Sunday, December 2, 2012

 
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu". "Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

1 comment:

  1. 1) DOA MEMPEROLEH ISTERI DAN ANAK-ANAK YANG BERTAQWA :
    (SURAH AL-FURQAN AYAT 74)

    لِلمُتَّقينَ إِمامًا وَاجعَلنا أَعيُنٍ قُرَّةَ وَذُرِّيّٰتِنا أَزوٰجِنا مِن لَنا هَب رَبَّنا
    "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

    2) DOA MENDAPAT ANAK YANG BERAKHLAK MULIA DAN MENGHORMATI IBU BAPA : (SURAH AL-AHQAF AYAT 15)

    "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

    3) DOA MENGEKALKAN KASIH-SAYANG SUAMI/ISTERI/ANAK YANG TERPISAH AGAR TERTAMBAT HATI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN :
    (SURAH ALI-'IMRAN AYAT 200)

    تُفلِحونَ لَعَلَّكُم اللَّهَ ا وَاتَّقُوا وَرابِطوا وَصابِروا صبِرواامَنُواالَّذينَ يٰأَيُّهَا ء
    Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

    4) DOA KASIH-SAYANG/PELEMBUT HATI SUAMI/ISTERI/ANAK-ANAK :
    (SURAH TAHA AYAT 1-5)

    (1) Thaahaa (2) Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; (3) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (4) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (5) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.


    5) DOA MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH : (SURAH AL-A'RAF AYAT 23)

    "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

    6) DOA MEMOHON RAHMAT DAN PIMPINAN ALLAH :
    (SURAH AL-KAHFI AYAT 10)

    "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

    7) DOA MENDAPAT HIDAYAH BERKEKALAN DARIPADA ALLAH :
    (SURAH ALI-'IMRAN AYAT 8)

    "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya".
    Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara
    1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
    2. Tiup dalam air dan minum.
    3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

    Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya

    ReplyDelete