Thursday, January 12, 2017





PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS NEGARA MALAYSIA

Selepas Tragedi 13 Mei 1969,¢ Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dan ia menunjangi pembangunan ekonomi Malaysia dan hubungan kaum sehingga 1990.
Selepasnya kerajaan memperkenalkan Rancangan Wawasan.¢
Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Kehadiran Masyarakat Pelbagai Kaum Sejak Abad Ke-15 Sehingga Merdeka
¢ Pada abad ke-15 dengan kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan bebas, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca dan pedagang-pedagang asing menerima hegemoni perdagangan Melayu.

Sifat berkongsi¢ kekayaan ekonomi Melaka di kalangan semua pedagang yang mengunjungi Melaka dapat diperhatikan dari sikap Sultan dan pembesar Melayu.
¢ Mereka mengguna dan menggalakkan penyertaan pedagang asing seperti Gujarati, Chulia dan peminjam wang India (Chettiars).Dasar ini juga mengelakkan kelahiran Melayu kaya yang bakal menggugat kestabilan pemerintah.
Hubungan ekonomi di Melaka mengikut peraturan ekonomi yang ditetapkan oleh raja-raja Melayu mengikut Hukum Kanun Melaka.¢
Pedagang asing terpaksa menerima syarat-syarat dalam hukum ini bila menjalankan perdagangan di Melaka.¢
Portugis yang menguasai Melaka pada abad ke-16 telah melenyapkan budaya perdagangan bebas untuk seketika.¢
¢ dasar monopoli dan pelbagai sekatan perdagangan dikenakan.
¢ Memaksa kapal-kapal singgah di Melaka untuk membayar cukai; 10% dikenakan untuk barangan dari negara China dan 8% untuk barangan dari Teluk Benggal.
Pedagang juga dimestikan mendapatkan surat izin¢ untuk berdagang di Melaka.
Pedagang tidak puas hati dan ramai yang berpindah ke Aceh dan Pedir.¢
Keadaan bertambah buruk apabila Belanda menguasai Melaka pada 1641. Pelbagai dasar monopoli diperkenalkan¢
¢ Belanda mengawal barangan utama yang diimport dan dieksport dari Melaka dengan tujuan untuk menetapkan harga jualan barangan berkenaan.
Belanda menguasai monopoli ke atas barangan seperti lada hitam, rempah-ratus, kayu cendana, timah dan pelbagai jenis kain.¢
Duti sebanyak 10% dikenakan ke atas barangan yang diimport dan 5% ke atas barangan eksport.¢
Semua pedagang dipaksa singgah di Melaka untuk menjalankan urusniaga mereka;¢
mengikat perjanjian ekslusif dengan pemerintah-pemerintah Melayu di Negeri-negeri Melayu untuk menjual hasil negeri mereka,¢
¢ khususnya bijih timah kepada Belanda pada harga yang ditetapkan dan menghadkan urusan perdagangan dengan pedagang-pedagang India.
¢ Senario ekonomi Tanah Melayu berubah dengan penguasaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 1786, Melaka pada 1795 dan Singapura pada 1819.
¢ Ketiga-tiga pelabuhan ini diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas pada 1826 dan ia menarik pedagang asing, termasuk pedagang Cina dan India.
¢ Ketiga-tiga kelompok pedagang ini tinggal dalam penempatan yang berasingan dengan kegiatan ekonomi diidentifikasikan dengan kaum.
tiada interaksi ekonomi antara ketiga kaum utama ini (Melayu, Cina dan India).¢
¢ Keadaan ini berubah pada abad ke-19 apabila lebih ramai buruh asing, khususnya buruh Cina, India dan Jawa dibawa masuk untuk memajukan sektor perladangan (getah dan kopi) dan perlombongan.
Pada abad ke-20¢ pula British mula menyingkirkan penguasaan orang Cina dalam sektor perlombongan dan bidang komersil lain yang menguntungkan.
Buruh India dan Cina dibawa masuk dalam bilangan¢ yang besar untuk memajukan sektor perladangan getah dan bijih timah.
Ia dengan sengaja membawa kepada ekonomi duaan iaitu dua keadaan ekonomi yang berjalan serentak dalam satu waktu.¢
Kawasan pantai barat maju dengan tersedianya pelbagai kemudahan dan pantai timur pula menumpukan kepada tanaman sara diri.¢
Bentuk ekonomi ini membawa faedah kepada kebanyakan orang Cina yang menetap di bandar.¢
Orang Melayu terpinggir di luar bandar dengan kegiatan ekonomi sara diri (tanam padi dan buah-buahan).¢
¢ Ia disengajakan oleh British dengan harapan orang Melayu akan hasilkan tanaman untuk keperluan sendiri dan British juga tidak perlu mengimport beras dari luar.
Hubungan Etnik Pada Zaman Melaka sehingga abad ke- 17
¢ Melaka menarik ramai pedagang asing dan ia muncul sebagai pelabuhan kosmopolitan. Di sini wujud interaksi yang baik antara pedagang Melayu, Cina dan India.
Ini kerana kerajaan Melaka di bawah pemerintah¢ yang bijak menjalankan dasar pentadbiran yang adil dan ia memberi peluang kepada semua bangsa untuk menikmati keuntungan perdagangan di Melaka.
Kejayaan hidup bersama antara kesemua kaum ini dapat¢ diperhatikan daripada kewujudan penempatan seperti Bukit Cina dan perkahwinan orang tempatan dengan pedagang asing yang melahirkan baba peranakan India dan Cina.
Hubungan ekonomi antara ketiga kaum¢ (Melayu, India dan Cina) terjejas dengan kehadiran kuasa Portugis dan Belanda yang mula mengawal pelabuhan-pelabuhan utama Melayu seperti Melaka dan Betawi. Kuasa asing ini juga mengawal perdagangan antara pulau dan jalan laut utama antara India dan China.
Usaha-usaha diambil untuk memaksa kerajaan-kerajaan Melayu¢ tunduk kepada kuasa baru ini.
¢ Dasar monopoli yang diamalkan oleh kuasa Barat ini memaksa pedagang tempatan beralih ke pelabuhan-pelabuhan lain yang mengamalkan dasar perdagangan bebas.
Keadaan ini juga memaksa pedagang Melayu¢ berpindah ke kawasan pedalaman (hinterland) dan mereka terpaksa bekerja mengusahakan tanah.
Keadaan ini membawa kepada kemunculan kelas petani atau komuniti Melayu luar bandar yang mengusahakan tanah.¢
¢ Kekosongan yang ditinggalkan oleh orang Melayu di bandar kini diambil alih oleh orang India dan kemudian pada zaman British oleh orang Cina, Arab dan Eropah.
Hubungan Etnik Pada Abad Ke-18
Hampir kesemua kapitan Cina menjalinkan hubungan yang baik dengan British.¢
Dasar British Ini sebenarnya menjarakkan lagi status ekonomi Cina.¢
Hubungan Etnik Pada Abad Ke-19
Penglibatan orang Cina dalam ekonomi Negeri-negeri Melayu membawa kepada kerjasama ekonomi antara kaum Melayu dan Cina.¢
Ini dapat diperhatikan di negeri Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.¢
¢ Kerjasama antara saudagar Cina dan Melayu di Selangor bermula pada tahun 1846 iaitu pada zaman pemerintahan Raja Jumaat (1840-1854).
Saudagar Cina Melaka telah mendahulukan modal untuk memajukan lombong di Lukut.¢
Sebagai balasan saudagar Cina Melaka mendapat sebahagian keuntungan yang diperolehi oleh Sultan dari lombong Lukut.¢
Kerjasama Orang China –Melayu Di Johor
¢ Kerjasama ini bermula apabila Temenggong Johor, Temenggong Ibrahim menggalakkan orang Cina membuka tanah untuk mengusahakan tanaman lada dan gambir.
Di bawah sistem Kangcu yang diperkenalkan di Johor,¢ seorang ketua Cina yang dipanggil Kangcu atau raja sungai ditempatkan untuk mengawal setiap batang sungai di tempat ladang-ladang terbuka.
Kangcu akan menerima surat kuasa dari Temenggong untuk membuka ladang, mengawasi tanaman dan memungut cukai¢
Kesan Dominasi Langsung Orang Cina Dalam Perlombongan
¢ Selepas pedagang Cina dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam perkembangan ekonomi Negeri-negeri Melayu, peranan elit pemerintah Melayu hanya dihadkan kepada pengutipan cukai eksport dan import dan urusan memperuntukkan konsesi kepada pelabur.
Dengan bermulanya¢ pentadbiran British, peranan ini telah diambil alih oleh British dan orang Cina kini boleh melangkaui (bypass) pemerintah Melayu untuk berurusan dengan pentadbir British
Kaum¢ Cina juga bekerja sebagai kontraktor pembuat jalan, landasan keretapi, sebagai peniaga runcit dan pekedai. Mereka juga menjadi orang tengah dalam perniagaan.
Kaum¢ Cina kekal sebagai komuniti yang berdikari dan mampu diri. Pada masa itu, rata-rata tidak menganggap Tanah Melayu sebagai negara mereka
Abad ke-18 juga adalah zaman kedatangan buruh India yang mula menetap di Negeri-negeri Selat.¢
¢ Ada yang datang sebagai pegawai polis, tentera dan pesalah yang dibawa dari India untuk bekerja sebagai buruh dalam Jabatan Kerja Raya.
Ada juga pedagang India yang terlibat dalam¢ perniagaan di Negeri-negeri Selat.
¢ Selepas pengenalan sistem Residen di Negeri-negeri Melayu pada 1874, ramai orang India yang direkrut dalam sektor keselamatan Negeri-negeri Melayu (NNM) seperti Malay States Guides, polis dan juga dalam pembinaan jalan dan landasan keretapi.
Bilangan buruh India ketika ini amat¢ kecil tetapi ia bertambah pada penghujung abad ke- 19 dengan perkembangan pesat sektor perladangan getah.


Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Pada Abad Ke-20
¢ Abad ke-20 adalah era yang menyaksikan perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu dan penglibatan bukan Melayu, khususnya kaum Cina dalam ekonomi milik British.
Kaum India pula menyumbangkan tenaga yang besar¢ dalam sektor perladangan dan sebilangan kecil dalam pentadbiran dan sebagai buruh kasar dalam sektor perladangan dan perlombongan.
¢ Kebanyakan orang Melayu pula adalah di luar bandar dan mereka yang berpendidikan bekerja makan gaji dalam sektor pentadbiran kerajaan.
¢ Pada awal abad ke-20 kaum Cina menjadi pemilik utama lombong-lombong utama dan hanya pada 1930-an dengan peningkatan penggunaan teknologi, bangsa Eropah mula mengambilalih dominasi orang Cina dalam sektor ini
Kedudukan ekonomi Cina telah cuba dipulihkan¢ pada zaman Darurat (1948-1960) iaitu apabila berlaku ancaman komunis.
¢ kerajaan telah mendirikan kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai “kampung-kampung baru” (New Villages) di bawah rancangan Briggs.
¢ Hubungan Orang Melayu dengan India dari sudut ekonomi agak baik pada awal abad ke-20. Ini adalah berasaskan hubungan orang Melayu golongan peminjam wang India (Chettiar).
Hubungan ini menjadi renggang pada¢ 1930-an apabila orang India membuat tuntutan politik supaya mereka diberikan lebih banyak keistimewaan.
Kedudukan ekonomi buruh India amat teruk pada zaman pendudukan Jepun.¢
Ramai yang telah dibawa ke sempadan negeri Thai untuk membina landasan keretapi maut.¢
¢ Pada zaman Darurat, 1948-1960, tuntutan pekerja bertambah dan ramai buruh India telah menyertai kesatuan sekerja anjuran anjuran Parti Komunis India. Pada Mei 1947, buruh India telah menuntut supaya mereka diberikan upah yang sama dengan buruh Cina.
¢ Tuntutan-tuntutan lain adalah tempat kerja yang selesa, bekalan kemudahan asas dan perlantikan guru sekolah di estet.
¢ Berdasarkan kemajuan ekonomi yang di alami oleh ketiga-tiga kaum pada abad ke-20, amat jelas konsentrasi ketiga-tiga kaum ini juga berbeza.
Kaum Cina juga mewakili separuh dari penduduk bandar semua negeri Semenanjung kecuali Kelantan, Trengganu dan Perlis.¢
¢ Orang Melayu pula tertumpu di kawasan luar bandar yang berkait dengan pertanian sebagai contoh di kawasan pantai barat. Pada tahun 1947, hanya 14% orang Melayu menetap di bandar, sedangkan Cina mewakili 54% dan India 39%.
Kaum India sebahagian besar tinggal di luar bandar dan¢ mereka yang menetap di bandar tertumpu di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Selepas Merdeka: Latar Belakang Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Perlembagaan Merdeka 1957 dan Senario Selepas Merdeka
Perlembagaan Merdeka¢ menyaksikan dominasi politik Melayu diinstitusikan. Pada tahun 1955 dan 1956 UMNO, MCA dan MIC telah berkompromi dibawah satu persetujuan (social contract) yang dikenali sebagai “persetujuan bersejarah” (historic bargain).
¢ Melalui persetujuan ini orang Melayu bersetuju kewarganegaraan akan diberikan kepada orang bukan Melayu yang berkelayakan dan sebagai balasan bukan Melayu bersetuju mengakui hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.
Semua kompromi ini kemudiannya dimaktubkan¢ dalam Perlembagaan Persekutuan 1957.


Walaupun semua kehendak dipersetujui sewaktu perlembagaan diterima tetapi selepasnya ia adalah satu senario yang berbeza.¢
Isu-isu sensitif terus dibangkitkan oleh parti-parti pembangkang dalam pilihanraya 1963 dan 1969.¢  Pada akhir tahun-tahun 1960-an, perasaan tidak puas hati dan kemuncaknya ialah Tragedi 13 Mei.¢ ¢ Ia seterusnya membawa kepada pemansuhan Parlimen, penubuhan Majlis Gerakan Nasional (MAGERAN) dan pengenalan prinsip Rukunegara bagi mengukuhkan perpaduan negara.
Pada awal 1970, Dasar Ekonomi Baru¢ (DEB) diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
Antara 1970-1990, DEB menunjangi¢ pembangunan negara dan ia berusaha untuk membasmi dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Dalam Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Kedua (1961-1965)
Rancangan Malaya Pertama¢ bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menumpukan kepada sektor luar bandar;
Mempelbagaikan keluaran pertanian supaya negara tidak hanya bergantung kepada pengeluaran getah¢
Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan.¢
Dasar pembangunan kerajaan Perikatan selepas merdeka adalah untuk membawa kemajuan ekonomi kepada semua rakyat Tanah Melayu¢
Pada waktu ini tidak banyak wang yang diperuntukkan¢ untuk perbelanjaan pembangunan ekonomi.
Hampir separuh dari perbelanjaan dihalakan kepada pertahanan dan keselamatan dalam negeri (bagi membendung ancaman komunis).¢
Status Ekonomi Melayu
Untuk membantu orang Melayu di luar bandar kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi;¢
¢ RIDA (Rural Industrial Development Authority) berfungsi untuk memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur.
FELDA (Federal Land Development Authority)¢ pada 1956 untuk membuka dan memajukan tanah baru secara besar-besaran bagi pertanian dan penempatan
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar¢ Bandar pada 1959, satu Kementerian yang secara khusus menjaga hal-ehwal luar bandar ditubuhkan.
FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) pada 1965.¢
¢ 1961 Jawatankuasa Pembangunan Kampung ditubuhkan bagi melibatkan orang Melayu secara langsung dalam proses perancangan dan pelaksanaan program pembangunan.
Bank Bumiputera ditubuhkan pada 1965 dengan modal¢ sebanyak RM20 juta untuk berperanan sebagai institusi yang boleh membekalkan kredit serta khidmat nasihat kepada peniaga bumiputera.


Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967 untuk menggembling tabung simpanan Melayu.¢ Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu ditubuhkan pada 1967 sebagai urursetia bagi golongan kapitalis Melayu.¢
Status Ekonomi Cina
¢ Kedudukan ekonomi Cina amat teguh selepas merdeka disebabkan kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuan-persatuan Cina untuk mengumpul modal.
¢ Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu kaum Cina mengumpul modal dan mengukuhkan modal di kalangan komuniti mereka.  ¢ Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di bandar yang telah mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan yang baik.
Status Ekonomi India
¢ Dasar kerajaan yang baru merdeka untuk mengambilalih ladang-ladang milik pengusaha asing mempunyai kesan yang serius ke atas buruh eset.
Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang mereka¢ dan meninggalkan negara.  ¢ MIC telah cuba menyelamatkan nasib buruh-buruh India dengan membeli ladang-ladang kecil dengan menubuhkan National Land Finance-Co-operative Society Lmtd (NLFCS) pada 1960. MIC dan NLFCS telah mendesak kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal penjualan estet yang luasnya melebihi 100 ekar.
Antara 1961-1969, NLFCS telah membeli 18 estet.¢
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Sejak Tragedi 13 Mei 1969 Hingga 1990
Tun Razak menyedari bagi membangun¢kan ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan perbalahan kaum. ¢ Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan pada 1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan ia menyaksikan penyertaan lebih banyak parti politik dan mengurangkan politiking.
Tujuan utama rancangan ini adalah¢ untuk memperteguhkan sokongan orang Cina. Ia adalah strategi politik yang digelar sebagai “ethnic corporatism”.
Status Ekonomi Melayu
Pembangunan ekonomi sebelum Tragedi 13 Mei adalah dibawah Rancangan Malaysia Pertama (RMP) (1966-1970).¢  Ia ingin wujudkan perpaduan rakyat dan wujudkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.¢ ¢ Ingin mengurangkan kadar pengangguran, membangunkan ekonomi luar bandar dan mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada getah dan bijih timah.
Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan timbulnya¢ masalah perbalahan kaum adalah disebabkan ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara kaum
Pembahagian buruh seperti yang¢ disaksikan pada zaman penjajahan berterusan pada tahun-tahun 1960an. Adalah didapati golongan yang paling menganggur ialah orang Melayu dan ini diikuti oleh orang India.
Dalam sektor pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki 1%¢ pelaburan dalam perniagaan berdaftar.¢ Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang lebih menyeluruh bagi kesemua kaum mula diperkenalkan dan ia dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB).


DEB diharapkan dapat menyusun semula masyarakat Malaysia¢ dengan harapan kegiatan ekonomi tidak lagi diidentifikasikan dengan kaum seperti yang diperhatikan pada zaman penjajahan.
DEB berkembang dibawah Rancangan Malaysia kedua, 1971-75; Ketiga 1976-1980; Keempat 1981-1985 dan Kelima, 1986-1990.¢
Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan Malaysia sehingga 1990 ialah;
¢ untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi strategi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dari segi fungsi ekonomi,¢
¢ memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.
¢ Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan negara.
Kerajaan¢ memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah ekonomi.
Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada berniaga sebagai individu kepada kumpulan.¢
¢ Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara untuk melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaum India yang ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000.
Majlis ini telah¢ menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan nasib orang India dibawah Dasar Pembangunan Nasional yang akan menggantikan DEB.
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Di bawah Dasar Pembangunan Nasional (1990-2000) dan Wawasan Negara (2001-2010)
DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.¢  ¢ Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk muncul sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad ke-21
Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan¢ yang baik bagi memajukan kesemua kaum di Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB memang mempunyai kelemahan.
Adalah menjadi¢ tanggungjawab kerajaan dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana komuniti.







Sejarah Penubuhan UMNO

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.
Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.
UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.
Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.
Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu.
Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.
Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato’ Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.
UMNO lahir atas kesedaran dan kehendak para perwakilan yang menghadiri Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama pada 1 – 4 Mac 1946.
Selepas Kerajaan Jepun menyerah Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat.
Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu.
Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.
Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka
UMNO lahir atas kesedaran dan kehendak para perwakilan yang menghadiri Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama pada 1 – 4 Mac 1946.
Selepas Kerajaan Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, kerajaan British telah menghantar bala tenteranya untuk menguasai semula Semenanjung Tanah Melayu, dan serentak membawa perubahan redikal terhadap pemerintahan negeri-negeri Melayu. Melalui tipu hela, Raja-raja Melayu telah dipengaruhi supaya menandatangani perjanjian dengan Harold MacMicheal bagi menyerahkan kuasa pemerintahan serta kedaulatan kepada Kerajaan British. Negeri-negeri Melayu bersama Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah Kesatuan Malaya atau Malayan Union dan ditadbirkan sebagai jajahan takluk British.
Apabila cara pemerintahan baru di Semenanjung Tanah Melayu diumumkan di Parlimen British pada 10 Oktober 1945, maka orang-orang Melayu dari Perlis ke Singapura, melalui persatuan masing-masing, berkumpul dan bersuara membantah penubuhan Malayan Union. Satu perhimpunan besar-besaran yang pertama telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.
Ketetapan yang telah dipersetujui di Kongres tersebut adalah:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO
2. Membantah Penubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
Suatu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyediakan Piagam atau Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau UMNO, dan Perlembagaan itu telah diterima oleh perhimpunan yang bersidang di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 dan pada tarikh tersebut UMNO selamat dilahirkan dengan rasminya.
Perjuangan UMNO yang pertama adalah membangkang penubuhan Malayan Union. Melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu dan Majlis, suara orang Melayu menentang Malayan Union dapat diketahui. Pemimpin UMNO berjaya menasihatkan Sultan-sultan melayu supaya tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union yang pertama, Edward Gent, dan secara simbolik memanifestasikan kemarahan dan bangkangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union.
Dua bulan selepas wujudnya Malayan Union, Kerajaan British telah mengubah pendirian dan bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil UMNO dan Sultan-sultan bagi mewujudkan satu kerajaan persekutuan baru. Rundingan ini berlangsung hingga 21 Januari 1948 apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan wakil kerajaan British yang mengembalikan semula kuasa-kuasa dan kedaulatan Sultan-sultan. Secara rasmi Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1 Februari 1948.
Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan termasuk Yang Di Pertua UMNO, Dato Onn bin Jaafar yang telah diberi tanggunjawab sebagai Ahli (Member) Hal Ehwal Dalam Negeri. Semasa memegang jawatan itu, Dato Onn telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau Rural and Industrial Development Authority (RIDA) yang bertujuan membantu orang-orang Melayu mencebur dalam bidang perusahaan. Pemerintahan di peringkat Negeri pula adalah di bawah kuasa Menteri Besar dibantu oleh Penasihat British.
Pada bulan Jun 1948 pengganas dari parti Komunis Malaya telah melakukan pembunuhan liar dan pembinasaan terhadap harta awam dan persendirian menyebabkan Kerajaan Persekutuan mengisytihar Darurat pada 16 Jun 1948. Bagi menghadapi ancaman komunis ini, UMNO telah menggembelingkan tenaga orang Melayu lelaki dan perempuan supaya menyertai pasukan bersenjata termasuk polis khas dan pengawal kampong.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengandungi peruntukan berkenaan pilihanraya umum bagi membolehkan rakyat memilih wakil-wakil mereka ke Dewan Perundangan dan seterusnya memerintah sendiri sebagai negara merdeka.
Langkah pertama yang dilakukan oleh UMNO adalah berkerjasama dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) bagi merebut kerusi pilihanraya majlis tempatan, iaitu Majlis Munisipal Kuala Lumpur pada tahun 1951. Kerjasama ini telah membawa kejayaan cermerlang dan dengan sokongan yang diberi kemudian oleh Kongres India Malaya (MIC) maka satu gabungan parti yang diberi nama Perikatan (Alliance) telah ditubuh bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama pada 27 Julai 1955 yang berkesudahan dengan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan. Yang diPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik menjadi Ketua Menteri dan Menterinya terdiri dari wakil rakyat yang dipilih dan juga pegawai pentadbir British yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.
Dengan kejayaan cermerlang yang dicapai oleh Parti Perikatan, dalam pilihanraya 1955, UMNO terus berazam untuk mendapatkan kemerdekaan penuh. Rundingan demi rundingan telah diadakan di London di antara wakil-wakil Perikatan yang diketuai oleh Yang DiPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, wakil-wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil Kerajaan British dan akhirnya persetujuan telah tercapai bagi kemerdekaan Tanah Melayu sebagai Negara yang merdeka dan berdaulat mulai pada 31 Ogos 1957.
Pada 27 Mei 1961 Tunku telah mencadangkan supaya ditubuhkan Melayu Raya dengan merangkumi, Borneo Utara (Sabah), Brunei, Sarawak dan Singapura dan konsep ini diterima baik oleh hampir semua pihak. Suruhanjaya peninjau (Cobbold Commission) dan penyiasat dari Bangsa-bangsa Bersatu telah membuat laporan positif dan setelah diadakan rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat, maka Negara Malaysia yang terdiri dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura wujud dengan rasminya pada 16 September 1963. Singapura keluar dari Malaysia hamper dua tahun kemudian dan menjadi sebuah Rupublik pada 9 Ogos 1965.
Sebagai Negara merdeka dan berdaulat, UMNO menjadi tulang belakang dalam Kerajaan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional, dan tidak putus-putus bergerak untuk mengisi makna kemerdekaan. Usaha membangunkan negara dalam semua bidang dimulakan dengan wujudnya Rancangan Pembangunan Jangkapanjang dan Rancangan pembangunan bagi tiap-tiap lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-60) hinggalah Rancangan Malaysia Ke-7 bagi 1996-2000.
Tujuan utama Rancangan pembangunan negara adalah, di antara lain, meningkatkan taraf politik dan sosio-ekonomi rakyat, menentukan kesalamatan rakyat dari ancaman musuh baik dari dalam atau luar negari, memperkembangkan ekonomi negara dan menyediakan prasarana yang berkesan.
Pilihanraya umum bagi memilih wakil rakyat untuk Dewan Perundangan Persekutuan telah diadakan pada tahun 1955 dan untuk Dewan Rakyat pada tahun 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 dan 1995. Pilihanraya juga diadakan bagi memilih ahli untuk Dewan-dewan Undangan Negeri.  Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menang dengan cemerlang setiap kali diadakan pilihanraya Persekutuan dan berjaya memegang teraju pemerintahan berturut-turut semenjak 195Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menang dengan cermerlang setiap kali diadakan pilihanraya Persekutuan dan berjaya memegang teraju pemerintahan berturut-turut semenjak 1955.
 Kejayaan ini adalah disebabkan oleh keazaman pimpinan dan anggota UMNO dan sokongan rakyat jelata umumnya terhadap dasar dan program yang disediakan oleh UMNO dan rakan-rakannya. Ahli-ahli UMNO sebagai pengamal dan penyokong demokrasi, memilih pemimpin mereka di peringkat Cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi dan persidangan perhimpunan agong juga diadakan tiap-tiap tahun bagi membolehkan ahli-ahli mengetahui perjalanan parti, menentukan dasar-dasar dan mengesan pembangunan negara.
Salah satu agenda tuntutan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946 ialah penguasaan orang-orang Melayu ke atas ekonomi negara sendiri yang ketika itu berada di tangan penjajah dan kaum Cina.
Tanah Melayu ketika itu (termasuk Singapura) yang mempunyai penduduk 4.91 juta merupakan bumi yang dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan alam seperti bumi yang subur dan hasil bumi yang berharga.
Ekonomi Tanah Melayu pada 1947 bersandarkan kepada getah dan bijih timah di mana 89 peratus daripada pendapatan negara bergantung kepada kedua-dua komoditi ini. Keluaran Negara Kasar Sebenar (RGDP) adalah RM2,982 juta dan dua tahun kemudian meningkat kepada RM3,027 juta, bertambah sebanyak 1.5 peratus.
Bagaimanapun Perang Korea yang meletus pada 1950 telah membawa nikmat kepada penanam getah dan pelombong timah serta ekonomi Tanah Melayu. Purata pertubuhan ekonomi negara dari 1947 hingga 1960 adalah pada kadar 4.5 peratus.
Apabila Tanah Melayu merdeka pada 1957, kepimpinan UMNO dan kerajaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra selaku Perdana Menteri pertama memilih dasar ekonomi pasaran bebas tetapi terpimpin dan memperkenalkan berbagai program pembangunan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat.
Ia bermula dengan rancangan pembangunan lima tahun yang dimulakan dengan Rancangan Tanah Melayu Pertama (1956-60) dan Rancangan Tanah Melayu Kedua (1961-65) dan kemudiannya diteruskan oleh Rancangan Malaysia Pertama (RMK 1-1966-70) RMK 2 (1971-75) dan seterusnya RMK7 yang dilancarkan pada Mei 1996.Bagi membangunkan penduduk luar Bandar, kerajaan melaksanakan Rancangan Pembangunan Luar Bandar dengan membina jalan-jalan raya, bekalan api dan air, sekolah-sekolah, klinik, masjid dan berbagai kemudahan lagi.
Namun satu masalah sosio-ekinomi yang diwarisi sejak zaman penjajah ialah di tahun-tahun awal kemerdekaan, kedudukan ekonomi yang dicerminkan mengikut kaum iaitu orang-orang Melayu menjadi petani, orang-orang Cina menguasai perdagangan dan perindustrian serta perlombongan manakala orang-orang India menjadi buruh di lading-ladang getah.
Terpinggirnya orang-orang Melayu daripada penguasaan ekonomi Negara menimbulkan kebimbangan di kalangan orang-orang Melayu, khasnya ahli-ahli UMNO. Oleh itu merekamenganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputra yang pertama pada 1965 dan Kongres Ekonomi Bumiputra kedua tiga tahun kemudian. Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap masa depan mereka mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah itu telah melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DBE) yang dianggap satu dasar kontroversi tetapi penting.
Di bawah DEB, masyarakat Malaysia disusunsemula supaya 30 peratus kekayaan Negara berada di tangan orang-orang Melayu, 30 peratus di tangan orang asing dan 40 peratus di tangan kaum Cina. Apabila kepimpinan Negara diterajui oleh Datuk Seri Dr Mahathir, Malaysia mula memberi perhatian khusus kepada proses mengubah struktur ekonomi dengan memberi penekanan kepada sector perindustrian dan perdagangan
Dengan itu kerajaan memperkenalkan dasar PersyarikatMalaysia bagi mengatasi masalah birokrasi yang tidak sensitif terhadap dunia perniagaan dan program pembangunan. Di bawah dasar ini sector awam dan swasta menjadi rakan kongsi untuk membangunkan ekonomi Malaysia.


Di awal kepimpinannya Dr Mahathir berusaha memecah tembok psaikologi rakyat Malaysia, khasnya orang-orang Melayu yang terbelenggu dengan kepercayaan ‘kita tidak boleh membuat walaupun jarum’, dengan melancarkan projek perindustrian berat Negara yang dimulakan dengan projek kereta nasional, Proton.
Sehingga Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi bermula 1083, ekonomi Malaysia masih bergantung kepada sector pertanian dengan getah, kelapa sawit, balak, selain timah menjadi bahan eksport utama. Di waktu inilah kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan bagi meningkatkan kecekapan syarikat-syarikat milik kerajaan di samping mengurangkan beban kerajaan yang menanggung syarikat tidak menguntungkan dengan gaji kakitangan yang basar. Sejak itu sehingga 1995, pertubuhan ekonomi Malaysia terus kukuh pada kadar purata 8 peratus setahun.
Pentadbiran Dr Mahathir telah menganjurkan Wawasan 2020 yang akan membawa Malaysia menjadi Negara maju pada tahun 2020.
Menjelang usia UMNO 50 tahun, dunia menyaksikan bagaimana Malaysia bertukar menjadi salah satu naga Asia Timur. Saranan Datuk Seri Dr Mahathir untuk mewujudkan Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) adalah untuk menjamin kurun ke-21 merupakan abad rantau ini. Tidak syak lagi, Malaysia akan terus menjadi sebuah Negara yang berpengaruh di dunia dengan kedudukan ekonomi yang kukuh.


SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA PADA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
IMBASAN PEMERINTAHAN KERAJAAN DAHULU
Kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini.
Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka.Kemerosotan Melaka juga memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan Brunei, Sulu dan Aceh bangkit menegakkan pengaruh dan kekuasaan masing-masing. Pada zaman kemuncaknya, kewibawaan Brunei dan Sulu meliputi kawasan-kawasan tertentu di Sabah dan Sarawak.
PEMERINTAHAN JEPUN
Pada 8 disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kota Bharu,Kelantan. Selepas dua hari askar-askar Jepun mendarat, kapal Prince of Wales dan kapal Repulse tenggelam akibat dimusnahkan oleh tentera Jepun. Tentera British terpaksa berundur ke selatan menuju ke Singapura.Menjelang 31 Januari 1942, selepas 55 hari bermulanya pencerobohan tentera Jepun, tentera Jepun sudah berjaya menguasai keseluruhan Tanah Melayu dan bersiap sedia untuk menyerang Singapura.
Selepas beberapa pertempuran, Leftenan-Jeneral Arthur Ernest Percival dan askar-askar British menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada 15 februari1942.
Sifat benci pihak Jepun terhadap kaum Cina sedikit sebanyak telah menyebabkan konflik antara kaum Cina dan Melayu di Tanah Melayu.Pada masa itu penduduk kaum Cina yang tertindas melarikan diri ke hutan memasuki pasukan Malayan Peoples Al Japanese Army (MPAJA) yang diasaskan oleh pihak Komunis
DARURAT
Selepas tentera Jepun menyerah diri, gerilagerila komunis keluar dari hutan dan mengambil alih kuasa di beberapa kawasan. Namun demikian dalam beberapa minggu berikutnya pihak pentadbiran Tentera British (BMA) telah mengambil alih kuasa bagi kerajaan British. PKM cuba mendirikan sebuah negara komunis di Tanah Melayu. Dengan itu anggota PKM mina meresapi pelbagai pertubuhan politik, belia clan kesatuan sekerja di samping bergiat cergas dalam PKM yang masih sah ketika itu.
Setelah merasakan perjuangan cara politik telah gagal, PKM mengalih corak perjuangan dengan pemberontakan bersenjata, iaitu sejajar dengan prinsip perjuangan Mao Tse Tung yang lebih yakin kepada perjuangan kekerasan bersenjata.PKM Chin Peng melancarkan keganasan mulai pertengahan tahun 1948. Mereka membunuh pengurus-pengurus bangsa Eropah, memusnahkan pokok getah dan lombong, menyerang balai-balai polis dan anggota-anggota pasukan keselamatan. Untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu, mereka menjalankan operasi bumi hangus.


Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara mulai tahun 1948. PKM juga diharamkan.Kerajaan mengambil langkah untuk memerangi komunis di seluruh negara antaranya dengan menyelaras gerakan ketenteraan, menempatkan semula orang-orang Cina ke kampung-kampung baru, memperkenalkan kad pengenalan, perintah berkurung, menjalankan perang saraf dan operasi psikologi, selain meningkatkan keberkesanan pengumpulan inteligen tentang komunis. Suatu Cawangan Khas yang diletakkan di bawah kawalan Pasukan Polis ditubuhkan.
MALAYAN UNION
Ditubuhkan pada 1 april 1946 dan gabenor malayan union yang pertama ialah sir edward gent.
syarat –syarat malayan union:
-penduduk malaya diberi taraf sama dengan semua kaum
-kerakyatan bedasarkan jus soli.
-penukaran gelaran sultan kepada president
mendatangkan kemarahan orang melayu kerana:
-sir harold macmichael memaksa sultan menandatangani malayan union
-mengurangkan kuasa sultan
-melonggarkan kerakyatan kepada imigran yang telah menetap di tanah melayu terutamanya etnik cina.parti united malays national organisation(umno) telah ditubuhkan oleh dato onn jaffar pada 1 mac 1946 untuk menentang penubuhan malayan union. malayan union telah digantikan dengan persekutuan tanah melayu.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Tentangan yang hebat daripada UMNO terhadap Malayan Union berjaya memaksa British membubarkan Malayan Union.Untuk mengelakkan kekacauan berlaku, British mengadakan perjumpaan dengan UMNO dan Raja-raja Melayu. Pada bulan Julai 1946,suatu jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal satu perlembagaan baru. Hasilnya, suatu perlembagaan yang baru dipanggil sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan tersebut telah ditentang oleh AMCJA yang merupakan persatuan bukan Melayu dan PUTERA iaitu sebuah pertubuhan orang Melayu.Melalui AMCJA dan PUTERA, suatu Perlembagaan Rakyat digubal tetapi ditolak oleh British.Persekutuan tanah melayu ditubuhkan selepas malayan union dibubarkan.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar undang-undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.
Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
SURUHANJAYA COBBOLD
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 1961 Suruhanjaya in bertujuan untuk meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan gagasan Malaysia dan merangka satu perlembagaan baru. Suruhanjaya ini dipengerusi oleh Lord Cobbold. Suruhanjaya Cobbold mendapati bahawa lebih daripada 70% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju pembentukan gagasan Malaysia
PENYINGKIRAN SINGAPURA
Tindakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum bumiputra Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew .
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan . Akibatnya beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964 , kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.Tatkala itu 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos 1964,sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia
PERISTIWA 13 MEI
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang.
Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.
Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Malis Perundangan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.


SISTEM PARLIMEN MALAYSIA
Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk menjalankan sistem ini.
Terdiri daripada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu
• Perundangan,
• Kehakiman
• Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing.Kewangan, pertahanan, pelajaran,dan hal ehwal luar negara tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Terdapat juga bidang kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
RAJA BERPELEMBAGAAN
Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.Raja-raja menjadi ketua negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong:
1. Ketua Utama Negara.
2. Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.
Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
1.DEWAN NEGARA
Terdiri daripada seramai 70 orang ahliyang dikenalisebagai senator.Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
• 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
• 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
1)warganegara Malaysia
2)tidak kurang dari 30 tahun
3)waras fikiran
4)bukan seorang muflis
5)tidak mempunyai rekod jenayah
Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.
Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.
Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.
Jawatankuasa pemilihan Dewan Negara :
1)- Jawatankuasa Pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat.
2)- Jawatankuasa Pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa.
3)- Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis.
4)- Jawatankuasa Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata.
5)- Jawatankuasa Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat demikian.
2.DEWAN RAKYAT
Dewan Rakyat mempunyai seramai 219 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya umum. Setiap ahli Dewan
memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
            1)warga negara Malaysia
            2)tidak kurang dari 21 tahun
            3)waras fikiran
            4)bukan seorang muflis
            5)tidak mempunyai rekod jenayah
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.
Jawatankuasa pemilih Dewan Rakyat :
1)- Jawatankuasa pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh peraturan-peraturan mesyuarat.
2)- Jawatankuasa pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa.
3)- Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis.
4)- Jawatankuasa Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata.
5)- Jawatankuasa Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat demikian.

JAWATAN KUASA HAK DAN KEBEBASAN
Terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis.Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua dan jika tidak, dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan majlis Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, ia bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu.Jawatankuasa ini berkuasa unutk memanggil orang hadir dihadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari masa ke semasa.

SURUHANJAYA PILIHANRAYA

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. SPR dianggotai seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli(penubuhan). Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala Ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.
Penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Ahli ditambah kepada 3 orang. Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir. Y.Bhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan.

Tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi.
Tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak.
SPR membentuk sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.

Parti politik di Malaysia:
1.                            17 di Semenanjung.
2.                              8 di Sabah.
3.                               5 di Sarawak.
SENARAI PARTI POLITIK BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
            1. Barisan Nasional
            2. Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA)
            3. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM)
            4. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
            5. Parti Pusaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
            6. Parti Progresif Penduduk (PPP)
            7. Parti Perpaduan Rakyat Sarawak
            8. Parti Islam SeMalaysia (PAS)
             9. Parti Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA)
            10. Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
            11. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
            12. Parti Tindakan Demokratik
            13. Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK)
            14. Parti Bersatu Sabah (PBS)
            15. Parti Kongres Penyatuan Masyarakat
            16. Parti Liberal Demokratik-Sabah
            17. Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU)
            18. PKR .. Parti Keadilan Rakyat
            19. Parti Demokratik Setiasehati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA)
            20. Parti Maju Sabah (PMS)
            21. Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR)
            22. Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO)
            23. Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)
            24. Parti Demokratik Malaysia (MDP)
            25. Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (AMIPF)
            26. Parti Punjabi Malaysia (PPM)
            27. Parti Demokratik Progresif Sarawak SPDP
            28. Parti Wawasan Sabah
            29. PPBM..Parti Peribumi Bersatu Malaysia

            30. PAN .. Parti Amanah Nasional 

2 comments:



  1. RIKA ANDERSON LOAN COMPANY

    Keamanan sentiasa bersama anda. Adakah anda sedang mencari pinjaman? Atau adakah anda pernah dinafikan pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk satu atau lebih sebab? Syarikat Pinjaman RIKA ANDERSON adalah penyelesaian terbaik untuk kebebasan kewangan anda dan menjadikan 2017 anda berjaya dengan melawat PERKHIDMATAN PINJAMAN RIKA ANDERSON di mana anda boleh mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan impian anda tanpa tekanan dari {Minimum $ 5,000.00 hingga $ 20,000,000.00 maksimum} dan dapatkan pinjaman yang diluluskan Dalam tempoh 24 jam dengan syarat anda adalah tulen. Kami menawarkan semua jenis pinjaman dalam mata wang yang berbeza. Kami menyediakan pinjaman peribadi dan pinjaman kereta dari $ 1,500 hingga $ 25,000 † 10 JUTA PELANGGAN, Kami telah memperluaskan lebih daripada $ 120 bilion pinjaman kepada lebih dari 10 Juta pelanggan dan pelanggan kami menggunakan pinjaman kami untuk penyatuan hutang, bil isi rumah, pembaikan rumah, kereta pembelian, dan pembelian utama yang lain. Anda berada di tempat yang betul untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Kami menawarkan terma pinjaman dan pembayaran (1-10 tahun) untuk pembayaran balik. Jika ragu-ragu, sila hubungi Puan Aisyah Abdullah melalui aisyahabdula@gmail.com, salah seorang pelanggan baru-baru ini, dia akan memberitahu anda bagaimana kami meminjamkannya (5,000,000 RM) dalam masa kurang dari 48 jam. Kami menyediakan pinjaman kepada syarikat dan individu dengan kadar faedah tahunan yang rendah dan mampu dimiliki 1-3%. . Sila hubungi kami melalui talian perkhidmatan pelanggan kami, atau sila isi borang di bawah dan marilah kami membantu anda.
    Emai: rikaandersonloancompany@gmail.com
    Viber: +12676524965
    Twitter: rikadiananderso
    Instagram: rikaandersonloancompany

    DATA PEMOHON:
    1) Nama Penuh:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Jantina:
    5) Status Perkahwinan:
    6) Bekerja:
    7) Jawatan di tempat kerja:
    8) Pendapatan Bulanan:
    9) Nombor Telefon:
    10) Jumlah Pinjaman Diperlukan:
    11) Tempoh Pinjaman:
    12) Pinjaman Faedah:
    13) Agama:
    14) Pernahkah anda memohon sebelum ini;
    15) tarikh lahir;
    16) jika anda enggan memberikan alasan ........................................ ..
    Melihat ke hadapan untuk bertemu dengan anda ... Terima kasih.

    Mother Rika
    Email address: rikaandersonloancompany@gmail.com

    ReplyDelete
  2. e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663

    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia

    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    ReplyDelete