Solat
sunat yg sering dilakukan Rasulullah saw antaranya ialah solat sunat sebelum
solat subuh.. sebanyak dua rakaat..
Daripada
Aisyah : Tidak ada solat sunat yang lebih dipentingkan oleh Rasulullah saw
selain dua rakaat sebelum solat subuh. ( Riwayat Tirmizi dan Muslim )
Rasulullah
saw bersabda " Dua rakaat sebelum subuh itu lebih baik daripada dunia dan
seisinya ( " Riwayat Ahmad, Muslim , Tirmizi dan An-Nasa'i )
Baginda
memendekkan bacaan surah al-Quran dalam kedua-dua rakaat itu seperti
diceritakan oleh Hafshah: Rasulullah mengerjakan solat dua rakaat sebelum subuh
dirumahku dan Baginda memendekkan bacaan surahnya. Nafa' mengatakan Abdullah
dan Ibn Umar juga memendekkan bacaan solat sunat dua rakaat sebelum subuh ini (
Riwayat Bukhari dan Muslim )
Solat
sunat zohon ada empat rakaat iaitu dua rakaat sebelum dan dua rakaat sesudahnya
berdasarkan hads Ibn Umar katanya Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan
solat dua rakaat sebelum solat zohor dan dia rakaat sesudahnya, dua rakaat
sesudah solat maghrib dan dua rakaat sesudah Isyak dan dua rakaat sebelum solat
subuh .. kesemuanya 10 rakaat ( solat sunat
rawatib ) Riwayat Ahmad ) Ada juga riwayat menyebutkan solat sunat zuhur itu
ada lapan rakaar . hadis daripada UMMU Habibah , beliau bercerita Rasulullah
saw bersabda : Sesiapa yang solat sunat empat rakaat sebelum zuhur dan empat
rakaat sesudahnya , maka Allah mengharamkan dagingnya dari sentuhan api neraka ;
( Riwayat Ahmad, At-Tirmizi , Ibn Majah , Abu Dawud dan Baihaqi )
Adakala
Rasulullah saw melaksanakan solat sunat dua rakaat dan adakala empat rakaat.
Ada
juga pendapat mengatakan Baginda memendekkan solat sunat dimasjid dua rakaat
sedangkan dirumah Bagnda sentiasa mengerjakan empat rakaat .
Pada
kesempatan lain Baginda juga pernah mengerjakan solat sunat dua rakaat dirumah
lalu bertolak kemasjid dan mengerjakan solat sunat dua rakaat . Mungkin
disebabkan itu Ibnu Umar hanya melihat Baginda mengerjakan solat sunat dua
rakaat dimasjid tanpa mengetahui baginda sudah menunaikan solat sunat dua
rakaat dirumahnya..
Sementara
Aisyah pernah menyaksikan kedua-duanya baginda menunaikan solat sunat dimasjid
mahupun dirumah.
Jika
solat sunat empat rakaat dibolehkan dengan satu salam tetapi yang lebih afdal
adalah setiap dua rakaat diakhiri dengan salam
Baginda
sering mengerjakan solat sunat sesudah solat maghrib dan solat Isyak . Solat
sunat yang disebutkan adalah solat sunat muakkkad iaitu diberi penekanan dan mendapat
pahala lebih. Solat sunat kurang diberikan penekanan iaitu empat rakaan sebelum solat asar atau
sekurang-kurangya dua rakaat sebelum solat asar.
Rasulullah
saw bersabda " Diantara setiap dua azan ( azan dan iqamah ) itu terdapat
solat sunat. Seterusnya solat sunat dua rakaat sebelum maghrib seperti sabda
Baginda Rasulullah saw : Solat lah sebelum solat maghrib , dan untuk kali
ketiga Baginda bersabda bagi sesiapa yang menghendaki .
Kerana
dibimbangai akan dijadikan oleh ramai
orang sebagai sunnah' ( Riwayat al-Bukhari ).
Solar
sunat dua rakaat sebelum solat Isyak.
Rasulullah
saw bersabda " Diantara setiap dua azan ( azan dan iqamah ) itu terdapat
solat sunat. " Diantara setiap dua azan ( azan dan iqamah ) itu terdapat
solat sunat. , dan untuk kali ketiga
Baginda bersabda bagi sesiapa yang menghendaki ( Riwayat Jamaah )
No comments:
Post a Comment