Wednesday, February 6, 2013

Pengertian bersyukur




Pengertian bersyukur

Bersyukur..

1.      Bersyukur dari istilah bahasa  ialah  ucapan atau menyatakan terima kasih.
Dari segi perlakuan ialah  melakukan apa yang disuruh atau diperintahkan  oleh
Allah swt dengan ikhlas atas segala nikmat yang dikurniakan keatasnya..
2.      Setiap orang Islam wajib bersyukur kepada Allah swt dengan melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya..


3.      Bersyukur boleh dilakukan dengan beberapa cara. Antaranya ialah :-
A.      Bersyukur dengan perkataan  ( lisan )
1.      Berzikir kepada Allah swt dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan sebagainya
2.      Mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran
3.      Membanyakkan membaca al-Quran
B.      Bersyukur dengan amalan.
1.      Melakukan ibadah wajib dan meningkatkan ibadah sunat
2.      Menggunakan nikmat untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara
3.      Merendah diri walaupun dikurniakan nikmat yang banyak
C.      Bersyukur dengan hati.
1.      Reda dengan pemberian Allah swt sama ada sedikit atau banyak
2.      Bertambah cinta kepada Allah swt apabila menerima nikmatnya
3.      Yakin bahawa Allah swt akan mengurniakan nikmatnya kepada hambanya yang bersyurkur.
Ciri-ciri orang bersyukur.
1.      Ikhlas dalam melakukan ibadah kepada Allah swt
2.      Rajin melakukan sesuatu perkara kebaikan
3.      Berusaha dengan bersungguh2 untuk meningkatkan kualiti diri , masyarakat,dan Negara.
4.      Sabar dan tabah menghadapi musibah
5.      Reda walaupun menerima nikmat yang sedikit daripada Allah swt.
Ciri-ciri orang tidak bersyukur
1.      Berpura2 dalam melakukan ibadah
2.      Malas dan tidak suka melakukan kebaikan
3.      Kurang berusaha untuk meningkatkan kualiti diri, masyarakat dan Negara
4.      Tidak sabar dan mudah berputus asa
5.      Tamak walaupun dikurniakan nikmat yang banyak daripada  Allah swt

No comments:

Post a Comment