MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah
Mandi Wajibnya? Jangan Pandang Remeh Bab ni..... Assalamualaikum, Berkongsi
sedikit ilmu… dari JAKIM. Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan
perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat
Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya
dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.
Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang
itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah
Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais
Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas
kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat
Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi
tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan
air keseluruh anggota badan yang zahir.
Apabila mandi wajib tidak sah,
ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya
jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di
rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . Mandi wajib yang juga sebagai
mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap
orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak
mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat.
Kedua , menghilangkan najis dibadan.
Ketiga , meratakan air keseluruh
anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar
kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat
itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2
bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan
yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas
nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau
ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota
badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah
memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota
badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga
tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2,
iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais,
menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak
dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang
ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit,
rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika
rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke
dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung
pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di
dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam
kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian
bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu
pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula
selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu
diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.
Oleh itu, seseorang yang mewarnakan
rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah
membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna
itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu
sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang
yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan
menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan
inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut
rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula
ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh
JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi
tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi
wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal
ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti
yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi
wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib
mandi wajib pula, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.
3 sebab melibatkan lelaki dan
perempuan iaitu
1.bersetubuh walaupun tidak keluar
air mani,
2.keluar air mani
3. mati.
Manakala 3 sebab lagi hanya
melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu
1.keluar darah haid,
2.nifas
3. melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2
dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan
tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya
mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu
mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala
tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan :
1.
Agar wajah selalu segar,
berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan
langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah
sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2.
Untuk menghilangkan stress,
perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita
mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir
dan do’a.
3.
Untuk pelembab, agar awet muda,
gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa
bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya
Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula
akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4.
Untuk punya bibir cantik, bisikkan
kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak
menyombongkan diri atau takbur.
5.
Agar tubuh langsing, mulus, diet
yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat,
lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan
halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6.
Untuk mengembangkan diri, sebarkan
salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan
banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13 Inilah dia rahsia
as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru
tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya
memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika
mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya,
sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang
indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam
kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air
dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika
menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung
panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab
bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir
di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding
api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam
kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan
Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa
orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab
mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th
” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam. “Sampaikanlah pesanku
biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi
manafa’at kepada manusia lain…
No comments:
Post a Comment