Saturday, February 22, 2014

ASAS KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN


ASAS KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

1. Pengenalan.

Perkahwinan merupakan suatu penerimaan tanggungjawab dan amanah dengan apabila menjawat jawatan sebagai suami isteri. Tanggungjawab ini akan bertambah tatkala kihidupan perkahwinan menjadi semakin komplek apabila dikurniakan zuriat oleh Allah swt. Maka setiap amanah dan tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh mana-mana pihak. Pencabulan amanah dan tanggungjawab ini akan mengundang pelbagai masalah kehidupan berkeluarga. Ini adalah kerana kehidupan berkeluarga merupakan perjanjian kita dengan Pencipta apabila akad diterima sebagai suatu kontrak yang mesti dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.

Sebagai suami isteri atau ibubapa kita wajib mengetahui dan menghayati senarai tanggungjawab masing-masing dengan jelas dan berkesan dalam pengurusan rumahtangga yang dibina. Kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga tersebut terletak kepada kemampuan dan kebijaksanaan ketua keluarga dan ahli-ahlinya mengendalikan sebuah kerajaan asas iaitu keluarga.

2. Matlamat rumahtangga yang bahagia.

Terima hakikat nilai dan pengertian.

- Menerima amanah dari Allah swt.dan rasulullah saw.
- Menerima amanah dari ibubapa/mertua/wali.
- Menjaga isteri/suami dengan sebaik mungkin dan keredhaan.

Berkasih sayang , bercinta dan ehsan.

- Memberikan nasihat dan mengingatkan
- Memberikan pengorbanan dan pertolongan.
- Menggembirakan dan menyukakan.
- bersikap belas kasihan dan bertimbang rasa.

Firman Allah swt. dalam al-Quran surah ar-Rum ayat 21.

Maksudnya: “ Dari sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah, bahawa telah Ia jadikan jodoh intukmu dari manusia sesamamu, supaya kamu berdiam padanya. Dan Ia jadikan antaramu berkasih-kasihan dan bersayang-sayangan. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu berfikir.”

3. Tanggungjawab ibubapa dalam keluarga.

3.1 Tanggungjawab suami.

a. Menyediankan nafkah / sara hidup kepada isteri dan anak-anak dengan
sewajarnya.
b. Menyediakan tempat tinggal yang selesa dan selamat mengikut kemampuan.
c. Memberi bimbingan dan pendidikan dunia dan akhirat.
d. Melingdungi keluarga dari bahaya dan kemudharatan hidup.
e. Menjaga dan mengambil berat tentang kesihatan ahli keluarga.
f. Memberi tumpuan kasih sayang serta berkorban dengan ikhlas untuk
kesejahteraan keluarga.
g. Berkomunikasi dan bergaul mesra dengan keluarga tanpa ada rasa pilih kasih.
h. Berlaku adil terhadap isteri dan anak-anak.
i. Menyelesaikan masalah keluarga dengan bijaksana dan adil.

3.2 Tanggungjawab isteri.

a. Taat setia memberi layanan dan kasih sayang serta simpati kepada suami.
b. Memelihara diri dan kehormatan ketika suami tiada bersam.
c. Menjaga amanah dan harta benda suami.
d. Menjaga kebersihan dan kesegaran diri serta menghias untuk suami.
e. Memelihara segala rahsia pergaulan antara suami isteri.
f. Memastikan kebersihan dan keselesaan suasana rumahtangga.
g. Tidak meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami.

3.3 Tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak.

a. Memberi pendedahan kehidupan beragama seawall anak-anak masih bayi
seperti semasa kelahiran ( azan, aqiqah, nama ) , penyusuan , pemakanan
dan sebagainya.
b. Memberi perlindungan, penjagaan dan kasih sayang sepenuhnya.
c. Memupuk pegangan agama yang kukuh agar kehidupan lebih terarah
dan terpelihara.
d. Mendidik anak-anak tetang aqidah, syariah dan akhlak Islamiah yang sempurna.
e. Mengawal tingkah laku dan displin anak-anak dari tabiat yang merosakkan.
f. Menerima dan menghargai kehadiran mereka dalam hidup kita suami isteri.
g. Mendidik anak-anak dengan kebersihan rohani dan jasmani.

4. Empat Perkara utama membina rumahtangga yang bahagia dan diredhai
Allah swt.

a. Bina rumahtangga dengan ibadah.
b. Bina rumahtangga dengan sikap positif
c. Bina rumahtangga dengan kasih sayang.
d. Bina rumahtangga dengan keperluan hidup dari sumber yang halal lagi baik
( suci ).

4.1 Bina Rumahtangga Dengan Ibadah.

a. Pernikahan yang sempurna dan diberkati Allah swt.
- Niat nikah yang betul
- Pernikahan denga wali yang sah dan mendapat restu kedua ibubapa.
- Majlis pernikahan dimasjid.
- Waktu utama malam atau hari jumaat
- Mendapat doa daro orang yang soleh dan ahli ibadah
- Disudahi pernikahan dengan sembahyang sunat selepas nikah.
- Selepas nikah diiringi dengan majlis .
* Khatam al-Quran atau membaca berzanji
* Tahlil untuk arwah dan doa selamat
- Mengadakan kenduri nikah untuk anak-anak yatim dan fakirmiskin.

4.2 Bina Rumahtangga Dengan Sikap Positif.
a Lazimkan berkata benar
b. Kejujuran dan kesetiaan
c. Ketabahan dan kesabaran
d. Pemaaf dan sedia memaafkan
e. Nasihat menasihati
f. Bantu membantu
g. Syukur dan redha terhadap suami isteri
h. Nilai kebaikan suami isteri, bukan mencari keburukan.

4.3 Bina Rumahtangga Dengan Kasih Sayang.
a. Pujian
b. Penghormatan
c. Pemberian hadiah
d. Belaian dan sentuhan
e. Berdua-duaan
f. Layanan mesra yang memuaskan.

4.4 Bina Rumahtangga Dengan Keperluan Hidup Dari Yang Halal Lagi Suci.
a. Makanan yang berkualiti
b. Minuman yang berkhasiat
c. Pakaian yang sempurna
d. Rumah yang selesa
e. Kewangan untuk rawatan dan perubatan
g. Keselesaan dan kemudahan.

Hadis Nabi Muhammad saw.

“ Orang yang makan makanan haram maka matilah hatinya, ringanlah
agamanya, lemahlah keyakinannya dan Allah menutup doanya serta
sedikitlah ibadahnya.”

Dan kesan makanan yang halal.
“ Barangsiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah agamanya, lunaklah
hatinya dan terkabul doanya kepada Allah.”

4.5 Makanan dan minuman dari sumber yang baik & halal.
a. Bagaimana rezeki itu diperolehi
b. Suasana pekerjaan yang baik
c. Pemilihan makan & penyediaan yang betul

5. Bagaimana Ibubapa menjana kehidupan anak-anak.

Ibubapa mestilah meletakkan bahawa menjana sakhsiah anak-anak sebagai jihad.
Perkembangan dan tumbesaran anak-anak terlalu cepat. Jika diteliti kita mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak hanya selama 12 tahun sahaja. Apabila anak-anak memasuki sekolah menengah dan tinggal diasrama , maka sudah mula terpisah dengan kita, lebih-lebih lagi jika sudah memasuki pusat pengajian tinggi atau alam pekerjaan. Oleh yang demikian proses penjagaan ini mesti dimulakan diperingkat awal. Untuk menjadikan kehidupan anak-anak berjalan dengan baik maka ibubapa mestilah memastikan

5.1. Mempunyai asas pendidikan Agama yang teguh.
a. Menitikberatkan soal akidah
b. Memahami tuntutan syariah yang jelas
c. Mengamalkan carahidup Islam menerusi akhlak Islamiah.
d. Menjauhkan diri dari kejahatan dan kemungkaran

5.2 Membuat perancangan masa depan dunia dan akhirat.
a. Menanamkan matlamat yang betul
b. Mimilih bidang yang bersesuaian dengan kepentingan ummah
c. Membuat perancagan kewangan pengajian
d. Menyediakan kemudahan dan kelengkapan persekitaran

6. MEMAHAMI SIKAP PASANGAN ( SUAMI )

1. Sukar mengucapkan kasih sayang dan cinta
2. Semakin matang semakin banyak diam dari bercakap
3. Tidak suka cakap berulang-ulang kali
4. Tidak mudah putus asa
5. Tidak mengambil berat perkara kecil
6. Panjang akal
7. Tidak suka bercakap
8. Mudah kecewa bila cakap tidak didengar
9. Bila berbuat baik suka diam
10. Tidak suka dikongkong
11. Suka dihormati
12. Pantas dan keras
13. Bila ada masalah suka berdiam diri
14. Sukar ketawa
15. Tidak tahan sakit
16. Tidak suka membelai manja
17. Ego tidak mahu mengalah

MEMAHAMI SIKAP PASANGAN ( ISTERI )

1. Mudah mengucapkan kasih sayang dan cinta
2. Semakin tua banyak cakap dan cerewet
3. Selalu hendak diingatkan
4. Selalu mengikut perasaan
5. Suka membesarkan perkara remeh
6. Tidak berfikir panjang
7. Suka bercerita
8. Tahan menderita
9. Suka menyebut kebaikan yang dibuat
10. Perlu disentuh dan ditegur
11. Suka dipuji
12. Lemah dan lambat
13. Suka bercerita masalah pada orang lain
14. Mudah ketawa dan menangis
15. Mudah berkorban
16. Suka dibelai dan dimanja
17. Keras kepala tidak menentu.

Firman Allah swt dalam al-Quran surah An-Nuur ayat 26.

Mahhumnya:
" Perempuan yang keji itu jodohnya ialah lelaki yang keji pula dan perempuan yang
baik itu padanya ialah lelaki yang baik pula, dan lelaki yang baik padanya
ialah perempuan yang baik pula ’.

No comments:

Post a Comment