Tuesday, November 27, 2012

BAB KEJIRANAN


BAB KEJIRANAN
Islam menggalakkan menusia berjiran,berkenal-kenalan, diantara satusama lain. Dapat bantu membantu dan juga berusaha untuk menghindarkan daripada sebarang bahaya. Rasulullah saw menjelaskan bahawa Jibrail sering datang kepada Baginda Rasulullah saw dan berpesan supaya selalu berbuat baik kepada jiran.

Mengikut al-Quran , surah al-Nisa ayat 36, jiran itu terbaha

gi kepada 3 kategori.

1. Jiran yang seagama dan ada hubungan keluarga
2. Jiran yang seagama tetapi tiada hubungan keluarga
3. Jiran yang berlainan agama

Ketiga-tiga jenis ini mempunyai tanggungjawab tertentu yang ada masanya sama dalam semua hal dan ada kalanya tidak sama

TANGGUNGJAWAB KEJIRANAN
Islam menganjurkan umatnya berbuat baik dengan jiran. Amalan tersebut amat dituntut dan diberi ganjaran pahala dan kebajikan sebaliknya amalan yang menyakiti jiran merupakan suatu tegahan yang patut dielakkan. Ada beberapa tanggungjawab yang patut dilaksanakan olej setiap anggota masyarakat terhadap jiran.

1. Amar Maarof Nahi Mungkar.

Sabda rasulullah saw.yang bermaksud
“ Sesiapa diantara kamu melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ia mengubahnya
dengan tangan ( kuasa ) jika tidak berkuasa , hendaklah ia mengubahnya dengan
lidah ( nasihat ) jika tidak berkuasa juga maka hendaklah ia mengubah dengan
hatinya ( berdoa )itu lah selemah-lemah iman” Riwayat Muslim

2.Mengambil berat perkara kebajikan dan sosial

• Memberi pertolongan apabila jiran meminta tolong
• Jika ia meminta hutang kerana kesempitan , berilah hutang kepadanya

3.Bebas dan selamat dari nacaman terhadap jiran

• Menghilangkan rasa ketakutan jiran dari segi tingkah laku,gaya dan kata-kata
• Mengelakkan dari buruk sangka jiran terhadap tetamu, suasana dan barang milik kita
• Memberikan pertolongan sekiranya diperlukan
• Membantu dalam kerja-kerja
• Gembira diatas kejayaan jiran dan keluarganya

TATASUSILA KEJIRANAN

• Hendaklah mengucapkan salam bila bertemu
• Menjauhkan sikap buruk sangka
• Memaafkan segala kesalahan dan keterlanjuran
• Bersikap lemah lembut dan elakkan mencari-cari kesalahan dan mencampuri urusan mereka
• Apabila ia sakit kunjungi dan ziarahi jiran itu
• Mengucapkan takziah apabila diterima kesusahan
• Mengucapkan tahniah apabila ia mendapat sesuatu kejayaan
• Jika ia meninggal dunia iringilah jenazahnya hingga kekubur
• Jangan membina bangunan yang tinggi sehingga menghalang angin masuk kerumahnya kecuali dengan izinnya
• Jangan sakiti hati jiran dengan bau masakan kecuali kamu memberikan sedikit kepadanya

Harus diingat bahawa memutuskan hubungan silaturahim hukumnya haram.. Menyakti sama ada perasaan atau pada jasadnya, hukumnya haram dan berdosa.

Dalam Islam jika ada dua orang yang tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari kerana sesuatu sebab atau pergaduhan maka kedua-dua pihak itu berdosa

Apa yang berlaku kepada orang Islam hari ini ialah mereka kurang pengetahuan tentang tanggungjawab terhadap jiran.

CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

• Kerja secara berkumpulan
• Sentiasa berbincang dan mesyuarat
• Selalu mengadakan majlis ilmu
• Membina ukhwah dan bersikap prihatin

KESIMPULAN

Apabila sesebuah mesyarakat mengamalkan hidup bersatu padu bekerjasama saling memahami dan bertoleransi kita semua akan mendapat kerahmatan dan keredaan Allah swt seterusnya dapat merealisasikan perpaduan dalam masyarakat

BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH...

No comments:

Post a Comment