Sunday, December 11, 2011

EL-SURAYA - Harta Dunia

2 comments:

  1. terlalu cintakan kepada dunia, kurang rasa malu,panjang angan-angan dan suka melakukan kezaliman .. ( hadis riwayat Dailami )

    1. Pertama..Orang yang suka mencari dan menyebarkan keburukan orang lain lalu memperbesarkan nya , sementara aib sendiri tidak diperiksa sesuai dengan pepatah ‘kuman seberang laut Nampak , gajah didepan mata tidak nampak’
    Ada riwayat mengisahkan khalifah membuat rondaan dan lawatan pada tengah malam menemui rumah seorang lelaki dan wanita serta minuman khamar dihidangkan, dia masuk kerumah itu dengan menanjat dinding, menerjah masuk dan berkata ‘ hai musuh Allah, apakah kau menyangka Allah akan menutupi kesalahan yang kamu lakukan ini...?
    Lalaki itu menjawab: ‘Tuan sendiri jangan tergesa-gesa,tuan juga melakukan kesalahan’

    Kahlifah bertanya apakah kesalahan ku..? lalu dibalas oleh lelaki berkenaan..
    Kesalahan saya hanya satu iaitu apayang Khalifah lihat sekarang.. sedangkan tuan melakukan tiga kesalahan iaitu mencari dan mendedahkan keburukkan orang lain, pada hal Allah melarang perbuatan itu,memanjat masuk kedalam rumah orang, bukan kah ada pintu dan masuk tanpa izintuan rumah’

    2. Kedua sikap keras hati : bermaksud tidak menerima pengajaran baik dan nasihat,Dia tdak suka dikritik apatah lagi dipersalahkan, kerana yakin dia adalah benar,disamping itu hatinya tidak tersentuh dengan penderitaan dan kesedihan orang lain.

    Ketika hayat Rasulullah saw , ada sahabat bersedih kerana anggota keluarga dikalangan mereka mati sehingga Baginda turut menitiskan air mata , namun ada seorang sahabat sedikitpun tidak tersentuh melihat kejadian itu , Lalu ditanya kepada Rasulullah saw . lalu dijawab oleh Baginda Itu tandanya hati nya yang keras’

    3. Ketiga. Cintakan dunia.. kehidupan didunia hanya sementara dan kita sebenarnya musafir yang dalam perjalanan , lalu beristirahat disebuah tempat untuk sementara waktu, Namun tidak sedikit pun manusia beranggapan tempat istirahat itu sehingga lupa matlamat sebenar akan kembali keopada Allah Yang maha Esa.

    Justeru ,Rasulullah saw pernah menegaskan ,suatu masa nanti umat Islam akan ditindas dan di zalimi oleh umat lain seperti mereka menghadapi makanan diatas meja , padahal jumlahnya ramaitetapi kekuatannya ibarat buih diatas lautan, mudah hancur.
    Saat itu umat dihinggapi penyakit bernama al-Wahn iaitu penyakit yang menyebabkan mereka terlalu cintakan dunia dan takut kematian.

    ReplyDelete
  2. 4. Keempat.. Menurut hawa nafsu.. Orang yang bertindak menurut kemahuan hawa nafsunya,membuat dosa adalah agenda utama kehidupannya, benar atau salah tidak lagi menjadi ukuran dalam hidupnya.

    5. Kelia. Panjang angan-angan.. Angan-angan menunjukkan kekerdilan manusia , kemahuan lebih tinggi , tidak sesuai dengan kemampuan sebenar, malah suka berkhayal , Ungkapan biasa bermain pada lidahnya.. ..Andai kata.. , Apabila..., Jika.... dan Kalau aku... jadi kaya.. senang.. macam-macam lagi lah angan-angan dia..

    Dia banyak menghabiskan masa untuk berkhayal.Ironinya , realitinya dia beranggapan khayalan itu benar dan adalah kenyataan ( realistic ) Orang bersikap demikian ibarat pungguk rindukan bulan atau katak ingin jadi kerbau..

    6. Melakukan kezaliman. Zalim melakukan penindasan dengan kekuasaan serta kekuatan, manusia melakukan eksploitasi terhadap orang lain , memeras ugut golongan bawahan dan menindas dengan kejam keatas kelompok yang lemah. Jika perbuatan ni dilakukan secara berterusan , maka akhirnya terjadilah kepincangan dalam kehidupan masyarakat itu sendiri dan seterusnya melemahkan hubungan akraf masyarakat umumnya.... jadi mudahlah musuh-musuh Islam mengambil peluang dan kesempatan untuk menggagalkan kerukunan dan keutuhan Islam itu sendiri..

    Demikianlah sifat-sifat mazmumah yang akan menghancurkan nilai-nilai ibadah.. Ibarat air didaun keladi .. amal pahala banyak tetapi tertumpah tanpa meninggalkan bekas..

    ReplyDelete