Sunday, May 11, 2014

SIPUT SEDUT GULAI CILI API



Siput masak lemak cili padi labu kuning
Bahan2nya
Siput sedut    1.5 kg
Santan segar 1 kg
Labu kuning 500 gram ( potong kiub )
Garam
Gula
Bahan A
Cili padi 50 gram
Cili merah ( basah ) 35 gram
Bahan B
Daun kunyit 1 helai ( dihiris halus )
Serai 4 batang
Tomato 1 biji ( potong 6 )
Bawang merah 100 gram
Cili merah 2 biji ( potong 2 )
Belacan 20 gram
Cili hijau 2 biji ( potong 2 )
Buah keras 20 gram
cara menyadiakan dan memasaknya
Cuci bersih siput sedut dan kerat hujungnya dengan anggaran tiga ruas kemudian masukan
Bahan A yg dikisar  halus dan serai 
kacau rata dan masak sekejap diatas api yg sederhana lepas itu masukan santan dan  labu kuning masak hingga lembut dan
masukan garam gula dan Bahan B
dan biarkan hingga mendidih


RENDANG DAGING BEREMPAH

1 Kg. daging batang pinang
4 sudu besar rempah kari
2 sudu besar serbuk cili
3 biji kelapa ambil santan secukupnya
5 batang serai ditumbuk lumat
3 labu bawang besar dihiris
2 inci halia diblend
2 inci lengkuas diblend
5 ulas bawang putih juga diblend
Garam secukup rasa
3 - 4 sudu besar kerisik
Bahan2 penumis - 2 kuntum bunga lawang, 5 tangkai bunga cengkih, 2 inci kulit kayu manis, 3 ulas buah pelaga, sedikit lada putih.. 2 tangkai daun kari

Bancuh rempah kari, lengkuas, sebahagian hirisan bawang putih, serai, kunyit serbuk, garam dgn air secukupnya...
Panaskan minyak dalam kuali secukupnya, tumiskan bahan2 penumis, daun kari hingga harum, masukan sebahagian hirisan bawang besar & bawang putih & halia... hingga wangi & kekuningan.. masukan bancuhan rempah tadi tumislah hingga betul2 masak...
Masukkan daging biarkan hingg daging kecut & airnya berkurangan baharulah masukkan santan hingga mendidih & agak kering sambil dikacau perlahan2 supaya tidak melekat, akhir sekali sebelum betul kering masukan kerisik....kacau rata...





KENTANG BERINTI DAGING CINCANG
Bahan-bahan:
½ biji kentang bersaiz besar (di rebus bersama kulitnya)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar yogurt
3 sudu besar daging cincang
Garam secukup rasa
Sedikit sos cili dan mayones
Sedikit minyak zaitun untuk menumis
Bahan inti:
1 sudu besar cili benggala merah (di potong dadu)
1 sudu besar cili benggala kuning (di potong dadu)
1 sudu besar cili benggala hijau (di potong dadu)
1 ulas bawang putih (di cincang)
½ labu bawang besar (di cincang)

Cara memasaknya:
Tumis bawang putih, bawang besar, lada sulah, garam dan yogurt, kacau sebati.
Kemudian masukkan pula daging cincang dan juga cili benggala merah, kuning dan hijau.
Ambil kentang yang telah di rebus, bersihkan kulitnya dan keluarkan isi bahagian tengah kentang, kemudian masukkan inti daging cincang di tengah kentang.
Hidangkan bersama sos cili dari mayones.


Kuih Bakar Pandan
260gm tepung gandum
240gm gula
300 ml santan pekat
550 ml air
3 bj telur saiz besar(kocok sikit)
1 sdbesar pes pandan
2 sdbesar minyak sapi
1 sdteh garam
pewarna hijau
esen vanilla(kalo nk letak)

Cara2
1)tepung,gula & air disatukan & kacau rata
2)masuk santan,pes pandan,telur,esen vanilla,pewarna,garam & kacau terus
3)masuk minyak sapi & ratakan
4)panaskan loyang(sapu minyak sapi) dlm oven
5)keluarkan loyang masukkan adunan
6)bakar 180-200c selama 1 jam atau hingga masak..kalo nk tabur bijan selepas setengah jam dlm oven keluarkan & tabur bijan




No comments:

Post a Comment