Thursday, October 5, 2017

HIJRAH BUKTI KEBIJAKSANAAN



HIJRAH BUKTI KEBIJAKSANAAN

Allah swt menciptakan ala mini indah dan permai.. Oleh itu jauhilah diri kita dari melakukan perkara2 mungkar..
Barang di ingat masa itu akan berubah .. dari saat keminit.. dari minit ke jam .. dan dari jam kehari dari hari ke minggu dari minggu ke bulan dan dari blan ketahun..

Begitu juga dengan keadaan diri kita .. dari alam roh  hijrah kealam rahim..dari alam Rahim kealam dunia .. dari alam dunia kea lam barzah  dan terus kea lam akhirah yg kekal abadi.. putaran kehidupan  kita dari bayi kealam kanak kanak .. dan meningkat remaja.. dan berumah tangga.. beranak pinak bercucu cicit.. dari muda ketua..itu adalah fitrah  kehidupan manusia.. Semua itu adalah lingkungan pengertian hijrah..

Sebelum  saya huraikan pengertian hijrah dengan lebih  lanjut mati
Kita hayati akan roh perpindahan Baginda Rasulullah saw. Dari kota  Makkah ke kota Madinah bagi membina kegemilangan Islam..

13 thn Baginda berdakwah dikota Makkah banyak rintangan dan tentangan dari kaumnya.. maka Allah swt memerintahkan supaya Baginda berhijrah kekota Madinah
Dan dikota Madinah Baginda dapat menyatukan antara dua kaum iaitu antara kaum Muhajirin dan Ansar yang sebelum ini tidak bersatu.. dan  selama 10 thn Baginda berdakwah sehinggalah Baginda wafat....

Berbalik kepada pengertian hijrah .. Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat atau berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari satu sudut istilah pula , hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Akan tetapi apa yang saya ingin katakan disini ialah pengertian hijrah dalam kehidupan didunia

Hijrah atau dalam bahasa yang mudah difahami ialah pindah..(  Perpindahan )
Kalau kita ingin  berjaya..  kita perlu hijrahkan sikap dan usaha kita kesatu tahap yang lebih baik lagi.tinggalkan perkara2 mungkar...
Sebagaimana sabda baginda Rasulullah saw ..Ia berdasarkan daripada Abdullah bin Habsyi bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:-         “ Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah swt.”          
                                                                                                 ( Riwayat  Abu Dawud )

Oleh itu maknanya hijrah difahami sebagai perpindahan daripada suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.
Contohnya:-  Meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.  Pada asasnya peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad saw akan tetapi turut dilakukan Nabi yang lain atas perintah Allah swt.


Sebagai sandaran huraian itu firman ALLAH : (  dalam Al-Qur'an surat Al-Baqarah ayat 218).
Bahwasanya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berusaha bersungguh-sungguh pada jalan Allah, mereka itulah mendapat rahmat Allah dan Allah maha pengampun lagi maha pengasih ( 2: 218 )

Dalam zaman baru itu pula kita dapat mengetahui betapa amal usaha serta langkah-langkah yang dilakukan oleh Nabi dan sahabat-sahabatnya, baik menghadapi umat islam sendiri maupun berhadapan dengan dunia luar.

Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ketempat Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa. Begitu juga Nabi Noh yang diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.

Bagaimana pun dalam kotak pada hari ini , hijrah yang disambut setiap tahun lebih kepada memperingati peristiwa penghijraahan Rasulullah saw dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah .
Peristiwa hijrah itu menyingkap satu perjuangan yang patang menyerah atau mengaku kalahdisamping ia menjadi garisan pemisah antara kebenaran dan kebatilan.

Ia juga di-ibaratkan satu jambatan yang menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Rasulullah saw iaitu, diMakkah selama 13 tahun dan kedua, diMadinah selama 10 tahun.
Ia bermakna Rasulullah saw berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan , malah hijrah memberikan harapan dan membayangkan keberhasilan perjuangan pada masa depan.

Justeru , hijrah adalah tonggak perjuangan sangat bermakna. Hijrah juga fajar kemenangan yang menentukan kemenangan demi kemenangan perjuangan Nabi Muhammad saw. Dan para  sahabat yang berhijrah menyahut panggilan dan keimanan .

Hijrah itunberlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman , pasti mereka akan beras berat untuk meninggalkan keluarga , sanak saudara , kampong halaman dan kota kelahiran. Namun , demi mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada Allah dan rasul-Nya , ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah .

Dalam kontek hijrah masa kini sebenarnya mengajak manusia supaya taat kepada perintah ketua, selagi apa yang disuruh itu tidak melanggar batas syariat.
Seseorang yang pada awalnya begitu lemah imannya kemudian berubah menjadi seorang yang taat kepada suruhan agama dikatakan sudah berjaya melakukan penghijrahan pada dirinya.
Firman Allah swt dalam surah al- Ankabut ayat 69

Ertinya;- Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.  Juga Firman Allah swt dalam surah al- Ankabut ayat 7     

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan

1.  Dalam menangani semangat hijrah  perlulah kita bentuk dalam diri kita satu konsep ingin maju. Dalam mencari ilmu pengetahuan .akan tetapi kita harus tahu akan permasalahan yang pasti dihadapi .. kerana dalam melaksanakan perngihjrahan itu pasti  kita lalui 3 perkara cabaran..

A. Cabaran ilmu
 ( menuntut ilmu itu wajib keatas  orng muslimin..).
Image result for ‫مٍطَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ‬‎






Image result for ‫مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ‬‎











( Barangsiapa inginkan keuntungan @ kebahagiaan didunia hendaklah dengan ilmu..
  barangsiapa inginkan keuntungan @ kebahagiaan diakhirat juga denga ilmu dan
  barangsiapa inginkan kedua2nya sekali hendaklah juga dengan ilmu..




a. ilmu dunia
b. ilmu berumah tangga..dan sebagainya.
  -    .Peranan suami perlu menghayati akan tanggungjawab sebagai seorang suami @
        ketua keluarga..setia kepada isteri.
-          Peranan Isteri juga perlu meningkatkan ilmu pengetahuan mengurus rumah tangga.dan taat kepada suami .
  -     Anak wajib taat kepada kedua orang tua.. jangan seperti 5 jenis anak ini..
           a. anak tekak ( asyik nak makan )
           b. anak tangga. ( bersandar dan berharap bantuan  pada org tua )
           c. anak panah ( apabila dah berjaya tidak kembali lagi kepada org tuanya )
        d. anak ku sazali ( anak yg derhaka setelah diberi segala kemewahan lupa diri )
      e. anak mancis  ( apabila berselisih faham keluarga  sanggup membakar
          hubungan silaturrahim mrela memutuskan tali persaudaraan antara keluarga

Oleh itu biarlah kita jadi spt anak pisang ..walau musibah dtg menimpa dan walau apa yang terjadi  ia tetap mengelindungi ibubapa walaupun ibubapanya sudah tiada ia tetap berdiri teguh ditempat asalnya

B.  Cabaran amalan budaya.. Budaya masa kini perlu ditangani dengan hati2.. zaman oder baru.. mcam2 cabaran. dizaman teknologi canggih..semuanya dihujung jari..spt Face Book, Intergrem, Weechat, Whatsap.mudah dilayari
Amalan budaya ketimuran perlu diterapkan kepada jenerasi hari kini.. jangan terikut2    akan budaya songsang..hormat kepada orang tua mula longgar..remaja kini mula terikut2 amalan budaya barat.. cara pakaian tutur kata..serta fesyen rambut ikut budaya kuning.. mentelah lagi nama.. dari nama org timur tukar kepada nama barat.. katanya tidak komusel kalau guna nama asli..  

C.  Cabaran mengukuhkan asas ekonomi .. Barang difahami bahawa ekonomi adalah amat penting dalam kehidupan  tanpa ekonomi yang kukuh akan membuatkan manusia itu boleh jadi kufur.. Terlalu kaya pula dikuatiri ia jadi sombong..
 Ia tahu judi itu haram .. zina itu haram.. minum arak itu haram.. tipu itu haram. Isap rokok…………. ?   hehehe  ni yang malas nak cakap..sbb ada kilaf dari ulamak..ada kata makruh. Ada kata haram..  pandai pulak cari alasan .. maaf sendiri mau ingat lah ..
Kesedaran asas ekonomi perlu bagi setiap insan muslim supaya diri tidak dijajah oleh keadaan semasa
Firman Allah swt dalam surah Ar rad ayat 11..

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

D. Siapakah yang harus berHijrah?

Menurut riwayat islam ( Al–Quran ), maka yang wajib Hijrah ialah tiap-tiap orang laki-laki dan perempuan, tua dan muda. Di dalam Al-Quran, Surat Al-Ahzab ayat 50, dikatakan dengan tegas, bahwa orang-orang perempuan pun ikut Hijrah, bersamaan dengan laki-laki,

Ada bermacam Hijrah
Menurut sifat laku dan perbuatan yang dilakukan, maka macamnya Hijrah itu pada garis besarnya terbagi atas empat bagian :

1). Hijrah Fi-Liyah
Adapun yang dimaksudkan dengan Hijrah Fi-Liyah ialah Hijrah dari pada faham, kehendak, nafsu dan pengertian "kedunian" ( habbuddunya ) kepada faham, kehendak, nafsu dan pengertian membelakangkan dunia" ( zuhuddunya). Orang ini mempunyai keyakinan dan tahu akan wajibnya untuk Hijrah dari pada keadaan yang memaksa itu ( misalnya : kedzaliman ),

2.) Hijrah Fi – Sabilillah
Adapun yang dikatakan Hijrah Fisabilillah ini, selainnya harus Hijrah di dalam I’tiqad, juga harus tampak pula dalam amal perbuatannya. Antara lain2 tentang Hijrah ini

3 ). Hijrah Illallah
Hendaknya periksa dulu (Surat Al–ankabut ayat 26 ), Orang yang Hijrah Illallah ini mempunyai satu keyakinan, bahwa semesta alam ini adalah kepunyaan Allah, dan ada" atau tiadanya itu hanyalah tergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata

4 ). Hijrah Illallah wa IllaRasulihi
Tentang Hijrah ini, antara lain-lain adalah termaktub dalam Hadist yang diriwayatkan dari siti aisyah sebagai berikut : Tidak ada Hijrah pada waktu ( hari ) setelah ( datang ) fatah karena sesungguhnya Hijrah itu adalah keadaan kaum Muslimin ( pergi ) mendapatkan Allah Ta’ala dan pergi mendapatkan Rasulullah, karena Agamanya….."
Lebih2 lagi  Hijrahkanlah  diri kepada suka solat berjamaah dimasjid.atau dirumah...

Kenapa sebahagian orang khususnya kaum laki-laki lebih memilih dan suka solat di rumah?. Kita tahu bahawa solat di masjid lebih utama dan akan mendapat 27 darjat daripada solat di rumah.

Namun kenapa masih ada sebahagian orang yang tidak mahu mengambil keutamaan yang besar ini? Jalan pergi dan pulangnya saja akan mendapatkan ganjaran pahala. Ketahuilah bahawa setiap langkah kaki ke Masjid akan dikira sedekah 

Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, “Setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat dimasjid atau surau adalah sedekah.”   (HR. Muslim no. 2382)
Syaikh Muhammad bin Soleh Al Utsaimin dalam Syarh Al Arba’in An Nawawiyah mengatakan, “Setiap langkah kaki menuju solat adalah sedekah baik jarak yang jauh maupun dekat”.

Setiap Langkah Kaki Ke Tempat Salat Dicatat Sebagai Kebaikan Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, “Setiap langkah menuju tempat shalat akan dicatat sebagai kebaikan dan akan menghapus kejelekan.” (HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)

Berjalan ke Masjid akan Mendapat Dua Keutamaan.
Dari Abu Huroiroh, Rasulullah saw bersabda, ‘ Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah (yaitu masjid) untuk menunaikan kewajiban yang telah Allah wajibkan, maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan darjatnya.” (HR. Muslim no. 1553)

Orang yang melakukan nya akan mendapat dua kebaikan :

  1 .Ditinggikan darjatnya,
  2 .Akan dihapuskan dosanya.



No comments:

Post a Comment