Sunday, February 9, 2014

Dosa mengumpat

 
Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat dalam hadis Baginda. Sabdanya yang bermaksud:

“ Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara
yang dibencinya ”
( Hadis riwayat ‘ Muslim ‘ )

Oleh kerana buruk dan hinanya mengumpat , ia disamakan seperti memakan bangkai saudaranya seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudarnya sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar malah antara dosa tidak akan diampunkan Alla swt biarpun pelakunya benar-benar bertaubat . Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat itu tidak mengampunkan maka selagi itulah dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan diakhirat kelak.
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai perbuatan dosa. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya!
Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin dan janganlah kamu mengintip keaiban , sesungguhnya sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya maka Allah akan mengintip keaibannya dan dia akan memdedahkannya , meski pun dia berada dalam rumahny sendiri ”
( Hadis riwayat Abu Daud )

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering ”

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau terhapus seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak meninggalkan apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili: Diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan nya walaupun ia tidak pernah dilakukan didunia tercatit dibuku catatannya. Maka dia berkata kepada Allah :
“ Wahai Tuhanku dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini?. Sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan ( pahala ) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui ”.

No comments:

Post a Comment