Saturday, December 8, 2012

Hidup ini terlalu singkat



  
 Hidup ini terlalu singkat

Ketahuilah bahawa hidup ini terlalu singkat 
untuk sembunyikan perasaan rindu
jangan hairan jika dirimu terus tertanya-tanya
sebab kau juga takkan pernah tahu 
jika dia juga punya perasaan yang sama

Barangsiapa yang dua hari dilaluinya perkara yang sama ,
maka ia telah tertipu oleh masa lampau
Barangsiapa yang kelmarinnya lebih baik 
daripada hari ini maka ia sudah terhalang..  
Takutlah kamu terhadap angan-angan..
sesungguhnya angan-angan itu adalah lembah kebodohan

Pada malam hari ada satu saat yang berkat dimana jika seseorang insan menepati saat itu dan berdoa kepada Allah swt memita keberkatan dunia dan akhirat , nescaya Allah kabulkan doanya. Keadaan ini ada pada tiap-tiap malam ... Al Hadis..

Siapa yang pada suatu malam dia mengalami kesakitan dimana dia bersabar dan reda kepada ketentuan Allah swt .. Maka terkeluarlah dia daripada dosa2nya seperti keadaan dikala dia dilahirkan oleh ibunya



10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan



No comments:

Post a Comment