السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
أعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sabda Rasullulah:
Bermaksud : " Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan
dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang
yang Ahmaq(bodoh) ialah orang yang mengikut hawa nafsunya dan hanya
banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T (berangan untuk mendapat
kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau
bertaubat).
- Riwayat At-Tirmizi.
Oleh yang demikian kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan
Rasulnya, hendaklah sering bermuhasabah diri supaya kita dapat
memperbaiki perlakuan kita dari masa kesemasa
dan lakukan amalah2 yang boleh membawa kita kebaikan didunia dan diakhirat
Muhasabah diri haruslah meliputi perkara-perkara seperti ini.
• Amalan harian bab fardu dan sunat sering dilakukan
• Akal dan pemikiran yang berpandukan ilmu
• Amalan dan tingkah laku yang baik.
• Penjagaan kesihatan tubuh badan yang sempurna
5 PERKARA AMALAN MENUJU KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT
1. MEMPERBANYAKAN MEMBACA ISTIGHFAR & ZIKIR
a. Penghulu Istighfar
b. Istighfar Rejab
c. Zikir Munajat
d. Zikir Taubat
2. MEMPERBANYAKAN BERSELAWAT
Seperti:-
a. Selawat Syifa’ e. Selawat Mukhatab
b. Selawat Badawi f. Selawat Al Fatihah
c. Selawat Waqiah g. Selawat Nuruzati
d. Selawat tafrijiyah h. Selawat Kamaliah
3. MEMPERBANYAKAN MEMBACA AL QURAN
a. Melihat Al Quran dapat pahala
b. Melihat Ibu/bapa
c. Melihat Guru
d. Melihat Para Ulama’
e. Melihat Laut
4. MEMPERBANYAKAN SOLAT SUNAT TENGAH MALAM
( QIAMULAIL )
a. Solat sunat Tahajud
b. Solat sunat Taubat
c. Solat sunat Hajat
d. Solat sunat Tasbih
e. Solat sunat Witir
5. MENGURANGKAN MAKAN DAN TIDUR.
a. Banyak makan akan mengeraskan hati
b. Banyak tidur memudaratkan kesihatan
Makan ketika lapar Berhenti sebelum kenyang
No comments:
Post a Comment