Wednesday, January 30, 2013

PAKAIAN DAN PERCAKAPAN CERMIN PERIIBADI

PAKAIAN DAN PERCAKAPAN CERMIN PERIIBADI

Umat Islam diperintahkan Allah dan Rasulnya sentiasa menjaga maruah diri, keluarga jiran dan masyarakat seluruhnya daripada perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yangsuci serta banyak mengundang kemurkaan Allah swt
Firman Allah swt dalam surah at_tahrim ayat 6.. bermaksud:-

“ Hai orang yang beriman peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab
api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari tulang belulang orang-orang kafir dan
batu berhala”


Firman Allah swt dalam surah al_Baqarah ayat 195..

“ Dan jangan kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan dan berbuat baik
Kerana sesungguhnya Allah swt menyukai orang yang berbuat baik”

Maruah seseorang dapat dinilai dalam 3 aspek.
1. Cara berpakaian
2. Cara percakapan
3. Cara pergaulan
Jika elok ketiga-tiga ini , maka kita akan dikatakan ada harga diri dan bermaruah daripada pandangan masyarakat..serta mulia disisi Allah swt.

Firman Allah swt dalam surah al_A’raf ayat 26. Bermaksud:-

“ Wahai anak Adam! Sesungguhnya kami sudah menurunkan kepada kamu ( bahan
untuk ) pakaian untuk menutup aurat kamu,dan pakaian prhiasan, dan pakaian
takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda
( limpah kurnia ) Allah ( dan rahmatNya kepada hambaNya ) supaya mereka
mengingatiNya ( dan bersyukur )”

No comments:

Post a Comment