Monday, February 17, 2014

Solat Sunat Tasbih



Solat Sunat Tasbih   بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
 
                                     
















Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ HR. A bu Daud dan Ibnu Majah 

.Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.
.Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) bacalah ketika sedang berdiri itu;


1.      Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar sebanyak 15 kali.
2.      Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali.
3.      Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu).
4.      Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali.
5.      Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi.
6.      Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga.
7.      Kemudian engkau angkat kepala mu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada 4 rakaat.

Solat tersebut hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali..
Caranya;.
1.  Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,

“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Sahaja aku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.).
b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,

“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-’a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Sahaja aku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

 ..2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
        1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
        2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
        3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
        4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
3.  Bacaan Tasbihnya ialah:


Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
4. Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

      1. Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
      2. Rukuk - 10 kali tasbih
      3. Iktidal - 10 kali tasbih
      4. Sujud pertama - 10 kali tasbih
      5. Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
      6. Sujud kedua - 10 kali tasbih
      7. Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.
6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam
.9. Doa solat tasbih; .


Bab solat sunat ..Ada lah lebih afdal jika solat sunat dua rakaat itu  diakhiri dengan salam

Solat sunat yg sering dilakukan Rasulullah saw antaranya ialah solat sunat sebelum solat subuh.. sebanyak dua rakaat..
Daripada Aisyah : Tidak ada solat sunat yang lebih dipentingkan oleh Rasulullah saw selain dua rakaat sebelum solat subuh. ( Riwayat Tirmizi dan Muslim )
Rasulullah saw bersabda " Dua rakaat sebelum subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya ( " Riwayat Ahmad, Muslim , Tirmizi dan An-Nasa'i )

Baginda memendekkan bacaan surah al-Quran dalam kedua-dua rakaat itu seperti diceritakan oleh Hafshah: Rasulullah mengerjakan solat dua rakaat sebelum subuh dirumahku dan Baginda memendekkan bacaan surahnya. Nafa' mengatakan Abdullah dan Ibn Umar juga memendekkan bacaan solat sunat dua rakaat sebelum subuh ini ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) 

Solat sunat zohon ada empat rakaat iaitu dua rakaat sebelum dan dua rakaat sesudahnya berdasarkan hads Ibn Umar katanya Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat dua rakaat sebelum solat zohor dan dia rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah solat maghrib dan dua rakaat sesudah Isyak dan dua rakaat sebelum solat subuh .. kesemuanya 10 rakaat  ( solat sunat rawatib ) Riwayat Ahmad ) Ada juga riwayat menyebutkan solat sunat zuhur itu ada lapan rakaar . hadis daripada UMMU Habibah , beliau bercerita Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang solat sunat empat rakaat sebelum zuhur dan empat rakaat sesudahnya , maka Allah mengharamkan dagingnya dari sentuhan api neraka ; ( Riwayat Ahmad, At-Tirmizi , Ibn Majah , Abu Dawud dan Baihaqi )

Adakala Rasulullah saw melaksanakan solat sunat dua rakaat dan adakala empat rakaat.
Ada juga pendapat mengatakan Baginda memendekkan solat sunat dimasjid dua rakaat sedangkan dirumah Bagnda sentiasa mengerjakan empat rakaat .
Pada kesempatan lain Baginda juga pernah mengerjakan solat sunat dua rakaat dirumah lalu bertolak kemasjid dan mengerjakan solat sunat dua rakaat . Mungkin disebabkan itu Ibnu Umar hanya melihat Baginda mengerjakan solat sunat dua rakaat dimasjid tanpa mengetahui baginda sudah menunaikan solat sunat dua rakaat dirumahnya..

Sementara Aisyah pernah menyaksikan kedua-duanya baginda menunaikan solat sunat dimasjid mahupun dirumah.
Jika solat sunat empat rakaat dibolehkan dengan satu salam tetapi yang lebih afdal adalah setiap dua rakaat diakhiri dengan salam

Baginda sering mengerjakan solat sunat sesudah solat maghrib dan solat Isyak . Solat sunat yang disebutkan adalah solat sunat muakkkad iaitu diberi penekanan dan mendapat pahala lebih. Solat sunat kurang diberikan penekanan  iaitu empat rakaan sebelum solat asar atau sekurang-kurangya dua rakaat sebelum solat asar.
Rasulullah saw bersabda " Diantara setiap dua azan ( azan dan iqamah ) itu terdapat solat sunat. Seterusnya solat sunat dua rakaat sebelum maghrib seperti sabda Baginda Rasulullah saw : Solat lah sebelum solat maghrib , dan untuk kali ketiga Baginda bersabda bagi sesiapa yang menghendaki .
Kerana dibimbangai  akan dijadikan oleh ramai orang  sebagai sunnah'  ( Riwayat al-Bukhari ).
Solar sunat dua rakaat sebelum solat Isyak.
Rasulullah saw bersabda " Diantara setiap dua azan ( azan dan iqamah ) itu terdapat solat sunat. " Diantara setiap dua azan ( azan dan iqamah ) itu terdapat solat sunat.  , dan untuk kali ketiga Baginda bersabda bagi sesiapa yang menghendaki    ( Riwayat Jamaah )
 

No comments:

Post a Comment