Tuesday, July 3, 2012

10 PERANGKAP SYAITAN HANCUR KAN MANUSIA


10 PERANGKAP SYAITAN HANCUR KAN  MANUSIA

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan  ke dalam diri manusi sebenarnya ada kaitan nya dengan sifat2 mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan manusia sehari2..
Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau pun tidak kita telah menyediakan tempat atau ruang kepada syaitan untuk dia menapak dalam diri ..
Apabila syaitan telah menjadi raja didalam diri seseorang itu maka akan berlakulah apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu dan telah menjadi sebati dalam hati.. 

Kerana Hati ada lah anugerah kurniaan istimewa dari Allah swt kepada manusia.. dan apabila syaitan telah meresapi kedalam hati manusia, maka mula lah hati itu sedikit demi sedikit akan goyah dan syaitan dengan senang meresap dan menguasai tunjang didalam badan manusia itu
Berlumba2 lah syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia itu.. mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah swt..
Firman Allah swt dalah surah an-Nisa’ ayat 120-121..

“ Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka.
  Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka.
  Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperolehi tempat untuk
  lari daripadanya”

Beruntunglah  golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu..

Pertama: Melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia . Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan..
Kedua:    Melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperolehi adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan kejalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajiban berzakat atau bersedekah.
Ketiga:    Melalui sifat takbur dan bongkak.. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila bila masa saja. Allah swt berfirman dalam surah an-Nahl ayat 23.

Sesungguhnya dia tidak menyukai orang yang takbur.
Keempat: Melalui khianat. .. Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian , perkongsian dan sebagainya..( tiada amanah )
Kelima: Sifat yang tidak suka menerima ilmu dan nasihat.. Junjungan Rasulullah saw selalu menasihati para sahabat Baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan keempat daripada kalangan manusia yang dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
Keenam : Sifat hasad.. melalui sifat hasad . Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan . Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:  Hindarilah kamu daripada sifat hasad , kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu yang kering “ ( riwayat Bukhari dan Muslim )

Ketujuh: Sifat Ego. Melalui sifat suka meremehkan orang lain. Maka manusia selalunya akan lahirlah perasaan dirinya sudah sempurna , jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain akan dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
“ Tiga kelompok manusia tidak boleh dihina kecualai orang munafik ialah
1.      Orang tua muslim
2.      Orang yang berilmu
3.      Imam yang adik                                  ( Riwayat - Muslim )

Kelapan: Sifat Ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: “ Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah swt itu bukan orang yang bersenang-senang saja “ ( Riwayat Abu Naim dan Muaz buin Jabal )

Kesembilan: Sifat angan-angan . Melalui sifat suka berangan-angan ia akan menjadi malas.. sebab Islam adalah anti malas. Orang yang berat tulang utntuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah swt dan manusia. Mereka ini suka berangan-angan dan lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi daripada berusaha , mereka amat malas berusaha untuk mencapai cita-cita , maka ia adalah tergolong orang-orang yang rugi.

Kesepuluh: Sifat buruk sangka.. Melalui sifat ini seseorang yang suka berburuk sangka atau menuduh orang lain tanpa diselidiki terlebih dahulu ia amat dicela oleh Islam.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :  Nanti aka nada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya “                                                                                  ( Riwayat Muslim )
Oleh itu barang siapa yang menahan lidahnya daripada membahaskan perangai manusia, Allah akan membatalkan ( kakinya ) daripada tergelincir ( keneraka ) pada hari kiamat kelak..
Dan barang siapa mempermudahkan orang sedang dalam kesusahan . Allah akan mempermudahkan urusannya didunia dan diakhirat.

No comments:

Post a Comment