Saturday, February 28, 2015

TIGA CIRI UTAMA TANDA ORANG TAKBUR



TIGA CIRI UTAMA  TANDA ORANG TAKBUR

1.                  MERASA DIRI LEBIH BAIK.
2.                 2               SUKA MENGHINA  ORANG  LAIN
3.                 3             MENOLAK KEBENARAN

Ramai orang berkuasa terhenyak kebawah akibat takbur, banyak ilmuan terhina  kerana takbur,
Takbur juga adalah sebabnya kemusnahan  Iblis, Firaun, Qarun, Namrud, Abu lahab dan lain-lainnya..

Malangnya manusia seolah-olah tidak pernah belajar daripada sejarah, terus-terusa manusia takbur  kerana harta, kuasa, ilmu, keturunan dan nama. Padahal ikon-ikon takbur sudah terkubur ditelan bumi.seperti yang disebut namanya  tadi...
Benarlah DUNIA ini satu ujian . Ujian yang menzahirkan ketakburan dalam diri manusia itu sendiri.  Perihal diri kita terserlah apabila diberi kuasa, ilmu, harta , rupa dan nama..
Ketahuilah bahawa manusia terhina pada masa kini kerana ketakburannya pada Allah swt.
Hukum Allah dianak tirikan .. malah hukum daripada fikiran dan kepercayaan diri terus didahulukan ..konon kita lebih bijak daripada Tuhan..

Puncak ketakburan ialah  takbur kepada Tuhan .. Orang orang takbur lupa akan  kebesaran Allah  swt malah ia ingin menyaingi Allah swt.  Mungkin masa kini tidak ada lagi manusia yang berani mengaku diri nya Tuhan seperti Firaun dan Namrud. Akan tetapi tindak tanduk dan tingkah laku nya sangat menjurus kearah itu..
Barang diketahui bahawa takbut adalah hak mutlak Allah swt. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencabar-Nya. Orang yang takbur pasti lebur. Mereka akan musnah didunia dan akan terseksa diakhirat. Ini ditegaskan sendiri oleh-Nya berdasarkan sebuah hadis Kudsi :
 Daripada Abu Sa’ad al-khudri dan Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ‘ Allah berfirman, Kesombongan ialah selendang-Ku dan kebesaran ial;ah sarung-Ku , maka sesiapa bersaing dengan-Ku  pada salah satu daripada kedua-duanya ,maka pasti ku lemparkan ia kedalam jahanam’ ( Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah )

Jelas takbur adalah ibu segala sifat mazmumah : daripada sombong lahirnya marah, hasad, ujub, riak, sum’ah,tamak, bakhil dan sebagainya..  Kederhakaan pertama dalam kalangan makhluk terhadap khalik ialah ke engganan iblis dalam mematuhi perintah Allah swt untuk sujud hormat kepda Nabi Adam as.. Tidakkah ini disebabkan rasa takbur ? Iblis merasakan dirinya lebih baik dari Nabi Adam as. Hanya disebabkan dirinya dicipta dari apiberbanding Nabi Adam as. Yang diciptakan dari Tanah..Sindrom Ana khairun minhu ( aku lebih baik daripadanya ) ini akhirnya turut menular menjangkiti manusia..




Ada 9  tanda

1.      Tidak suka berdoa.
2.      Mudah terluka dan melukakan hati orang lain
3.      Sukar member dan meminta maaf
4.      Suka memotong cakap orang lain
5.      Gila kuasa dan jawatan
6.      Cara berpakaian dan bejalan dengan gaya angkuh
7.      Gila pujian
8.      Bencana yang menimpa orang lain @ pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya
9.      Tidak suka berziarah..
Kesan takbur
1.      Allah akan memalingkan hati orang yang takbur
2.      Tidak disukai Allah
3.      Terhalang daripada masuk syurga
4.      Jadi idaman neraka jahannam
5.      Terjerumus dalam maksiat
6.      Allah tidak akan memandang kepadanya.
Akibat buruk bersifat takbur.
1.      Tertutup pintu hati daripada hidayah dan kebenaran
2.      Dimurkai Allah dan dicampakkan keneraka
3.      Dibenci manusia dan terseksa didunia
Rasulullah saw bersabda.. yang bermaksud: ‘ Orang yang merendah diri akan diangkat Allah.. dan orang yang takbur akan dihina oleh Allah swt.. ( Riwayat Ibnu Mundah dan Abu Naib )
Punca takbur dalam urusan agama
1.. Ilmu
2. Amal

Punca takbur dalam urusan dunia .

1.      Teturunan ( salasilah )
2.      Kecantikkan @ tampan paras ruopa
3.      Kekuatan @ keperkasaan tubuh
4.      Kuasa
5.      Harta

1 comment: