Sunday, October 19, 2014
Ada 8 perkara bantu tingkaat kesabaran
Ada 8 perkara bantu tingkaat kesabaran SABAR dipandang mulia disisi Allah , kerana ia mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain..
Sikap itu perlu diamalkan setiap masa oleh kita dalam kehidupan seharian.
Keperluan sabar dikategorikan kepada 2 perkara iaitu :
1. Menahan diri daripada perkara yang disukai, tetapi ia dilarang oleh agama
2. Menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi Perkara yg disukai
tetapi dilarang oleh agama .. apakah dia itu..
Contoh;-
1. Mengumpat dan menfitnah..
2. Makan riba’
3. Berjudi. Mengumpat atau menfitnah.. perkara ini memang menjadi kesukaan ramai manusia.. sbb apa.. ?
Tidak lain tidak bukan kerana hati mereka itu telah rosak.. telah dipengaruhi oleh pujukan syaitan..
Makan riba.. secara tidak sedar kadang-kadang kita terjebak dalam perkara ini..
Berjudi.. kerana sikap manusia hendak cepat hidup senang .. maka kadang-kadang segelintir manusia terjebak dalam perkara ini.. cuba kita lihat disekeliling kita .. ada tak perlakuan ini.. Berjudi tidak semestinya pergi ke Genting.. dekat pekan kecil pun ada tempat judi.. sprt.. kedai ramalan nombor….
Oleh itu kita..perlu melawan sifat tersebut dengan sifat sabar
Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi
Contoh:-
1. Menerima musibah..
2. Difitnah.dan diumpat
3. Dianiaya. Pengertian sabar. Sabar berarti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan
atau perbuatan yang mendatangkan keburukan, penderitaan , sanggup melakukan perkara sukar ..
Seperti bersedia menghadapi tempoh yang panjang untuk mendapatkan sesuatu , sabar menahan diri
daripada perkara yang sukar demi untuk kebaikan ..
Maka Allah janjikan orang tersebut bakal mendapat kegembiraan.petunjuk keberkatan dan rahmat daripadaNya Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang sabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya.
Dr Yusof Qardhawi berkata ada 8 perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang..
1. - Mengenali siapa dia
- dari mana dia datang
- untuk apa dia datang
- kemana akhirnya Mengenali hakikat hidup didunia yang penuh cabaran dan bersifat sementara
2. Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu..
3. Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran dari Allah
4. Yakin bahawa Alah akan membantu hambanya
5. Berusaha mencontohi orang yang sabar
6. Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah
7. Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah
8. Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti.. Marah, sedih berlebihan, putus asa dan gopoh
gapah.
Ketahuilah sabar itu boleh membentuk jati diri..membentuk cita-cita bagi mendapatkan sesuatu dengan lebih yakin bagi mencapai hasrat hati. Sifat sabar adalah kunci mencapai kejayaan, insan yang tidak sabar , insan yang tidak tekun dalam aspek menuntuk ilmu ia tidak akan memperolehi pengetahuan..
Pekerja yang tidak sabar dalam pekerjaannya , ia tidak akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual dan tidak akan mendapat kesempurnaan hasil kerjanya dengan baik.
Ibnu Qayim dalam bukunya Al-madaraji ada menyebut hukum bersabar itu adalah wajib. Kesabaran sangat sangat dikehendaki dan ada batasnya ..
Sebab itu kita perlu mengelakkan sesuatu pihak akan menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri sebagai senjata untuk memusnahkan diri kita. Setiap insan juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi bagi mengatasi apa juga persoalan dalam kehidupan didunia bagi memastikan kehidupan didunia ini dapat ditempuhi dalam keimanan..
Bersabarlah kepada ajakan syaitan.. sebab syaitan akan menggunakan 12 pintu-pintu hati manusia.. Mengikut Imam Al-Syafie..pintu-pintu tersebut ialah :-
1. Perasaan marah
2. Nafsu syahwat
3. Perasaan tamak dan dengki
4. Kenyang
5. Cinta kepada perhiasan dan harta benda
6. Suka berharap kepada manusia
7. Gopoh gapah atau terburu nafsu
8. Cinta kepada wang ringgit atau emas
9. Sikap kedekut atau bakhil
10. Fanatik kepada sesuatu mazhab atau fahaman ( kelompok )
11. Membingcangkan tentang zat , sifat dan af’al atau perbuatan Allah tanpa ilmu
12. Sikap suka buruk sangka terhadap orang Islam ..
Sesungguhnya Allah swt memberi pertolongan bagi orang yang sabar didunia tanpa batas dan dia memberi nikmat diakhirat tanpa batas, sebagaimana Allah swt berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 10.
Mafhumnya..
Sesungguhnya hanya orang2 yang bersabarlah yag dicukupkan pahala mereka tanpa batas.. Bersabarlah bersama-Nya , jagalah Untuk-Nya , dan jangan lah lalai kepada-Nya, jangan lah kamu terjaga ( sedar ) setelah mati , kerana terjaga ( sedar ) sesudah pada waktu itu tidak memberikan manfaat lagi bagimu, Ingatlah untuk-Nya sebelum bertemu dengan-Nya dan perbaikilah hatimu dari awalnya , kerana apabila hati itu baik maka baiklah seluruh keadaan mu ..
Sebagaimana hadis Nabi Muhammad saw bermaksud:-
Didalam diri anak Adam ( manusia ) terdapat segumpal daging , apabila segumpal daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila segumpal daging itu rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya , ketahuilah segumpal daging itu ialah hati .. Apabila baiknya hati itu dengan taqwa dan tawakkal kepada Allah swt , mengesakan-Nya dan ikhlas dalam beramal maka beruntunglah mereka.. tetapi apabila rosaknya hati , maka rosaklah seluruh nya..
Oleh yang demikian sibukkan lah seluruh anggota tubuh kamu dengan taat kepada –Nya dan hati dengan makrifat kepada Allah swt . mudah2an kita akan tergolong kepada orang2 soleh yang terdahulu yang diberikan petunjuk kejalan yang benar dan nikmat ..
Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud:-
Barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan memberikan kesabaran padanya. Tidak lah seseorang itu diberi anugerah yang lebih baik dan lebih luas kecuali dengan kesabaran
Kata Saidina Omar r.a
Tidak ku terima dugaan itu melainkan padanya terdapat 4 nikmat Allah.
1. Terhindar dari musibah
2. Terhindar dari godaan syaitan
3. Redha
4. Mengharap ganjaran pahala Sabar ada beberapa darjat..
1. Yang rendah ialah .. Tidak mengeluh
2. Yang paling tinggi ialah.. memuji Allah atas musibah yang menimpa..diri..
Barang siapa dizalimi oleh orang lain lalu ia mendoakan keburukkan keatas orang yang menzaliminya
maka berarti ia telah membela dirinya dan telah mengambil haknya dan maka jadilah ia tergolong orang
yang tidak bersabar.. .Sabar pula ada dua ..
1. Sabar pada Jasmani
2. Sabar pada Rohani , Jiwa ( nafsu )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment