Thursday, October 5, 2017

NIKMAT KHUSYUK SOLAT TANDA AMALAN IBADAT LAIN DITERIMA.







NIKMAT KHUSYUK SOLAT TANDA AMALAN IBADAT LAIN DITERIMA.

Memandangkan solat adalah perintah Allah swt maka pelaksanaan nya hendaklah dilaksanakan dengan secara khusyuk mengikut perlakuan yang tertib dari awal hingga akhir untuk melindungi seseorang daripada melakukan perbuatan berdosa ..

Berdasarkan gagasan Israk’ Mikraj .. solat fardu lima waktu menjadi perintah utama kerana ia ibu segala amal ibadah , maka wajiblah dilaksanakan dengan sama ada ketika sihat atau sakit, ia menjadi tonggak kekuatan agama serta iman yang akan menggugurkan segala dosa dan menyelamatkan azab kubur..

Selain itu kualiti solat juga akan menentukan kualiti pelaksanaan ibadah lain .. kerana ia akan wujud berkaitan kekuatan iman..  jika seseorang itu lemah iman untuk melaksanakan solat..maka ia akan berlaku kepincangan bersolat.. maka berdasarkan perkaitan ini , maka amalan solat itu adalah amalan yang tidak dapat mencegah kemungkaran,,,…atau sebaliknya jika ia dilakukan dengan penuh tatatertib dan beristiqomah maka ia akan dapat membantu seseorang itu untuk mencegah melakukan kemungkaran dan dosa..

Sebagaimana firman Allah swt dalam al-Quran surah al-ankabut ayat 45 .

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar ( faedahnya dan kesannya ) dan ( ingatlah ) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan ..
Oleh itu jika solat itu dilakukan secara lalai maka ia boleh mendatangkan musibah dan memberi kesan buruk kepada ibadah lain dan juga terhadap kelakuan seseorang ..

Firman Allah swt..Dalam surah al- maa’un ayat  4 dan 5.

Maka kecelakaan besar bagi orang yang sembahyang ( iaitu ) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya..


Berbalik kepada peristiwa Israk’ Mikraj yang mana Nabi Muhammad saw dibawa melihat setiap pelakuan manusia nyata dan ghaib.. dalam perjalanan nya juga dibawa melihat syurga dan neraka.. siapa penghuni neraka yang paling ramai..

Gagasan dan kebenaran dalam Israk’ Mikraj ini hendaklah kita teladani dan pelajari serta dihayati sebaik mungkin bagi kita mengelak diri daripada melakukan pelbagai kejahatan , kemungkaran serta terjerumus ke dalam gaya hidup berdosa..

Firman Allah swt dalam surah an-Nisaa’ ayat  142

Sesungguhnya orang munafik itu  melakukan tipu daya terhadap Allah , dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang , mereka berdiri dengan malas, mereka riak kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sekali sekala sahaja..

Oleh sebab itu walaupun kita tidak bertemu dengan Allah swt seperti dialami oleh Nabi Muhammad saw. Berdasarkan gagasan Israk’ Mikraj ,, kita dapat berhadapan dengan Allah swt dalam solat dengan syarat hati kita sepenuhnya mengingati Allah dengan menghindari penyakit syahwat atau bisikan duniawi..

Menurut Imam Ghazali antara amalan membentuk solat yang khusyuk ialah memastikan amalan permakanan dari sumber rezki yang halal dengan asas pekerjaan yang dibenarkan  oleh Islam..
Sabda Baginda Nabi Muhammad saw.   Perbezaan antara manusia  dan perbezaan syirik dan kufur ialah dia meninggalkan solat..                           ( Hadis riwayat .. Muslim )

Akhlak yang kurang baik dan keruntuhan morel segelintir golongan umat Islam kini berpunca daripada ..

 1. Solatnya tidak khusyuk .
.2.Wuduknya tidak sempurna ,
 3..Pakaiannya tidak bersih  dan menjolok mata ,

 4..Tidak memiliki sifat2 malu kepada Allah..

No comments:

Post a Comment