ADAB-ADAB KETIKA BERADA DIDALAM
MASJID
MASJID adalah salah satu daripada tanda wujudnya umat Islam di
suatu tempat di muka bumi ini, kerana masjid adalah tempat pertemuan dan
merupakan salah satu tanda perpaduan umat Islam dan tempat mereka mengabadikan
diri kepada Allah s.w.t. Dan disitulah juga wujudnya orang-orang yang
bertaqwa dan bersaudara.
Sebagaimana firman Allah s.w.t. di
dalam Surah At-Taubah ayat 18 yang
tafsirnya :
" Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan)
masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan
hari melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah
diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat
petunjuk."
Masjid tidaklah dapat disamakan
dengan tempat-tempat lain seperti rumah-rumah persendirian, gedung-gedung
perniagaan atau pasar, kerana masjid adalah rumah Allah s.w.t. dan menjadi
tempat orang Islam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. Di samping itu ia
juga menjadi lambang kekuatan agama Islam dan kekukuhan umatnya. Masjid
juga adalah tempat kebajikan yang penuh dengan rahmat dan berkat.
Memandangkan masjid itu tempat mulia, maka sewajarnya kita memelihara
kemuliaannya dengan sebaik-baiknya dengan tidak melakukan sebarang
pencemaran atau kekotoran di dalamnya.
Sebagaimana kita dilarang masuk
ke masjid dalam keadaan berbau busuk, sama ada daripada bau pakaian ataupun
mulut, perkara ini ada dijelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim,
dari Jabar telah berkata : Rasulullah s.a.w. telah melarang dari memakan
bawang. Kemudian kami berhajat untuk memakan bawang tersebut lalu kami pun
memakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Barang siapa yang memakan
dari pohon ini, maka janganlah
mendekati masjid kami, sesungguhnya pada
malaikat akan
merasa
terganggu ( kerana baunya ) sebagaimana manusia
terganggu daripada bau
tersebut."
Oleh yang demikian, kita
hendaklah menjaga kebersihan diri sebelum pergi ke masjid, kerana para
malaikat akan terganggu sebagaimana kita manusia juga terganggu jika terdapat
bau busuk dan kotoran. Setiap umat Islam hendaklah menggunakan rumah Allah
s.w.t. kerana dengan berbuat demikian mereka akan mendapat kedudukan yang
tinggi di sisi Allah s.w.t. Orang yang beriman hendaklah mengagungkan rumah
Allah s.w.t. kerana menggunakannya bermakna ia mengagungkan Allah s.w.t.
Jelas kepada kita bahawa orang-orang
berkunjung ke masjid itu dengan bertujuan melakukan ibadah adalah merupakan
tetamu-tetamu Allah s.w.t. yang sentiasa mendapat rahmat, penghormatan dan
kemuliaan Allah lebih-lebih lagi mereka yang melakukan i'tikaf. Kita
sebagai umat Islam yang menjdi tetamu Allah s.w.t. yang mahukan kesempurnaan
dalam beribadat, maka hendaklah menjaga sopan santun, sentiasa bertatatertib
dan memelihara adab-adab ketika berada di masjid, seperti sentiasa berdiam diri
iaitu tidak membuat bising, tidak bercakap-cakap, tidak membicarakan hal-hal
yang berkaitan dengan keduniaan, tidak melakukan sesuatu yang tidak baik yang
mengotorkan kesucian dan merosakkan kehormatan masjid.
Perkara memelihara sopan santun dan
tatatertib ini ditimbulkan adalah sebagai satu langkah bagi mengatasi
masalah-masalah yang telah dihadapi oleh masjid-masjid dinegara ini seperti
kejadian membuat bising dan berteriak-teriak, bergurau semasa sembahyang,
bercakap semasa khutbah, berlari-lari dan berkejar-kejar di dalam masjid dan
sebagainya.
Jelas dilarang oleh agama Islam dan
tidak sepatutnya dibiarkan berterusan, kerana perbuatan ini boleh mengganggu
perasaan khusyuk orang yang mengerjakan sembahyang, membaca Al-Qur'an, berzikir
dan sebagainya.
Maka bagi menjamin kesempurnaan
ibadah para jamaah, ibubapa mempunyai peranan untuk mengawasi tindak-tanduk
anak-anak mereka supaya akan dapat menjaga dan memelihara adab-adab
kesopanan mereka semasa berada di dalam masjid sebagaimana yang dianjurkan oleh
agama Islam. Akhirnya marilah kita sama-sama memelihara kemuliaan dan
kehormatan masjid dari segala gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan
keselesaan beribadah. Mudah-mudahan kita mendapat limpahan rahmat dan taufik
dari Allah s.w.t. jua. Amin.
Jelas dilarang oleh agama
Islam dan tidak sepatutnya dibiarkan berterusan, kerana perbuatan ini boleh
mengganggu perasaan khusyuk orang yang mengerjakan sembahyang, membaca
Al-Qur'an, berzikir dan sebagainya. Maka bagi menjamin kesempurnaan ibadah para
jamaah, ibubapa mempunyai peranan untuk mengawasi tindak-tanduk anak-anak
mereka supaya akan dapat menjaga dan memelihara adab-adab kesopanan mereka
semasa berada di dalam masjid sebagaimana yang dianjurkan oleh agama Islam.
Akhirnya marilah kita
sama-sama memelihara kemuliaan dan kehormatan masjid dari segala
gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan keselesaan beribadah. Mudah-mudahan
kita mendapat limpahan rahmat dan taufik dari Allah s.w.t. jua. Amin.
Melalui
orang sedang solat di bahagian hadapan adalah hal yang dilarang dalam agama.
Dalilnya
adalah hadis muttafaqun ‘alaihi berikut ini: Rasulllah SAW bersabda, “Seandainya orang
yang lalu di hadapan orang yang sedang solat mengetahui tentang dosanya, maka
pastilah menunggu selama 40 lebih baginya dari pada lalu di hadapannya.
(HR Bukhari dan Muslim) Salah seorang perawi hadis, Abu An-Nadhr,
berkata, “Aku tidak tahu apakah maksudnya 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun
Maka agar kejadian seseorang
lalu di hadapan kita yang sedang solat tidak terjadi, alangkah baiknya bila
kita tidak solat di ‘jalanan’ yang kemungkinan akan dilalui orang.
Caranya, kita pasang pembatas
dengan meletakkan benda-benda tertentu di depan kita. Misalnya batas sajadah,
atau buku, tas, tongkat, pensil atau apapun. Dengan adanya batasan itu, maka
orang-orang akan tahu bahawa mereka tidak boleh berjalan di situ. Kalau hendak
melaluinya, maka silahkan lalu di luar batas yang sudah dibuat.
Kalau anda suka
memperhatikan perilaku sebahagian orang, mungkin anda pernah mendapati mereka
apabila melakukan solat sunnah, bergerak mendekati tiang atau tembok.
Sebenarnya ini juga termasuk bentuk menghindarkan diri dari dilalui orang lain.
Tembok atau tiang itu adalah batasan yang tidak boleh dilalui. Dan ada dalil
dari sunnah nabawiyah yang menganjurkan hal ini, sebagaimana diriwayatkan oleh
Al-Imam Muslim.
Janganlah kalian solat
kecuali menghadap sutrah (pembatas) dan jangan perbolehkan seseorang lalu dihadapanmu
(HR Muslim) Dari Abi Said Al-Khudri ra berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,
“Apabila kalian solat maka gunakan ke sutrah (pembatas) dan hendaklah dekat dan
jangan membiarkan seseorang lalu di tengahnya. (HR Abu Daud, Ibnu Majah,
Ibnu Hibban dan haditsi ini hasan) Dari Sahal ra bahwanabi SAW bersabda,
“Apabila kamu solat dengan menggunakan sutrah maka mendekatlah dan jangan
sampai dipotong syaitan. (HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban dan Al-Hakim.
Hadits shahih)
Para ulama menuliskan dalam
banyak kitab fiqih bahwa batas jarak itu adalah 3 zira’ (hasta). Sehingga bila
jarak antara orang solat dengan pembatas itu lebih dari hasta, maka dianggap
boleh dilalui dan tidak ada dosa buat yang lalu di depannya. Ukuran jarak 3
hasta ini oleh para ulama dianggap berlaku juga bila tidak ada pembatas.
Sehingga lalu di depan orang solat asalkan sudah berjarak 3 hasta dianggap
tidak melanggar larangan.
Dari Abu Sa’id Al-Khudriy berkata : “Aku mendengar Rasulullah
bersabda : “Jika salah seorang dari kalian sedang solat dengan
mengahadap sesuatu yang menutupinya (sutrah), dan ada seseorang yang hendak
lalu di hadapannya maka tahanlah, jika menolak maka tahanlah dengan kuat, kerana
sesungguhnya itu adalah syaitan.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dari hadis di atas boleh
kita ambil kesimpulan :
a. Haram
lalu di hadapan orang yang sedang solat
b. Wajib
menjauhkan diri dari lalu di hadapan orang yang sedang solat kerana ancaman
ini.
c. Disyari’atkannya
solat menghadap sutrah agar dapat
menjaga solatnya dari
terputus dan kurang.
d. Disyari’atkan
mendekatkan ke sutrah agar boleh menghalangi
orang hendak lalu di
hadapannya.
e. Lalu
di depan orang solat adalah termasuk perbuatan syaitan yang menginginkan
untuk merosakkan ibadahnya manusia dan
mengganggu dalam solat mereka.
No comments:
Post a Comment