IBADAH DI BULAN SYAABAN
|
Kini kita berada dalam bulan Syaaban. Bulan kelapan dalam taqwim
Islam. Bulan yang penuh kemuliaan dan banyak kelebihan. Rasulullah SAW
sendiri memperbanyakkan ibadah di bulan ini seperti ibadah puasa sunat.
Rasulullah SAW pernah ditanya oleh Usamah bin Zaid tentang hikmah puasa yang
dilakukan dalam bulan Syaaban. Baginda bersabda yang bermaksud:
” Bulan Syaaban yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah
bulan
yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan
yang diangkat padanya amal
ibadah kepada Tuhan seru
sekalian alam, maka aku suka supaya amal
ibadah saya diangkat
ketika saya berpuasa”
Justeru marilah kita perbanyakkan Syaaban ini dengan ibadah
berikut:
1. Puasa sunat
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
” Saidina Aisyah
pernah berkata:Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan
penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda
berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan
Syaaban”
(hadis riwayat Bukhari)
Ia juga sebagai latihan untuk menghadapi bulan
Ramadhan. Melazimi perut dengan berlapar akan menjadikan kita lebih bersedia
untuk menghadapi Ramadhan agar tidak berlaku kejutan kepada sistem
pemerosesan makanan dalam organ badan kita. Puasa ini dikira sebagai ”warm
up” sebelum datangnya Ramadhan untuk kita menunaikan puasa wajib
pula.
2. Mengkada
puasa wajib
Puasa Ramadhan yang tertinggal tetap wajib
diqada kepada setiap mukallaf. yang diberi keharusan berbuka
seperti sakit, musafir, haid, nifas, hamil dan sebagainya. Saidatina Aisyah
pernah memberi keterangan kepada Muazah al Adawiah yang bermaksud:
” Maka kita
diperintahkan mengqada puasa (kerana kedatangan haid) tidak disuruh mengqada sembahyang yang tertinggal
(semasakedatangan haid)”
(Hadis riwayat Muslim)
Perbuatan melengah-lengahkan qada tanpa uzur hingga datang
Ramadhan berikutnya adalah berdosa dan diwajibkan ke atasnya qada dan
membayar fidyah.Malah fidyah itu akan berganda setiap tahun apabila masih
gagal mengqada puasa tersebut. Perlu diingat, puasa qada tidak akan luput
dari tanggungjawab seseorang. Malah fidyahnya akan terus berganda selagi ia belum
melunaskan puasa tersebut.
Alangkah meriahnya di meja makan ketika berbuka, isteri berbuka
kerana puasa qadanya, manakala suami dan anak-anak berbuka kerana puasa
sunat. Suasana Ramadhan telah dijelmakan di bulan Syaaban.
3. Memperbanyakkan
doa, zikir dan membaca selawat atas Nabi
Amalan seperti berdoa, berzikir dan berselawat akan mendekatkan
diri kita kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”barangsiapa yang
mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepadaNya sertamenahan
diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya
dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan
penyakit”
(dipetik
dari kitab Zubdatul Maizin)
Dalam kita membicarakan kelebihan bulan Syaaban, kita jangan
melupai satu malam yang paling mustajab berdoa, malam pengampunan dan rahmat
iaitu malam Nisfu Syaaban. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
” dari Abi Musa Al
asyari dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:Sesungguhnya rahmat Allah SWT
datang pada malam nisfu Syaaban, lalu dia mengampunkan kesalahan kesemua
makhluknya melainkan orang musyrik atau orang yangbermusuhan”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Itulah yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, apabila kita
mengadakan majlis bacaan yaasin sebanyak tiga kali dan memohon doa agar
dipanjangkan usia, dijauhkan dari bala dan dimurahkan rezeki.
Kita juga jangan melupai satu sejarah agung yang tercipta pada
15 Syaaban yang memberi implikasi besar hingga hari ini. Allah telah
memerintahkan Rasulullah agar mengadap Baitulahilharam di Mekah dalam solat
sebagai ganti arah kiblat sebelum ini iaitu Baitul Maqdis.
Sepanjang mengadap kiblat ke Baitul Maqdis, Rasulullah sering
mendapat ejekan dari orang yahudi yang mengatakan Rasulullah mengadap ke arah
tempat suci mereka dan orang Islam tiada suatu tempat yang mulia
untuk dihadapkan ketika mengerjakan ibadah. Rasulullah SAW sering dicemuh,
diperlekeh, lalu baginda bermohon dan berdoa kepada Allah SWT agar dibenarkan
mengadap ke arah Masjidil Haram yang sememangnya baginda cenderung ke
arahnya.
Allah Taala berfirman
dalam surah Al Baqarah ayat 144 yang bermaksud:
” Kerapkali kami
melihat engkau(Wahai Muhammad) berulang-ulang mengadap ke langit, maka kami
benarkan engkau berpaling mengadap ke arah yang engkau sukai,oleh itu
palingkan ke arah Masjidil Haram (tempat
letak Kaabah) .
Suruhan mengadap ke arah Baitulahilharam sangat dinanti baginda
agar kemuliaan Baitulhiharam tetap terpelihara yang menyambung risalah tauhid
yang pernah dibawa oleh Nabi Ibrahim. Arah kiblat yang satu melambangkan
simbol kesatuan umat yang padu dan menjadi pusat tumpuan dan perhimpunan
sedunia ketika mengerjakan ibadah haji.
Oleh kerana bulan Syaaban datang hanya sekali dalam setahun,
maka ambillah kesempatan untuk meningkatkan amal ibadah dalam usaha memperbaiki
diri menuju ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT.
|
Kelebihan bulan Sya`ban.
(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz
Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban,
baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti
kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban,
diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah
Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah
Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan
sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan
Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga
baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan
sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga.
(Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi
oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan
adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan
Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana
membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban,
kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka
diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara
lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus
pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya
terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah
(selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan
-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan
Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala
ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan
Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu
Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan
keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu
Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu
kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan
diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya
sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka
terhadap ibubapa.(Al-hadis)
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada
malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang
syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)
11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka
berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada
siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku
ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang
yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya
sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung,
binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril
bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka
datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad,
gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang
yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w
pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam
riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu
langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan
ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang
sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi
orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat
menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit
kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah
subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada
pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta,
maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat
menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku
kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril
menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini
dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak
bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling
banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah
memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan
sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan
jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan
Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh
orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan
daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan
purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).
15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu
sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang
dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w:
Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit
dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah
orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian
orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang
berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku
sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun
bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama
masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku
tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka
bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar
beliau membaca di dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa
Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau,
dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada
Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri
Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada
umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah
memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan:
"Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan
syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah
(berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama,
malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar
kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa
sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan
umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya.
Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan
Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat
mustajabkan doa padanya.
Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.
Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca
surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati
Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa
Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang
halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan
surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan
iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
KELEBIHAN BULAN SYABAAN
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah
niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku
atas kamu.
Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan
Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf
a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub
a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan
Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan
Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan
Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga.
(dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh
Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan
adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan
Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan
Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia
bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh
Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya
lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya
terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah
Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian,
Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan
yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban
atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia'
(Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan
Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban
seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu
Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat
kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan
Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali:
tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka
diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak
bertutur dengan saudaranya.
Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada
malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman
yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah
orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku
rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.
Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung,
binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban
Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril
bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka
datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad!
gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang
yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah
mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.
Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu
juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan
ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari
dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini.
Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya
mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban
enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya,
Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang
yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka
Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya,
adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang
mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang
berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku
sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun
bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil
ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di
atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan
aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::
AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN
AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU
BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU
TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.
Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujut.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat
Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah
memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan:
Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.
Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat
(berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang
pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya
malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan
atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad
berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat
mustajab doa pada hari Jumaat
AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:
Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan
niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian
dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan
diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN
dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan
beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil
serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.
(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau,
Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam
genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU
nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah
aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku
berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa,
Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN
RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)
Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT
KEPADANYA.
Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu
tahun).
Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH
MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS
TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.
Membaca Al-Qur'an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya.
Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah
tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan
tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.
Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan
petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan
Asar.)
Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq,
sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat
Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon
hajat sesuatu.
BULAN SYA'BAN :
Persediaan Di Ambang Ramadhan
Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim
Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya.
Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang
baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban,
Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa. Begitu juga
dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai
fadhilat.
Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di
Dalamnya
Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga
mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga
dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga
menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat
sebagai masa mengaut pahala.
Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi
wasallam akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa
Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada
puasanya di bulan Sya‘ban.
Dalam makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan
yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang
dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan
ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri
menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia
diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah
sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara
amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat.
Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar
berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan beristiqhfar
Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi
tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum
ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu
adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu
ialah yang dikatakan taubat nasuha.
Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan
terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara
hamba dengan Tuhan:
1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita
atas perbuatan maksiatnya itu.
3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan
kembali mengulangi melakukannya.
Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang
lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah
lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu
atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.
Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak
terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih
daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri
kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan
membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta
diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.
Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun
kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah
bererti:
“Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati
Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan
membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.
Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan
agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil
daripada berzikir. Antaranya ialah:
i. Menenangkan hati:
Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala
bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini
kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:
Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa
menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut
hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.
Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada
malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama
berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.
iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.
iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:
Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami
dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.
Antara keistemewaan amalan zikir itu
pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang
melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan
dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama
ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara
lisan ketika berada di dalam tandas.
Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa
mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan
daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘
kepadaNya.
Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh
dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan
Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad
Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam,
banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada
di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda
melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain?
Baginda bersabda:
Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab
dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang
diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka
supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.
(Hadis riwayat an-Nasaie)
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban
Adapun kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di
dalam hadis shahih daripada Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu, bersabda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di Malam
Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang
menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Di Malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam
yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah
sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam
iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri,
malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban
Nisfu Sya‘ban ialah hari ke lima belas daripada bulan
Sya‘ban. Malam Nisfu Sya‘ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan
daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis
yang diriwayatkan oleh Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban sebagaimana
yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi‘in dari
penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,
bahawa para tabi‘in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma‘dan dan
Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nisfu Sya‘ban.
Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan
malam tersebut.
Para tabi‘in tersebut menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban
dengan dua cara:
1. Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan
berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai
harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
2. Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian.
Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat
dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu
Sya‘ban dengan membaca Al-Qur'an seperti membaca surah Yasin, berzikir dan
berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada
secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang
dilakukan oleh para tabi‘in itu.
Amalan-Amalan Bid‘ah Dalam Bulan Sya‘ban
Dalam keghairahan kita menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban itu
dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan
perkara-perkara bid‘ah.
Di antara perkara bid‘ah itu ialah bersembahyang sunat Nisfu
Sya‘ban. Sembahyang ini sebenarnya tiada tsabit dalam ajaran Islam. Imam
an-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar telah menafikan adanya sembahyang sunat Nisfu
Sya‘ban kerana suatu sembahyang itu disyariatkan cukup dengan sandarannya sama
ada dari nash Al-Qur'an atau pun hadis.
Jika seseorang itu masih juga ingin untuk melakukan
sembahyang, maka sayugialah dia mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang
lain seperti sunat Awwabin (di antara waktu maghrib dan Isya'), sembahyang
tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq bukan
sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan
pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nisfu Sya‘ban atau pada
malam-malam yang lain.
Adalah mendukacitakan pada malam yang penuh berkat dan
keampunan itu, wujud perkara-perkara yang tidak selari dengan syara‘, iaitu
adanya orang yang membuat hiburan atau mengadakan konsert pada Malam Nisfu
Sya‘ban. Apatah lagi jika hiburan atau permainan yang diadakan itu melibatkan
ramai orang Islam sehingga terlepas untuk merebut peluang beribadat dan berdoa
pada malam tersebut. Perbuatan seumpama ini setentunya menyumbang kepada
maksiat.
Sesunguhnya bulan Sya‘ban itu adalah bulan di mana
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih banyak berpuasa sunat
dibandingkan pada bulan-bulan yang lain, iaitu sebagai persiapan dan persediaan
untuk menghadapi bulan Ramadhan. Amalan Baginda itu sewajarnya dicontohi oleh
sekalian umat Islam disamping bulan Sya‘ban itu sendiri mempunyai kelebihan
yang tersendiri seperti Malam Nisfu Sya‘ban.
FADHILAT SYA'BAN
1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah
memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada
Sayyidatina 'Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita
mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata
dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W
menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak
pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam
Muslim di dalam sohihnya )
2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah
memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya
sayyidatina 'Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak
banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa
sebulan penuh pada bulan Sya'ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda :
Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak
membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa
yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa
dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan
sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam
Muslim di dalam sohihnya)
3. Telah memberitahu kami Sufian bin 'Uyainah daripada Ibn
Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina
'Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W
berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan
baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka.
Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih
banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya'ban. Kadang-kadang baginda
S.A.W berpuasa Sya'ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa
sedikit daripadanya.
(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)
4. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah
bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina 'Aishah berkata :
Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa
padanya adalah bulan Sya'ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud,
An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)
5. Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah
daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata : Wahai Rasulullah!
sesungguhnya kau telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak
melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Soal
Rasulullah S.A.W : Bulan apa? Aku telah berkata: Sya'ban bulan diantara Rejab
dan Ramadhan yang mana melupai manusia mengenainya(diangkat kepadaNya) segala
amalan semua hamba maka aku lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan
bersamanya aku berpuasa. Maka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa
pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda
baginda S.A.W : Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada
kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan
bersamanya aku berpuasa.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh
An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )
HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU
SYA'BAN
1. Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz
bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta'ala
memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya'ban maka Dia
akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang
bermusuhan.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban,
Al-Baihaqi dan At-Thobarani )
2.Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada)
Usman bin Abi Al-'As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam
nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya'ban, pemanggil akan memang- gil : Adakah
daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya ? Adakah
daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada
seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan
kemaluannya ataupun orang syirik.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti,
Al-Baihaqi dan imam Sayuti)
Penerangan Hadis:
1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan
bulan Sya'ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi
bulan-bulan yang lain.
2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa
pada bulan Sya'ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W
kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda
tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah
S.A.W merupakan sunnah fi'liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh
dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.
3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam
melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat,
puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun
sedikit. Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak
berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini
menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut. Ini
kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kepada kita
perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini
akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah
setiap masa dan tempat sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun
ketika berkerja.
4. Galakan ini juga bertujuan untuk melatih dan membiasakan
kita dengan berpuasa sebelum masuknya bulan Ramadhan yang memang kita mesti
berpuasa padanya.
5. Baginda juga menekankan bagaimana seseorang muslim mesti
percaya bahawa setiap amalan yang dilakukan bukanlah sia-sia malah ia akan
diangkat kepada Allah untuk dihisab kualitinya. Apabila perasaan ini timbul
sepanjang kehidupan dan peribadatan kita seharian akan menyebabkan kita semakin
yakin kepada balasan Allah terhadap apa yang telah kita sama-sama tunaikan. Ini
dapat menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu ibadat sambil lewa dan
penuh dengan perasaan malas dan juga mampu memberi peringatan agar jangan
mendekati segala maksiat kerana setiap gerak laku kita diperhati dan dihisab
oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
6. Baginda S.A.W juga menjelaskan bagaimana adanya
waktu-waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti pada hari
Isnin dan Khamis serta pada bulan Sya'ban terutama pada malam pertengahan
bulannya. Baginda S.A.W juga mengajar kita agar menggunakan kesempatan yang ada
dengan berdoa dan beribadah kepada Allah.
7. Islam mengajar kita agar menjaga masa dan menggunakan
peluang yang ada untuk beribadat bukannya dihabiskan begitu sahaja disebabkan
kita tidak merasa berdosa apabila tidak mempedulikan masa. Orang kafir mapu menjaga
masa dan menggunakan masa untuk perkara berfaedah serta tidak kurang juga
digunakan untuk mengatur strategi di dalam menyerang Islam. Adakah kita terus
hanyut dibuai mimpi sedangkan musuh Islam telah lama merancang untuk
menghancurkan kita.
8. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat,
masa dan pekerjaan yang mana ia tidak menyuruh kita sekadar menunaikan ibadat
khusus seperti sembahyang, puasa dan bersedekah sahaja tetapi juga menekankan
agar setiap ibadat yang dilakukan mampu melahirkan umat yang sedar siapa mereka
dan apa tanggungjawab mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah memarahi
sahabat yang hanya mahu beribadat khusus sahaja sedangkan baginda S.A.W sendiri
bukan sahaja merupakan orang yang kuat beribadat khusus, memohon keampunan
malah baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan juga yang paling
besar dan berat adalah sebagai pemimpin negara. Semuanya dikira ibadat jika
dilakukan mengikut landasan Islam. Kita jangan termakan dengan dakyah sesat
golongan kuffar yang menyatakan ibadat adalah perkara yang berkaitan dengan
sembahyang, puasa, haji dan ibadat khusus yang lain sahaja tanpa mempedulikan
kewajipan kita yang besar seperti tanggungjawab terhadap kerja, keluarga,
masyarakat setempat dan juga pemerintahan negara.
9. Islam mencela mereka yang syirik, berzina dan bermusuhan
yang mana doa mereka tidak dimaqbulkan.
No comments:
Post a Comment