Saturday, June 9, 2012



AKHLAK YANG MULIA PALING BERAT TIMBANGANNYA

KEMULIAAN akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah saw. Bermaksud:  

‘ Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak ’

Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang …Jika sekiranya akhlak nya buruk maka ia tidak dikira orang yang beriman.

Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 177.

‘  Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka kepihak timur dan barat ,tetapi kebajikan itu adalah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat . dan segala malaikan dan segala kitab dan sekelian nabi dan mendermakan nya seseorang akan hartanya sedangkan dia menyayanginya kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba abdi.

Rasulullah pernah ditanyamengenai apa kah itu agama? Bagnda menjawab ‘ Kemuliaan akhlak
Husnul Khuluq “  Apabila ditanya mengenai kejahatan, Baginda menjawab “ Akhlak yang buruk “ Su’ul Khuluq

Akhlak mulia yang dimiliki seseorang adalah amalan yang paling berat dalam timbangan pada hari khiamat nanti .. Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya .. Rasulullah saw bersabda..

 “ Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba pada hari
    khiamat selain akhlak yang baik
       Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi

Dalam Islam akhlak yang mulia lahir daripada pelbagai ibadat yang dilakukan. Tanpa hasil ini tinggallah ibadat sebagai upacara dan gerak geri yang tidak memiliki nilai dan tidak membawa sebarang faedah

No comments:

Post a Comment