Sunday, December 2, 2012

Ciri2 inginkan kebahagian .


Ciri2 inginkan kebahagian .. ia ada beberapa bab.. yang perlu dilaksanakan

1.. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu
utk membaca ,kerana membaca itu sumber hikmah
2.. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan
waktu tertawa. kerana tertawa itu musiknya jiwa
3.. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu
utk berfikir, kerana berfikir itu

pokok kemajuan
4.. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu
utk meramal ,kerana beramal itu pangkal kejayaan.
5.. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu
utk bersenda,kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
6.. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu
beribadat,kerana beribadat itu adalah ibu dari segala
ketenangan jiwa..

Untuk mencapai apa yg di impikan kita hendaklah menghijrahkan diri kepada jalan kebaikan
Ummah harus hayati roh perpindahan/Hijrah Rasulullah saw.
Untuk membina kegemilangan Islam

Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat atau berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari satu sudut istilah pula , hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.

Ia berdasarkan daripada Abdullah bin habsyi bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:-
“ Orang yang berhijrah ialah orang yangmeninggalkan apa-apa
yang dilarang oleh Allah swt.” ( Riwayat Abu Dawud )

Oleh itu maknanya hijrah difahami sebagai perpindahan daripada suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya:- Meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Pada asasnya peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad saw akan tetapi turut dilakukan nabi yang lain atas perintah Allah swt.
Nabi Ibrahim as umpamanya diperintahkan Allah swt berhijrah ke satu tempat seperti firman-Nyadalam surah ( al-Ankabut ayat 26 )

Ertinya :- “ Selepas Nabi Lut as beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku , sesungguhnya Dia-lah juga yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Selain Nabi Ibrahim , Nabi Musa juga diarahkan berhijrah kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda.

Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ketempat Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa. Begitu juga Nabi Noh yang diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.

Bagaimana pun dalam kontek pada hari ini , hijrah yang disambut setiap tahun lebih kepada memperingati peristiwa penghijraahan Rasulullah saw dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah .
Peristiwa hijrah itu menyingkap satu perjuangan yang patang menyerah atau mengaku kalah disamping ia menjadi garisan pemisah antara kebenaran dan kebatilan.
Ia juga di-ibaratkan satu jambatan yang menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Rasulullah saw iaitu, diMakkah selama 13 tahun dan kedua, diMadinah selama 10 tahun.

Ia bermakna Rasulullah saw berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan , malah hijrah memberikan harapan dan membayangkan keberhasilan perjuangan pada masa depan.
Justeru , hijrah adalah tonggak perjuangan sangat bermakna. Hijrah juga fajar kemenangan yang menentukan kemenangan demi kemenangan perjuangan Nabi Muhammad saw. Dan para sahabat yang berhijrah menyahut panggilan dan keimanan .

Hijrah itu berlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman , pasti kita akan beras berat untuk meninggalkan keluarga , sanak saudara , kampung halaman dan kota kelahiran.

Dalam kontek hijrah masa kini sebenarnya hijrah mengajak manusia supaya taat kepada perintah pemimpin, selagi apa yang disuruh itu tidak melanggar batas syariat.
Seseorang yang pada awalnya begitu lemah imannya kemudian berubah menjadi seorang yang taat kepada suruhan agama ia adalah berjaya melakukan penghijrahan pada dirinya, walaupun pahit dan berbagai halangan yang ditempuh kita perlulah bersabar dalam menghadapi semangat roh hijrah itu sendiri.

Firman Allah swt dalam surah ali-Imran ayat 39

Pengertianya;-
“ Janganlah kamu berdukacita , pada hal kamu adalah kaum
yang cemerlang jika kamu benar-benar beriman .”

No comments:

Post a Comment