ADAB MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
Sebagai
hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di
bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalasnya dengan satu hari yang
dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta‘ala
menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.
Dalam
keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut
lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan
perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Hari Raya memang tidak
boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan
kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat
dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.
Apakah
adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan
Hari Raya?
Banyak
fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di
antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘
untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan
amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah,
melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan
melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.
Al-Imam
Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu
adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau
berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya
pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam
Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan
malam Nisfu Sya‘ban.
Perlu
diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi
melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut,
sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.
Kemeriahan
Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak
bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari
itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan
Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan
kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.
Ucapan
takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk
melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu,
disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula
waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat
takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya:
"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu
mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu
bersyukur."
(Surah Al-Baqarah : 185)
Di
pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari
Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.
Di
samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai
harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama
ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari
Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk
berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad
daripada bapanya daripada datuknya:
Maksudnya:
"Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis
(untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."
(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)
Sebelum
keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah
disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan
oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan
daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya:
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya
Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda
memakannya dalam bilangan ganjil."
(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
Selain
itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu
disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain
dengan mengucapkan:
Ertinya:
"Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak."
Daripada
Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang
yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata
(maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah
yang lain:
Ertinya:
"Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."
Menurut
pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan
sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.
Al-Imam
Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau
mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya)
merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang
yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)
Manakala
itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara
terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan
ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam
perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.
Dalil
yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah
Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:
Maksudnya:
"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada
dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda
baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk,
lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat)
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!"
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata:
"Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah:
"Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah
Hari Raya kita."
(Hadits riwayat Al-Bukhari)
Al-Hafizh
Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan
atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu datang
sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.
(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 &
Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)
Sehubungan
dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi
berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh
Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak
menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada
di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah
dan sebagainya.
Dalam
keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa
kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan
kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan
agama.
Apa
yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata
kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi
ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Semoga
kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala
kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.
Adab-adab
Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Banyak fadilat atau kelebihan yang
terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan
perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh syarak untuk kita melakukannya
ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat
seperti mendirikan sembahyang fardu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat,
bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa-apa jua bentuk
kebajikan.
1. Berdoa di malam raya - Al-Imam
Al-Syafie Rahimahullahu Ta'ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu
adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau
berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya
pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam
Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rejab dan malam
Nisfu Syaaban.
2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga
sebelum Solat Sunat Aidilfitri - Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai
apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu
semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih
bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah SWT. Allah
memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagungan Nya dengan
mengucapkan takbir.
3. Mandi Sunat Aidilfitri - Di pagi
Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd Radhiallahu 'anhum bahawa Rasulullah SAW
melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadis ini
dikeluarkan oleh Ibnu Majah.
dikeluarkan oleh Ibnu Majah.
4. Memakai Pakaian yang Terbaik,
menghilangkan bau yang tidak elok - Disunatkan memakai pakaian yang
sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang
tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk
menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari
tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan
daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya: Maksudnya:
"Bahawasanya SAW memakai kain yang bergaris-garis (untuk diselimutkan pada
badan) pada setiap kali Hari Raya." (Hadis riwayat Al-Syafi'e dan
Al-Baghawi)
5. Makan terlebih dahulu (seelok-eloknya
makan kurma dalam bilangan ganjil) - Sebelum keluar pergi ke masjid untuk
menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum
terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu 'anhu, beliau berkata:
Maksudnya: "Nabi SAW tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah
sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda
memakannya dalam bilangan ganjil."(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
6. Mengucapkan tahniah - Selain
itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu
disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain
dengan mengucapkan: Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan
menerima Nya daripada awak." Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau
merupakan salah seorang Tabi'en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi
SAW) telah berkata (maksudnya): "Sahabat-sahabat Rasulullah SAW apabila
mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang
lain: Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerima Nya
daripada awak." Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah
di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyariatkan di dalam Islam.
7. Ziarah menziarahi - Manakala itu
pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara
terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan
ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam
perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.
8. Tetap menjaga disiplin sebagai
seorang Islam yang beriman - Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu
diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta'ala iaitu
mendirikan sembahyang fardu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya
berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.
No comments:
Post a Comment