Tuesday, November 22, 2011

Kau ajar ku menulis nama mu


Sejak ku bawa dikau melihat jalan mati
berpagar besi dan ada sekeping papan terbiar

kau ajar ku tulis nama mu dengan hati
hingga dapatku sentuh sejuknya embun
yang turun dipohon..
itfumi.... itfumi ku...

kau ajar ku tulis lagi nama mu 
ketika berlari dalam sepi yg bergelut dengan duka...

 sejak ku bawa dikau... melihat jari2 patah..
kuku berdarah.. dan sebentuk cincin yg merah dihujung nya

 kau ajar ku tulis nama mu dengan daun hingga menjelma pohon..
yg mengakari hati ,,,,
sepi dengan bisik senda

sejak ku bawa dikau... melihat ranting2 patah...
bunga2 musnah.. dan rerama menangis disisinya..
.
kau ajar ku tulis nama mu.. dengan embun titisan wahyu
membawa wangi salju....

Puas sudah aku berkelana diatas bumi bertuah ini
Hujan ribut, panas kemarau telah ku lalui...
Hanya hari ini dapat ku merenung
wajah mu .....
dapat ku rasai betapa ... dalam telaga mata mu
Ada sesuatu rahsia yang aku sahaja mengertinya..
Barangkali engkau sendiri susah utk meyakinkan
Betapa aku saja mengerti akan rahsia mata mu

Biarlah aku katakan 
bahawa aku melihat kamu seperti sorg musyafir
seorg yg berkelana melihat 
sekuntum mawar nan kembang mekar

Engkau bagi ku adalah satu simbul
ketenangan jiwa dan kau jua merupakan satu restu 
utk menghapuskan kegelisahan antara jiwa
manusia dengan manusia.

No comments:

Post a Comment