Friday, February 14, 2014

motivasi diri lebih baik dari menangisi stuasi.

Salam buat semua..
motivasi diri lebih baik dari menangisi stuasi..

Jangan salahkan takdir .. kalau kita tidak mahu berfikir..
Jangan terlalu kikir nanti akan jadi fakir..
Jangan terlalu menyesal apa telah diamal
Jangan suka bersedih pastikan hati tidak merintih




Jika inginkan disayangi.. kita hendaklah memahami
Jika inginkan dicintai.. kita hendaklah menjiwai
Jika ingin dikasihi.. kita hendaklah menghargai
Jika ingin disanjung .. kita hendaklah jauhkan termenung
Jika ingin dihargai.. kita hendaklah berkorban diri..

Yang paling setia .. dia adalah yg mampu menyimpan rahsia
Yang paling berharga.. ia adalah body
Yang paling mulia .. ia adalah tutur kata berbudi bahasa
Yang paling bahagia .. ia adalah mengambil hati setiap masa..

Setiap perkara perlu ada rahsia..
Setiap perbuatan perlukan perjuangan
Setiap kata-kata perlu lahir dari jiwa
Mengharap perkara yang baik .. perlu ikhlas jg tergedik-gedik
Mengharap bahagia.. perlu ada pengorbanan dijiwa

Bukan semua benci itu marah
Bukan semua marah itu tidak sayang
Bukan tidak sayang tapi hati telah kecundang
Bukan semua cemburu itu mengongkong
Kalau ingin hati dibelai.. pandai pandai lah jangan sampai kita lalai

Sebenarnya semua itu fitrah
Adakala nya terlebih .. ada kalanya terkurang.
Reda itu paling berharga
sayang ku tetap membara
dalam hati sampai kejiwa..
kekal selama lamanya..
itulah janji sama dikota

Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan.

Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik...

No comments:

Post a Comment