Tuesday, July 31, 2012

HARI RAYA AIDILFITRI & PUASA SUNAT 6 SYAWAL


HARI RAYA AIDILFITRI

Hari raya Aidilfitri termasuk hari kebesaran dalam Islam.

Hadis Nabi Muhammad  saw.
            Bermaksud.  Sesungguhnya hari Jumaat itu, ialah penghulu
                                sekelian hari yang terbesar disisi Allah , lebih besar daripada hari Raya Aidil Adha 
                    dan hari raya Aidilfitri.

Pengertian Aidilfitri.
Aidilfitri ialah hari kembali kepada fitrah ( suci ) tidak ada dosa. Setengah pendapat  pula mengenali Aidilfitri ialah hari fitrah ( membayar fitrah ) yang membawa maksud menyucikan diri.

Setiap manusia tidak terlepas dari membuat dosa, betapa kasihnya Allah swt kepada hamba-hambanya yang bertaubat dan beramal soleh. Dosa-dosa yang dilakukan .
Dosa kepada Allah swt, dosa sesama manusia dan dosa dengan mahluk Allah.

Dosa kepada Allah ditebus dengan amalan puasa dan sembahyang Tarawikh.
Dosa tubuh badan ditebus dengan zakat fitrah manakala,
Dosa sesama manusia meminta maaf diatas kesilapan dan memohon halal yang berkaitan dengan harta benda.

Harus bergembira dihari raya Aidilfitri.
Kerana telah selesai berpuasa selama sebulan.

Hadis Nabi Muhammad saw.

Maksud nya                Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan,
                                    Pertama:- ketika berbuka dan,
                                    Kedua ketika dengan Tuhannya.

Firman Allah swt dalam surah  al-A’laa  ayat 14-18 .
Maksudnya:-

“Sungguh bahagia orang yang suci dan menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang, akan tetapi kamu sekelian lebih mengutamakan kehidupan didunia. Sedangkan akhirat itu lebih baik dan lebih abadi.”

Hikmah hari raya Aidilfitri.

“  Sesungguhnya hikmah hari raya didunia ini ialah merupakan peringatan terhadap hari raya di akhirat. Mari kita lihat golongan-golongan manusia dihari raya, ada diantara mereka yang pergi dengan berjalan kaki, ada yang menaiki kenderaan, dan sebagainya. Sebahagiannya ada yang berpakaian dan ada sebahagiannya tidak berpakaian ( yang dimaksudkan disini tidak berpakaian ialah tidak menutup aurat )  Ada sesetengahnya berpakaian yang mahal-mahal ( pakaian kemegahan ) dan ada sesetengahnya berpakaian biasa dan ada sebahagiannya yang bermain lagi ketawa kegembiraan dan ada sebahagiannya ada yang menangis menderita, itulah ragam didunia.  Sesungguhnya itu semua mengingatkan kepada perjalanan dan gambaran kita dihari Qiamat nanti.”

Amalan-amalan hari raya Aidilfitri.

Ada beberapa amalan yang perlu kita lakukan bagi memeriahkan lagi suasana hari raya  tersebut kesemuanya ada 17 perkara.

1.                  Amalan perjalanan balik kampung
“ Niatkan untuk mencari keredhaan dan kemaafan Ibubapa”

Hadis Nabi Muhammad saw. “Memuaskan hati Ibubapa itu
 sebaik-baik pintu syurga yang disediakan

2.                  Menziarahi kubur sebelum terdengarnya takbir raya.
3.                  Bertakbir  ( takbir Mursal ) pada malam hari raya pertama ( selepas solat maghrib )
4.                  Membayar zakat fitrah.
( Hukum waktu membayar zakat fitrah )
Harus -                  Sepanjang bulan Ramadan
Sunat -                  Pada malam 1 syawal ( malam raya )
Wajib -                  Sebelum sembahyang hari raya
Makruh -              Selepas sembahyang hari raya
Haram -                Selepas sembahyang Asar.

5.                  Menghidupkan malam hari raya dengan Qiamullail seperti
·         Sembahyang tahajud,
·         Sembahyang taubat
·         Sembahyang hajat
·         Sembahyang Tasbih
·         Dan lain-lain

6.                  Sembahyang subuh berjemaah.
7.                  Mandi sunat Aidilfitri
8.                  Sunat makan sebelum pergi sembahyang hari raya Aidilfitri.
9.                  Sunat memakai pakaian yang baru dan berwangi-wangian, tanda syukur dan gembira dihari raya.
10.              Sunat berjalan kaki menuju tempat sembahyang sambil bertakbir, pergi mengikuti jalan lain dan pulang mengikut jalan lain.
11.              Sembahyang sunat Aidilfitri.
12.              Mendengar Khutbah hari raya dengan sempurna.
13.              Selepas selesai mendengar khutbah disusuli membaca tahlil beramai-ramai untuk arwah-arwah dan memperbanyakkan berdoa.
14.              Bermaaf-maafan.
Bermaaf-maafan kepada kedua Ibubapa bagi anak-anak, isteri kepada suami, adik-adik kepada abang dan yang muda kepada yang tua.
Hadis Nabi Muhammad saw.
“Bermula keredhaan Allah itu pada keredhaan Ibubapa.
  Dan marah Allah itu pada marah Ibubapa”.
  
15.              Memperbanyakkan amal mulia dan bersedekah.
Orang-orang yang utama menerima sedekah
·         Anak-anak yatim
·         Fakir miskin
·         Miskin/kurang upaya
·         Fisabillillah

16.              Mengunjungi kaum kerabat dan rakan taulan dengan niat bermaafan dan menyambung silaturrahim.
17.              Berpuasa sunat enam ( 6 ) hari dibulan Syawal.
Hadis Nabi  Muhammad saw.

“Barangsiapa yang puasa bulan Ramadan kemudian di ikuti
 dengan enam hari puasa sunat pada bulan Syawal maka ia
 bagaikan orang berpuasa sepanjang masa
                 
Afdal qada  ( hutang )  puasa bulan Ramadan  sebelum mulakan puasa sunat 6 syawal
Hukum puasa sunat 6 syawal adalah sunat.
Puasa sunat 6 syawal bermula dari 2 syawal hingga akhir bulan syawal
Haram puasa sunat pada 1 syawal

Dari Abu Hurairah ra.” Nabi saw melarang puasa pada hari iadilfitri dan
aidiladha”                                                         ( Hadis sahih  al-Bukhari )

Syarat dan adab bagi puasa sunat 6 syawal adalah sama seperti puasa wajib Ramadan.
Adalah digalakkan puasa tersebut dibuat secara terputus ( tidak  berturut-turut ) asalkan jumlah nya 6 hari cukup sebelum berakhir bulan syawal.

Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa 6 syawal berdasarkan firman Allah wst dalam ( surah Ali-Imran ayat 133 ).

“ Dan bersegeralah kamu kepada ( mengerjakan amal yang baik untuk mendapat )
   keampunan dari Tuhan kamu, dan ( kea rah mendapatkan ) syurga yang bidangnya
   seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa”

Ada  2  pendapat cara melaksanakan puasa sunat 6 syawal.

Pendapat pertama.

Oleh melakukan nya berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga kebulan syaaban akan dating. Aisyah berkata :

“ Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya
   kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk ( melayan ) Rasulullah saw.
                                                                                                                 ( sahih Muslim )
Ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah , sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw. Aisyah tudak melaksanakan puasa sunat 6 Syawal  Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat 6 Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.

Pendapat kedua.

Tidak boleh melakukannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat 6 Syawal itu sendiri yang bermaksud:-

“ Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan 6 hari puasa
   sunat dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun ”

Rasulullah mengst=yaratkan berpuasa Ramadan terlebih dahulu kemudian barulah mengiringinya dengan 6 hari puasa sunat dalam bulan Syawal .Ini menunjukkan puasa sunat 6 Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkanpuasa Ramadan. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan maka ia perlu mengqadakan terlebihbdahulu barulah diiringi dengan puasa sunat 6 Syawal.

Pendapat yang kedua ini ika ditelitikan ia lebih rajik ( kuat )  kerana menepati dalil puasa sunat 6 Syawal itu sendiri, selain itu membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada member sedekah yang sunat.

Namun jika seseorang itu tidak berkesempatan  ( disebabkan keuzuran ) untuk melakukan qada puasa Ramadan dan berkeyakinan ia dapat melakukan qada puasa Ramadan sebelum Ramadan akan dating maka pendapat pertama boleh diterima berdasarkan apa yang dikakukan oleh Aisyah.

Menurut Imam An-Nawawi , Mazhab malik , Abu Hanifah, Asy-Syafie , Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan :-

“ Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan
   haid dan musafir maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak
   disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya ”

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini:

“ Seseipa yang tertinggal puasa Ramadan sunat dia mengqadakannya secara berturut-
   turut dan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melakukan puasa sunat”

Sementara pendapat menggabungkan puasa qada dan puasa sunat 6 Syawal dan akan diberikan ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu , berlaku khilaf dikalangan ulama. Sebahagiannya berpendapat tidak boleh  mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu lain atau dengan puasa sunat lain. Jika dilakukannya  maka puasanya  itu tidak sah , tidak bagi yang fardu atau pun sunat.

Selepas dikaji pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu itu tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu lakukanlah dua ibadah puasa ini ( fardu dan sunat ) secara berasingan kerana sebagai hamba yang tunduk kepada Allah memperbanyakkan amalan bertaqarrub dengan memisahkan diantara yang wajib dan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri mencari keredaan Tuhannya.

Amalan sunat adalah sebagai penampal kepada kekurangan dalam amalan wajib ( fardu ) sempurnakanlah dahulu qada beberapa hari yang tertinggal , kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya yang wajib dimasa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerasa sibuk dengan puasa wajib  diharapkan Allah akan memberikan ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.

Sabda nabi saw. Yang bermaksud:-

“ Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir ( beliau tidak dapat melakukan
   amalan yang biasa dilakukannya ) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan
   yang biasa dilakukannya  sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat ”
                                                                                                            ( Sahih Al-Bukhari )




No comments:

Post a Comment