Saturday, December 8, 2012

Bicara hati.

Bicara hati.

10 Golongan yang menzalimi diri sendiri
1. Bila berdoa tidak mendoakan orang lain
2. Tidak suka membaca al-Quran
3. Tidak solat sunat tahayatul masjid bila masuk masjid
4. Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika berada diperkuburan
5. Apabila sampai kesuatu tempat dia tidak solat jumaat
6. Apabila orang alim datang ketempatnya dia tidak mahu pergi belajar


bertemu 2 orang tidak bertanya nama

7. Apabil

8. Apabila dijemput kenduri dia tidak datang
9. Pemuda yang tidak mahu bekerja dan tidak mahu belajar
10. Makan kenyang sedangkan jiran sebelah kelaparan

10 PERANGKAP SYAITAN HANCUR KAN MANUSIA

Pertama: Melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia . Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan..
Kedua: Melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperolehi adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan kejalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajiban berzakat atau bersedekah.
Ketiga: Melalui sifat takbur dan bongkak.. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila bila masa saja. Allah swt berfirman dalam surah an-Nahl ayat 23.
Sesungguhnya dia tidak menyukai orang yang takbur.
Keempat: Melalui khianat. .. Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian , perkongsian dan sebagainya..( tiada amanah )
Kelima: Sifat yang tidak suka menerima ilmu dan nasihat.. Junjungan Rasulullah saw selalu menasihati para sahabat Baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan keempat daripada kalangan manusia yang dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
Keenam : Sifat hasad.. melalui sifat hasad . Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan . Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: Hindarilah kamu daripada sifat hasad , kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu yang kering “ ( riwayat Bukhari dan Muslim )
Ketujuh: Sifat Ego. Melalui sifat suka meremehkan orang lain. Maka manusia selalunya akan lahirlah perasaan dirinya sudah sempurna , jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain akan dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki

Kelapan: Sifat Ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: “ Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah swt itu bukan orang yang bersenang-senang saja “ ( Riwayat Abu Naim dan Muaz buin Jabal )

Kesembilan: Sifat angan-angan . Melalui sifat suka berangan-angan ia akan menjadi malas.. sebab Islam adalah anti malas. Orang yang berat tulang utntuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah swt dan manusia. Mereka ini suka berangan-angan dan lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi daripada berusaha , mereka amat malas berusaha untuk mencapai cita-cita , maka ia adalah tergolong orang-orang yang rugi.

Kesepuluh: Sifat buruk sangka.. Melalui sifat ini seseorang yang suka berburuk sangka atau menuduh orang lain tanpa diselidiki terlebih dahulu ia amat dicela oleh Islam.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : Nanti aka nada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya “ ( Riwayat Muslim )

Oleh itu barang siapa yang menahan lidahnya daripada membahaskan perangai manusia, Allah akan membatalkan ( kakinya ) daripada tergelincir ( keneraka ) pada hari kiamat kelak..
Dan barang siapa mempermudahkan orang sedang dalam kesusahan . Allah akan mempermudahkan urusannya didunia dan diakhirat.

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.
2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.
3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.
4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.
5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.
6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.
7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.
8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.
9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.
10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

6 SIFAT TERCELA HAPUSKAN IBADAH
Secara umumnya manusia memiliki dua keperibadian iaitu positif dan negative
Ia mencerminkan akan setiap gerak geri manusia itu sendiri.

Sifat positif menjelma dalam kepatuhan , mencari kebenaran, muhasabah diri . amanah dan bermuamalah dengan jujur dalam semua lapangan hidup manakala sifat negatif pula terlibat pada penentangan kecenderungan melakukan maksiat, malas serta melakukan kerosakan terhadap diri sendiri , keluarga atau masyarakat. Rasulullah saw bersabda: Ada enam perkara menyebabkan amal jadi sia-sia ( tidak mendapat pahala ) iaitu sibuk mencari keaiban orang lain, keras hati, terlalu cintakan kepada dunia, kurang rasa malu,panjang angan-angan dan suka melakukan kezaliman .. ( hadis riwayat Dailami )

1. Pertama..Orang yang suka mencari dan menyebarkan keburukan orang lain lalu memperbesarkan nya , sementara aib sendiri tidak diperiksa sesuai dengan pepatah ‘kuman seberang laut Nampak , gajah didepan mata tidak nampak’
Ada riwayat mengisahkan khalifah membuat rondaan dan lawatan pada tengah malam menemui rumah seorang lelaki dan wanita serta minuman khamar dihidangkan, dia masuk kerumah itu dengan menanjat dinding, menerjah masuk dan berkata ‘ hai musuh Allah, apakah kau menyangka Allah akan menutupi kesalahan yang kamu lakukan ini...?
Lalaki itu menjawab: ‘Tuan sendiri jangan tergesa-gesa,tuan juga melakukan kesalahan’

Kahlifah bertanya apakah kesalahan ku..? lalu dibalas oleh lelaki berkenaan..
Kesalahan saya hanya satu iaitu apayang Khalifah lihat sekarang.. sedangkan tuan melakukan tiga kesalahan iaitu mencari dan mendedahkan keburukkan orang lain, pada hal Allah melarang perbuatan itu,memanjat masuk kedalam rumah orang, bukan kah ada pintu dan masuk tanpa izintuan rumah’

2. Kedua sikap keras hati : bermaksud tidak menerima pengajaran baik dan nasihat,Dia tdak suka dikritik apatah lagi dipersalahkan, kerana yakin dia adalah benar,disamping itu hatinya tidak tersentuh dengan penderitaan dan kesedihan orang lain.

Ketika hayat Rasulullah saw , ada sahabat bersedih kerana anggota keluarga dikalangan mereka mati sehingga Baginda turut menitiskan air mata , namun ada seorang sahabat sedikitpun tidak tersentuh melihat kejadian itu , Lalu ditanya kepada Rasulullah saw . lalu dijawab oleh Baginda Itu tandanya hati nya yang keras’

3. Ketiga. Cintakan dunia.. kehidupan didunia hanya sementara dan kita sebenarnya musafir yang dalam perjalanan , lalu beristirahat disebuah tempat untuk sementara waktu, Namun tidak sedikit pun manusia beranggapan tempat istirahat itu sehingga lupa matlamat sebenar akan kembali keopada Allah Yang maha Esa.

Justeru ,Rasulullah saw pernah menegaskan ,suatu masa nanti umat Islam akan ditindas dan di zalimi oleh umat lain seperti mereka menghadapi makanan diatas meja , padahal jumlahnya ramaitetapi kekuatannya ibarat buih diatas lautan, mudah hancur.
Saat itu umat dihinggapi penyakit bernama al-Wahn iaitu penyakit yang menyebabkan mereka terlalu cintakan dunia dan takut kematian.
4. Keempat.. Menurut hawa nafsu.. Orang yang bertindak menurut kemahuan hawa nafsunya,membuat dosa adalah agenda utama kehidupannya, benar atau salah tidak lagi menjadi ukuran dalam hidupnya.

5. Kelia. Panjang angan-angan.. Angan-angan menunjukkan kekerdilan manusia , kemahuan lebih tinggi , tidak sesuai dengan kemampuan sebenar, malah suka berkhayal , Ungkapan biasa bermain pada lidahnya.. ..Andai kata.. , Apabila..., Jika.... dan Kalau aku... jadi kaya.. senang.. macam-macam lagi lah angan-angan dia..

Dia banyak menghabiskan masa untuk berkhayal.Ironinya , realitinya dia beranggapan khayalan itu benar dan adalah kenyataan ( realistic ) Orang bersikap demikian ibarat pungguk rindukan bulan atau katak ingin jadi kerbau..

6. Melakukan kezaliman. Zalim melakukan penindasan dengan kekuasaan serta kekuatan, manusia melakukan eksploitasi terhadap orang lain , memeras ugut golongan bawahan dan menindas dengan kejam keatas kelompok yang lemah. Jika perbuatan ni dilakukan secara berterusan , maka akhirnya terjadilah kepincangan dalam kehidupan masyarakat itu sendiri dan seterusnya melemahkan hubungan akraf masyarakat umumnya.... jadi mudahlah musuh-musuh Islam mengambil peluang dan kesempatan untuk menggagalkan kerukunan dan keutuhan Islam itu sendiri..

Demikianlah sifat-sifat mazmumah yang akan menghancurkan nilai-nilai ibadah.. Ibarat air didaun keladi .. amal pahala banyak tetapi tertumpah tanpa meninggalkan bekas..

No comments:

Post a Comment