Friday, December 9, 2011

Hijjaz - Zikir Lazim

2 comments:

  1. 3 perkara untuk meningkatkan iman..
    1- Berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan perkara yang berfaedah
    2- Berpegang teguh kepada Allah dalam segala pekerjaan tanpa perasaan lemah atau mundur.
    3- Menerima segala keputusan Allah dengan rela hati tanpa sungutan sedikit pun

    ReplyDelete
  2. BERZIKIR ( mengingati Allah )dan membaca ayat suci al-Quran
    mempunyai banyak berkatdan fadhilat.Ia juga antara usaha paling
    mujarab bagi melindungai diri daripada sebarang bahaya dan
    kejahatan sama ada manusia , jin atau pun syaitan ketika dalam
    perjalanan.

    Kita perlu memohon perlindungan dari Allah swt.
    Antara amalan Rasulullah saw dalam perkara ini adalah dengan
    membaca beberapa surah ..

    • Surah al – fatihah
    • Surah al- Ikhlas ( 3 kali )
    • Surah al- Falaq ( 3 kali )
    • Surah an-Naas ( 3 kali )
    • Surah Ghafir ayat 1 hingga 3
    • Surah al- Mukminun ayat 97 hingga 98

    Sebelum keluar rumah hendaklah dibiasakan membaca ayat tersebut..

    • Surah al _ Fatihah
    • Ayat al- Kursi
    • Surah al – Quraisy
    • Doa ketika keluar rumah. Maksud doa:-

    “ Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya dan
    tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan
    ( daya upaya dan kekuatan ) Allah, aku berlindung
    dengan-Mu daripada perbuatan sesat atau disesatkan,
    atau daripada binasa atau dibibasakan, atau daripada
    zalim atau dizalimi, atau daripada jahil ( bodoh )
    atau diperboodohkan”

    Juga ketika menaiki kenderaan dibiasakan membaca doa berikut:-
    Ia ayat al-Quran surah al-Zukhruf ayat ( 13 hingga 14 )
    Makhumnya....

    “ Maha suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami
    Sedang kamisebelum ini tidak menguasainya. Dan sesungguhnya
    Kepada Allah kami akan kembali”

    Jika dalam perjalanan hujan, guruh, angin dan kilat, maka Rasulullah saw
    menganjurkan kita supaya membaca doa ini..

    * Doa ketika hujan:
    Ya Allah jadikanlah ia ( hujan ) sebagai yang menyenangkan


    • Doa ketika mendengar guruhdan petir:
    Ya Allah janganlah engkau matikan kami dengan kemurkaan-Mu
    dan janganlah engkau binasakan kami dengan azab-Mu dan
    ampunkanlah kami sebelum itu

    • Doa ketika angin bertiup kencang:

    Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan ( angin ini )dan
    kebaikanyang ada padanya dan kebaikan yang ada engkau
    utuskan bersertanya, aku meohon perlindungan-Mu daripada
    keburukannya dan keburukan yang ada padanya serta keburukan
    yang engkau utuskan bersertanya

    Mudah-mudahan dengan membaca ayat , doa dan mengamalkan zikir
    akan mendapat berkat dan terhindar daripada sebarang malapetaka
    ketika berada dalam perjalanan . Dalam kehidupan yang semakin sibuk
    serta pertambahan penggunaan kenderaan awam dan persendirian
    oleh masyarakat, amalan berzikir menjadi satu daripada usaha untuk
    mengelakkejadian yang tidak diingini sepanjang perjalanan sama
    ada dekat atau jauh.
    .
    Zikir adalah santapan hati yang wajar dijadikan amalan oleh
    setiap orang Islam.. Golongan mukminin sepatutnya mengingati Allah
    sama ada ketika menerima nikmat dan kesenangan daripada Allah
    dengan mensyukuri nikmat-Nya. Barang diketahui segala amalan itu
    bertujuan mencari keredaan Allah swt . Amalan itu juga boleh
    mwenenangkan hati atau diri serta reda akan apa yang akan berlaku
    selepas usaha sesuai diambil

    ReplyDelete