Friday, December 14, 2018

HATI HATI DENGAN 15 PERKARA BURUK






HATI HATI DENGAN 15 PERKARA BURUK DALAM KEHIDUPAN

Sebagaimana sebuah Hadis Nabi Muhammad saw..
Daripada Ali bin Abi Talib, Rasulullah saw bersabda.. “ Apabila umatku telah melakukan 15 perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka :-
1.      Apabila harta kekayaan negara beredar dalam kalangan orang tertentu sahaja..
2.      Apabila amanah dijadikan satu sumber keuntungan
3.      Zakat dijadikan hutang
4.      Suami menurut @ mengikut kemahuan isteri
5.      Anak mula derhaka kepada ibunya
6.      Sedang ia melakukan baik dengan temannya tidak dengan ahli keluarganya
7.      Anak menjauhkan diri daripada ayahnya
8.      Suara suara ditinggikan didalam masjid..dalam urusan dunia
9.      Yang menjadi ketua suatu kaum adalah dari orang yang terhina diantara mereka
10.  Seseorang  yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11.  Minuman keras sudah diminum disetiap tempat
12.  Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13.  Artis disanjung dan dipuja
14.  Muzik banyak dimain dan dikemundangkan
15.  Generasi akhir umat ini menyalahkan ( melaknat )generasi pertama( para sahabat )

Maka ketika itu mereka akan menerima ( menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi mahluk lain   ( riwayat Tirmizi )
Ingat bahawa  Dunia hari ini telah banyak mengalami segala apa yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw.. ia hanya belum sampai masanya keperingkat akhir..

Tanda-tanda Kiamat Kecil (‘Alamat Sughra), Pertengahan (‘Alamat Wustha), dan Besar (‘Alamat Kubra) Berdasarkan Hadits-Hadits Rasulullah S.A.W. Yang Berstatus Shahih.

A. Tanda-tanda Kecil (‘Alamat Sughra)

1. Diutusnya Rasulullah S.A.W
2. Terbelahnya bulan sebagai Mukjizat Rasulullah S.A.W.
3. Wafatnya Rasulullah S.A.W.
4. Penaklukan Baitul Maqdis
5. Merebaknya penyakit yang berbahaya
6. Terbunuhnya Umar bin Khattab R.A.
7. Terbunuhnya Utsman bin ‘Affan R.A.
8. Peristiwa Perang Jamal
9. Peristiwa Perang Shiffin
10. Fitnah Khawarij dan Perang Nahrawan[
11. Penyerahan kekuasaan dari tangan Hasan bin Ali bin Abi Thalib R.A.
      kepada  Mu’awiyah Bin Abi Sufyan R.A.
12. Fitnah Tatar dan serangan Turki
13. Munculnya para Dajjal yang mengaku nabi
14. Penaklukan Madain, Ibu Kota Persia
15. Situasi di jalan-jalan terlihat aman
16. Harta melimpah ruah
17. Terhapusnya jizyah dan pajak
18. Api yang keluar dari Hijaz sehingga menerangi leher-leher unta di Busra
19. Bencana Al-Khasaf , Al-Qadzaf dan Al-Maskh menjelang kiamat
20. Runtuhnya Kekaisaran Persia dan Romawi
21. Sampainya agama sebagaimana sampainya malam dan siang, serta penaklukan Roma


B. Tanda-Tanda Kiamat Pertengahan (‘Alamat Wustha)

B.i. Tanda-Tanda Yang Sudah Muncul Namun Sebagiannya Akan Terulang Kembali

1. Datangnya berbagai fitnah
2. Meluasnya perdagangan, salam hanya kepada yang dikenali dan putusnya silaturrahim
3. Hamba sahaya wanita melahirkan tuannya
4. Konspirasi bangsa-bangsa terhadap umat Islam

B.ii. Tanda-Tanda Yang Akan Muncul Pada Zaman Kita dan Kebanyakan Peristiwanya Kita Alami

1. Wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang
2. Menghiasi masjid dan berbangga-bangga dengannya
3. Berlomba-lomba meninggikan bangunan
4. Harta melimpah ruah
5. Memakan harta riba
6. Amanah disia-siakan
7. Meniru perilaku orang-orang kafir
8. Dihalalkannya sutera, khamar dan zina
9. Tersebarnya buku, tulisan dan pena
10. Mati tiba-tiba
11. Pasar-pasar (pusat perdagangan dan perbelanjaan) berdekatan
12. Para orang tua menyerupai pemuda
13. Banyaknya pembohongan dan kesaksian palsu
14. Kebenaran mimpi orang mukmin

B.iii. Tanda-Tanda Yang Akan Muncul Pada Masa Yang Akan Datang dan Diantaranya Sangat Hampir Dengan Tanda-Tanda Kubra

1. Orang yang berpegang pada agama bagaikan memegang bara api
2. Berlakunya permusuhan dalam hati
3. Jazirah Arab penuh dengan taman-taman dan sungai-sungai
4. Ilmu digunakan untuk mencari harta dan Al-Quran digunakan untuk perdagangan
5. Munculnya kebodohan manusia dan saling menolak menjadi imam shalat
6. Munculnya pemimpin-pemimpin bodoh
7. Munculnya polisi akhir zaman yang kejam dengan manusia
8. Turunnya cobaan dan siksaan berat dari penguasa zalim
9. Seseorang berangan-angan untuk mati
10. Petang beriman, pagi menjadi kafir kembali
11. Sungai Eufrat kering dan menyingkap gunung emas atau timbunan emas
12. Luka’ bin Luka’ menjadi manusia paling bahagia
13. Fitnah dahsyat yang membinasakan bangsa Arab
14. Sujud sekali kepada Allah lebih baik daripada dunia dan seisinya
15. Munculnya seorang lelaki dari Qahthan yang dipatuhi manusia
16. Muncul berbagai fitnah: Ahlas, Sarra’, Makar, dan Duhaima’
17. Bumi mengeluarkan kekayaannya yang terpendam
18. Kaum muslimin akan memerangi Yahudi dan mengalahkan mereka
19. Jumlah wanita lebih banyak daripada jumlah laki-laki
20. Merebaknya zina dan perbuatan keji
21. Banyak kematian, gempa dan hujan
22. Binatang buas dan benda mati dapat berbicara
23. Ditenggelamkannya pasukan yang hendak menyerang Madinah
24. Bulan kelihatan membesar




C. Tanda-Tanda Kiamat Besar (‘Alama Kubra)

1. Munculnya Al-Mahdi dan kekhalifahannya
2. Al-Malhamah Al-Kubra ( Perang Dunia Ke-3/ Armageddon ) dan penaklukan Konstantinopel
    ( Istanbul )
3. Keluarnya Al-Masih Ad-Dajjal
4. Turunnya Nabi Isa bin Maryam A.S.
5. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
6. Munculnya asap ( Ad-Dukhan )
7. Terbitnya matahari dari sebelah barat
8. Keluarnya haiwan melata yang dapat berbicara
9. Islam menjadi asing dan Mushaf Al-Quran diangkat oleh Allah S.W.T
10. Penghancuran Ka’abah
11. Terjadinya tiga gerhana matahari, di timur, barat dan Jazirah ( ditanah ) Arab
12. Hembusan angin lembut yang mencabut roh orang-orang mukmin
13. Keluarnya api dari Pusat Kota Adn yang menggiring manusia menuju bumi mahsyar
      di Negeri Syam

 Nota hadis dan rujukan

 (HR. Al-Bukhari, Muslim dan At-Tirmidzi, Jamiul Ushul: X/384), HR. Ahmad dalam Musnadnya
     dan Al-Hakim dalam Al-Kunya) dan (HR. At-Tirmidzi).




No comments:

Post a Comment