Tazkirah awal Muharram
HIJRAH DAN PENGERTIANNYA
Menjauhi bidaah dalam sambutan Asyura.
Membicarakan hari Asyura yang jatuh pada tanggal 10 Muharram setiap tahun , kita tidak dapat menghindarkan diri daripada memperkatakan mengenai peristiwa Karbala yang begitu menyayat hati.
Peristiwa itu adalah kisah dimana Saidina Hussain ( cucunda Rasulullah ) dan anak kepada Saidina Ali dibunuh kejam disebuah tempat yang bernama Karbala diIraq.
Rentetan peristiwa Karbala ini, timbul dua golongan yang menyambut Hari Asyura secara ekstrim
1. Syiah al-Rafidhah
2. Syiah Nawashib
Golongan pertama , terdiri daripada pengikut Syiah al-Rafidhah yang menjadikan tarikh 10 Muharram setiap tahun sebagai hari untuk berkabung dan menunjukkan kesedihan demi memperingati kematian Saidina Hussain bin Saidina Ali r.a. Ketika menyambut hari Asyura mereka memperlihatkan perbuatan umat jahiliah seperti memukul wajah serta tubuh badan mereka sehingga berdarah,menyeksa diri, berteriak, serta menangis menunjukkan kesedihan dan merobek pakaian.
Keadaan sebegini masih diamalkan penganut fahaman Syiah seoerti di Iran, Iraq dan Pakistan serta tempat lain. Ternyata perbuatan ini amat bertentangan dengan hukum syarak kerana apa yang diperintahkan Allah apabila ditimpa musibah adalah untuk bersabar. Ia seperti firman Allah dalam surah ( al-Baqarah ayat 155-157 .)
“ Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ( kepada musuh ) dan ( dengan merasai ) kelaparan dan ( dengan berlakunya ) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar: ( iaitu ) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah juga kami kembali . Mereka ialah orang yang dilimpahai dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahnya .”
Perbuatan meratap serta menyeksa diri sendiri apabila ditimpa musibah dicela oleh syarak seperti dinyatakan hadis dibawah: Sabda baginda Rasulullah saw.
“ Bukan golongan kami orang yang memukul pipi, merobek pakaian
dan berdoa dengan doa-doa jahiliah.” ( hadis riwayat Imam al-Bukhari )
Golongan Syiah ini juga mencela kepada sahabat Nabi pada Hari Asyura mereka membacakan syair serta hikayat palsu mengenai peristiwa Karbala. Banyak perkara yang bertentangan dengan syarak dilakukan kelompok Syiah ini pada Hari Asyura .
Golongan kedua pula menyambut Hari Asyura sebagai satu perayaan yang penuh dengan kebahagiaan .Mereka ini pula terdiri daripada kelompok yang memusuhi golongan Syiah al-Rafidhah dan digelar Nawashib.
Kelompok ini terdiri daripada bolongan Ahlus Sunnah yang jahil, mereka yang memusuhi Saidina Ali- Karramullahu –Wajhah serta ahli keluarganya, penjilat kerajaan Bani Umaiyah serta mereka itu dengan melakukan sesuatu yang berlawanan dengan golongan Syiah iaitu menunjukkan kegembiraan pada Hari Asyura.
Mereka menyambut Hari Asyura bagaikan suatu pesta, menghias Bandar dengan indah , memasak makanan tertentu lalu bersedekah kepada orang ramai, menyediakan makanan lazat dan lain-lain lagi upacara untuk bergembira seperti hari raya.
Perbuatan kelompok ini juga bertentangan dengan syarak apatah lagi ia dilakukan bersempena dengan hari terbunuhnya Saidina Hussain cucu kepada Rasulullah saw adalah pemimpin kepada pemuda penghuni syurga.
Oleh itu sambutan yang berlebihan adalah suatu amalan bidaah yang sesat dan boleh mengakibatkan pelakunya kelembah kesesatan.
Sabda baginda Rasulullah saw.
Aku wasiatkan kepada kalian bertakwalah kepada Allah, mendengar nasihat mentaatinya . Sesungguhnya manusia itu berkelompok , siapa yang akan hidup diantara kalian kelak akan melihat ada banyak perbezaan pendapat.” “ Maka hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa’ al-Rasyidin. Berpegang teguhlah kepadanya dan peganglah ia erat - erat. Jauhi segala perkara yang baru kerana setiap perkara yang baru itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat .” ( Hadis Riwayat Imam Abu Dawud )
Jika kedua-dua cara menyambut Asyura seperti diatas adalah suatu bentuk kesesatan dalam agama maka apakah yang sewajarnya dilakukan umat Islam pada Hari Asyura?.
Ternyata cerita yang sah berkaitan dengan Asyura hanyalah peristiwa Nabi Musa diselamatkan dari tentera Fir’aun. Sewajarnya kita tidak menghubung kaitkan sebarang peristiwa berkaitan Hari Asyura melainkan ada dalil yang sah dari hadis Nabi.
Peristiwa sempena 10 Muharram
• Nabi Adam bertaubat kepada Allah
• Nabi Idris diangkat Allah ke langit
• Nabi Nuh diselamatkan Allah dari banjir besar dengan bahteranya , bumi ditenggelami air
selama enam bulan. Selepas itu beliau diceritakan menyediakan bubur untuk dimakan
bersama kaumnya.
• Nabi Ibrahim diselamatkan daripada dibakar oleh Raja Namrud
• Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
• Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
• Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur
• Nabi Ayub dipulihkan dari penyakit kulit
• Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus selepas berada didalamnya selama
40 hari 40 malam
• Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari diburu
tentera Fir’aun dan Fir’aun serta tenteranya ditenggelam di laut Merah.
• Allah ampunkan kesalahan Nabi Daud
• Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
• Nabi Isa diangkat ke langit
• Hari pertama Allah menciptakan alam
• Hari pertama Allah menurunkan rahmat
• Hari pertama Allah menurunkan hujan
• Allah menciptakan Arasy
• Allah menjadikan Luh mahfuz
• Allah menciptakan Malaikat Jibril
Hari Asyura
Tanggal sepuluh bulan Muharram biasa disebut dengan nama Asyura. Kata Asyura berasal dari kata ‘Asyara yang berarti sepuluh.
Sejarah bangsa Arab sebelum Islam telah biasa menghormati bulan Muharram, dan lebih khusus lagi tanggal yang ke sepuluh. Kaum Jahiliah dalam menghormati hari Asyura ini pun juga melaksanakan puasa, sebagaimana disebutkan bahwa Aisyah telah meriwayatkan sebuah berita,
Dari Aisyah ra, ia berkata, sesungguhnya kaum jahiliyah dahulu melaksanakan puasa pada hari Asyura . Bahkan sebelum diwajibkannya puasa pada bulan Ramadlan telah disebutkan di dalam beberapa riwayat bahawa Rasulullah saw telah biasa melakukan puasa Asyura.
Dari aisyah ra, ia berkata,
“Mereka berpuasa pada hari Asyura sebelum diwajibkan puasa bulan Ramadlan. Hari itu
adalah hari diselamatkannya Ka’bah. Ketika Allah mewajibkan puasa pada bulan Ramadlan
rasulullah saw bersabda, “Siapa yang mau berpuasa silakan, dan siapa yang mau
meninggalkannya silakan” (al-Bukhari)
Ketika berada di Madinah itulah, orang-orang Yahudi bermacam-macam cara dalam menghadapi hari Asyura. Ada di antara mereka yang berpuasa pada hari itu, dan ada juga menjadikan hari Asyura sebagai hari raya.
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura . Nabi saw datang di Madinah lalu beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura,
maka beliau bertanya, “Ada apa ini? Para sahabat menjawab, “Ini adalah hari baik, sebab hari ini Allah menyelamatkan Bani Israel dari kejaran musuh-musuhnya, maka Nabi Musa berpuasa pada hari ini”. Nabi bersabda, “Saya lebih berhak mengikuti Musa daripada kalian, maka beliau pun berpuasa dan memerintahkan (para sahabat) untuk berpuasa (HR al-Bukhari)
Tetapi Abu Musa al-Asy’ari meriwayatkan bahawa kaum Yahudi menjadikan hari Asyura ini sebagai hari Raya. (al-Bukhari)
Pada hari raya itu, umumnya manusia mengisinya dengan bersenang-senang dan bergembira.Di dalam Islam, pada waktu hari raya diharamkan berpuasa.Kerana itulah Rasulullah memilih untuk berpuasa agar berbeza sikap dengan kaum Yahudi, yang menjadikan hari itu sebagai hari raya.
Keutamaan Puasa sunat hari Asyura
Sabda Rasulullah saw : Bahwa puasa sunat pada hari Asyura ini boleh menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu.,Dan puasa sunat pada hari Asyura aku berharap kepada Allah untuk menghapus (dosa-dosa) setahun yang lampau (HR Muslim)
Ibnu Abbas meriwayatkan bahwa pada mulanya, dalam melaksanakan puasa Asyura ini Rasulullah hanya berpuasa pada tanggal 10 saja.
Tetapi, ketika diberitahukan bahwa kaum Yahudi juga berpuasa pada hari itu, maka kemudian beliau berkeinginan menambah sehari sebelumnya.Namun belum sempat beliau berpuasa pada tanggal 9 dan sepuluh, beliau telah wafat. Meskipun demikian beliau telah memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa pada tanggal 9 dan sepuluh sebagaimana hadis;Berpuasalah pada tanggal 9 dan 10, dan berselisihlah dengan kaum yahudi (at-Tirmidzi )
Hukum berpuasa 1 dan 10 Muharram
SOALAN: Apa hukum puasa pada 1 Muharram dan apa hukum puasa pada 10 Muharram atau hari Asyura?
Puasa di Bulan Muharram, Seutama-utama Puasa sunat .. dan Rasulullah SAW mendorong kita untuk melakukan puasa sunat pada bulan tersebut sebagaimana sabda Baginda,
“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan
Allah – Muharram.Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”
(HR. Muslim no. 1163)
Dari hadits di atas, Ibnu Rajab rahimahullah mengatakan, “Hadits ini dengan tegas mengatakan bahawa seutama-utamanya puasa sunnah setelah puasa di bulan Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, Muharram.” Beliau juga mengatakan bahawa puasa di bulan Muharram adalah seutama-utamanya puasa sunnah muthlaq. (Latho’if Ma’arif, hal. 36)
Namun yang kita ketahui bahawa Nabi SAW banyak berpuasa di bulan Syaaban bukan bulan Muharram.
Bagaimana menjawab hal ini? An Nawawi menjawab keraguan semacam ini dengan dua jawapan:
Pertama: mungkin saja Nabi SAW mengetahui keutamaan berpuasa pada bulan Muharram di akhir hayat hidupnya.
Kedua: mungkin juga beliau SAW mendapat uzur sehingga tidak boleh melakukan banyak puasa di bulan Muharram. Mungkin beliau banyak melakukan safar, sakit atau ada keperluan lainnya ketika itu. (Lihat Syarh Shohih Muslim, 4/185)
Bahkan dikatakan oleh Ibnu Rajab bahawa di antara salaf yang melakukan puasa di bulan Muharram sebulan penuh adalah Ibnu ‘Umar dan Al Hasan Al Bashri.
(Lihat Latho’if Ma’arif, hal. 36)
Puasa ‘Asyura’ Menghapus Dosa Setahun yang Lalu
Dari hari-hari yang sebulan itu, puasa yang paling ditekankan untuk dilakukan adalah puasa pada hari ‘Asyura’ yaitu pada tanggal 10 Muharram karena berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.
Abu Qotadah Al Anshoriy berkata bahwa Nabi SAW pernah ditanyakan mengenai (keutamaan) puasa hari ‘Asyura. Beliau SAW menjawab,“Puasa ‘Asyura’ akan menghapus dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim no. 1162)
Hukum Puasa ‘Asyura
Imam An Nawawi menjelaskan, “Para ulama bersepakat bahwa hukum berpuasa pada hari ‘Asyura adalah sunnah dan bukan wajib. Namun mereka berselisih mengenai hukum puasa ‘Asyura di awal-awal Islam yaitu ketika disyariatkannya puasa Asyura sebelum puasa Ramadhan. Menurut Imam Abu Hanifah, hukum puasa Asyura di awal-awal Islam adalah wajib. Sedangkan dalamSyafi’iyah ada dua pendapat yang masyhur. Yang paling masyhur, yang menyatakan bahwa hukum puasa Asyura semenjak disyariatkan adalah sunnah dan puasa tersebut sama sekali tidak wajib. Namun dulu, puasa Asyura sangat-sangat dianjurkan untuk dilaksanakan.Ketika puasa Ramadhan disyariatkan, hukum puasa Asyura masih dianjurkan namun tidak seperti pertama kalinya.
Pendapat kedua dari Syafi’iyah adalah yang menyatakan hukum puasa Asyura di awal Islam itu wajib dan pendapat kedua ini sama dengan pendapat Abu Hanifah.” (Syarh Shohih Muslim, 4/114)
Yang jelas, hukum puasa ‘Asyura kini adalah sunnah dan bukanlah wajib.Namun, hendaklah kaum muslimin tidak meninggalkan amalan yang sangat utama ini, apalagi melihat ganjaran yang begitu melimpah.
Lebih Baik Lagi Ditambah Berpuasa Pada Tanggal 9 Muharram
Sebagaimana dijelaskan (pada hadits Ibnu Abbas) bahwa di akhir umurnya, Nabi SAW bertekad untuk menambah puasa pada hari kesembilan Muharram untuk menyelisihi Ahlu Kitab.Namun Nabi SAW tiba-tiba meninggal sebelum sempat melakukan puasa pada hari itu.
Lalu bagaimana hukum melakukan puasa pada hari kesembilan Muharram?Berikut penjelasan An Nawawi rahimahullah.
Imam Syafi’i dan pengikutnya (Syafi’iyyah), Imam Ahmad, Ishaq dan selainnya mengatakan bahwa dianjurkan (disunnahkan) berpuasa pada hari ke 9 dan ke 10 sekaligus; karena Nabi SAW berpuasa pada hari kesepuluh dan berniat (berkeinginan) berpuasa juga pada hari kesembilan.
Apa hikmah Nabi SAW menambah puasa pada hari kesembilan? Imam Nawawi menjelaskan.
Sebagian ulama mengatakan bahwa sebab Nabi bepuasa pada hari ke 10 sekaligus ke 9 adalah agar tidak tasyabbuh (menyerupai) orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke 10 saja.
Dalam hadits Ibnu Abbas juga terdapat isyarat mengenai hal ini.Ada juga yang mengatakan bahwa hal ini untuk berhati-hati, siapa tahu salah dalam penentuan hari ‘Asyura’ (tanggal 10 Muharram).Pendapat yang menyatakan bahwa Nabi menambah hari kesembilan agar tidak menyerupai puasa Yahudi adalah pendapat yang lebih kuat.Wallahu a’lam. (Lihat Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 4/121)
Ibnu Rojab mengatakan, “Di antara ullama yang menganjurkan berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram sekaligus adalah Imam Asy Syafi’i, Imam Ahmad, dan Ishaq.Sedangkan Imam Abu Hanifah memakruhkan berpuasa pada hari sepuluh saja (tanpa hari kesembilan).”
Jadi, lebih baik adalah kita berpuasa dua hari sekaligus yaitu pada tanggal 9 dan 10 Muharram.Inilah tingkatan yang paling utama.Sedangkan berpuasa pada tanggal 10 Muharram saja adalah tingkatan di bawah tingkatan pertama tadi.Inilah yang dijelaskan Syaikh Ibrahim Ar Ruhailiy hafizhohullah dalam kitab beliau Tajridul Ittiba’.
Apakah Perlu Ditambah Berpuasa pada Tanggal 11 Muharram?
Sebagian ulama berpendapat tentang dianjurkannya puasa pada hari ke-9, 10, dan 11.Mereka berdalil dengan hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas.Nabi SAW bersabda, “Puasalah pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram, pen) dan selisilah Yahudi.Puasalah pada hari sebelumnya atau hari sesudahnya.”
Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu ‘Adiy, Al Baihaqiy, Al Bazzar, Ath Thohawiy dan Al Hamidiy, namun sanadnya dho’if (lemah).
Namun, terdapat hadits yang diriwayatkan Abdur Rozaq, Ath Thohawiy dalam Ma’anil Atsar, dan juga Al Baihaqi, dari jalan Ibnu Juraij dari ‘Atho’ dari Ibnu Abbas. Beliau berkata, “Selisilah Yahudi.Puasalah pada hari ke 9 dan ke 10 Muharram.”(Sanad hadits ini adalah shohih, namun diriwayatkan hanya sampai sahabat).
Namun, hal ini bukan berarti berpuasa pada hari ke-11 Muharram tidak dianjurkan.Dalam rangka kehati-hatian dalam penentuan awal Muharram, kita dianjurkan pula berpuasa selama tiga hari yaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
Dalam riwayat Al Maimuni, Imam Ahmad mengatakan, “Jika ada perselisihan dalam penentuan hilal, saya berpuasa selama tiga hari (9, 10 dan 11 Muharram) dalam rangka hati-hati.”
Mudah-mudahan kita dimudahkan oleh Allah untuk melaksanakan puasa pada 10 Muharram.Dan lebih baik lagi jika kita dapat berpuasa sehari sebelumnya untuk menyelisihi Yahudi.Atau mungkin jika khawatir karena ada perselisihan dalam penentuan hilal, kita tambahkan dengan berpuasa pada tanggal 11 Muharram.
Mari kita ajak saudara-saudara kita untuk melakukan puasa ‘Asyura.
Sabda Rasulullah saw di dalam sebuah hadis yang bermaksud:Apabila tugas diamanahkan kepada kamu, maka laksanakantugas itu dengan cemerlang yang mungkin..
Saidina Ali berkata: Kebenaran yang tidak dipertahan dengan disiplin akan dikalahkan oleh kepalsuan yang berdisiplin.
Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya.”Al-hadith.
Anas bin malik ra berkata iblis telah bertanya pada Allah swt , katanya .
1. Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam tempat kediaman untuk mereka
berteduh dan berzikir kepada mu oleh itu , tunjukkanlah pula tempat kediaman untukku ..
Firman Allah swt ‘ Tempat kediamanmu ialah didalam tandas’
2. Wahai Tuhan ku !Engkau telah berikan anak Adam berkumpul dimasjid, dimanakah pula
tempatku berkumpul? Firman Allah swt .Tempat untukmu berkumpul ialah dipasar-pasar, pesta,
pusat membeli belah, kelab malam tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat
3. Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita
bagiku .. Firman Allah swt ‘ Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta
Kita hidup memiliki dua pilihan iaitu Memilih atau Dipilih ...Dan Jika kamu Memilih..pilihlah yang terbaik buat kamu ...Dan jika Dipilih, maka jadilah yang terbaik buatnya ...Dan jangan pernah melihat seseorang dari fizikalnya ...Kerana suatu saat fizikal itu pasti akan berubah seiring berjalannya waktu....tapi lihatlah seseorang itu dari hati dan sifatnya.

No comments:
Post a Comment