau merasakan ..Kesedihan ini Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami
Beginikah balasan cinta Manis mu..kata indah di bibir serta Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini ..Sesalan tidak terucap Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku kini yang Kau buat tempat berpersinggahan .. tempat bersandar sementara sebelum kau temui yang lain.. aku keliru.. aku terpaku dengan sikap mu
tapi .. tak mengapalah.. mungkin satu hari nanti engkau akan juga merasa akan betapa sakit dan pedihnya bila ditinggalkan .. akhir kata aku pada mu .. jaga lah hati dia .. yang baru kau jumpa dan Semoga engkau berbahagia Di samping kekasih baru mu dan
Andainya satu hari nanti engkau merasai kekecewaan.. Janganlah engkau cari aku lagi
Biar saja aku sendiri Yang mencari damai di hati
Airmata yang membasah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka..
Itu lah PELANGI RINDU,PELANGI RINDU MU YANG HADIR TAK KIRA DETIK,
BERJALUR DENGAN KERINDUAN YANG MEMBAWA BERMACAM PENGERTIAN , DENGAN ERTI RINDU BERKASIH SAYANG, YANG RINDU TERAMAT MENDALAM TERHADAP INSAN YANG TERSAYANG DENGAN TIADA AKAN BERKESUDAHAN.......
WAHAI PELANGI RINDU,KAU HADIRLAH KEMARI YANG DI SAAT AKU DALAM KEMURAMAN,
KAU HADIRLAH DI SAAT AKU MEMERLUKAN....
NAMUN, TIDAK MUNGKIN JALUR-JALUR MU AKAN BERTANDANG
KE HATI INI LAGI…
YANG MUNGKIN AKAN MEMBAWA SERIBU KEBAHAGIAN
JALUR-JALUR MU,YANG MEMBAWA ERTI DALAM HIDUP KU
NAMUN KU PASRAH AKAN ERTI SETIAP JALUR MU,
WAHAI PELANGI RINDU.......AKU PASRAH DALAM KEKALAHAN

lagu Seksa = Nyanyian Dato’ Sharifah Aini..

Daripada
Adi Putra..


No comments:

Post a Comment