Wednesday, March 1, 2017

8 golongan yang akan disoal di Padang Mahsyar



8 golongan yang akan disoal di Padang Mahsyar

Setelah manusia dikumpulkan dihadapan Allah swt untuk disoal dipadang mahsyarnanti , mereka akan tertanya tanya siapa yang akan dipanggil dan disoal ? serta apakah soalan yang akan ditanya oleh Allah swt..
Ulama’ berpendapat  , ada lapan golongan manusia dipadang Mahsyar menanti untuk diadili dihadapan Allah swt .. Menurut Abu Hamid berdasarkan kitabnya Kasyful Ulum Al-akhirah , orang  pertama yang akan disoal ialah
1.       Golongan pertama ..Mereka yang buta ketika didunia tetapi taat kepada perintah-Nya..Rasulullah saw menyifatkan mereka ini yang sabar dengan ujian Allah swt . mana mana manusia yang Allah swt tarik nikmat penglihatan ketika didunia  iaitu mereka yang buta matanya ,sabar dan taat maka akan diganti kedua dua matanya itu dengan balasan syurga. Ketika golongan yang buta matanya disoal dan menjawab segala pertanyaan ditujukan kepadanya , Alah swt berkata..

Kamu lebih berhak memandang kami kami,kerana ketika didunia kamu tidak nampak ayat Al-Quran , tetapi kamu masih beriman.. Besarnya kehebatanmaki dan sekarang bergeraklah kamu kesyurga. Lalui titian sirat sepantas kilat.. lalu dicelikkan mata dan dipasangkan pada
padanya panji panji dan dibawa oleh Nabi Syuib. Baginda akan membawa mereka masuk kesyuga. Ramainya golongan ini sehingga tidak dapat dihitung jumlahnya   . Mereka akan melalui titian sirat seperti  sepantas  kilat menyambar., malah Rasulullah saw menyebut Allah swt menjadi takjub kepada orang mukmin ini . segala sesuatu yang terjadi dalam hidup mereka  semua menjadi baik kerana kesabaran yang ada pada mereka..

2.       Golongan kedua..  Mereka dari kalangan manusia yang dihina dan diperlekehkan ketika didunia.
Dipadang Mahsyar kelak nanti mereka ini akan disambut oleh Allah swt dengan penuh kasih sayang .. Mereka yang dizalimi dan dikhianati ini mempunyai kelebihan kerana doa mereka didengari oleh Allah swt.  Malah diperintahkan Allah swt pada hari akhirat kelak untuk menuju kesyurga setelah diberikan panji panji berwarna hijau yang diserahkan kepada Nabi Ayob yang akan membawa mereka menuju kesyurga .. Oleh itu wahai manusia bersabarlah bila mana menerima penghinaan manusia semasa didunia..

3.       Golongan ketiga.. Mereka yang akan disoal oleh Allah swt dipadang Mahsyar ialah orang muda yang taat.. Mereka disambut dengan penuh kasih sayang dan diperintahkan memasuki syurga  kerana pada usia muda manusia memiliki nafsu membuak buak dan jarang sekali mentaati agama. Bahawa Rasulullah saw sendiri mengkagumi orang muda yang mengimarahkan masjid dan taat kepada perintah agama.. Setelah disambut oleh Allah swt dipadang Mahsyar , mereka diberikan panji panji hijau dan dipimpin oleh Nabi Yusof untuk masuk kesyurga diatas sikap sabar,ramah,dan berilmu ketika didunia dahulu..

4.       Golongn ke empat. Manakala mereka yang akan dipanggil dan disoal ialah manusia yang berkasih sayang kerana Allah swt . Mereka ikhlas dan tidak pernah timbul perasaan marah atau menurut hawa nafsu.


5.       Golongan kelima. Mereka ini ialah orang yang ketika hidupnya menitiskan air mata kerana takut kepada Allah swt . Darah mereka akan ditimbang disisi Allah swt bersama darah para syuhada dan tinta tulisan alim ulama.. Sesungguhnya darah mereka ini lebih berat timbangannya dan diperintahkan Allah swtuntuk masuk kesyurga . Mereka akan dipasangkan panji-panji pelbagai warna yang tertulis mereka adalah orang takut kepada Allah swt dan mereka ni dipimpin oleh Nabi Nuh menuju kesyurga.

6.       Golongan ke enam .. Mereka yang disoal ini ialah golongan orang fakir dan miskin yang taat perintah Allah ketika didunia..Allah mengalu-alukan golongan ini “ selamat datang wahai orang yang dunia ibarat penjara baginya” 

7.       Golongan yang ketujuh. Mereka ini ialah yang terdiri  daripada orang kaya dan dihisab oleh Allah swt selama lebih kurang 500 tahun jaraknya berbanding golongan keenam yang terdiri daripada fakir miskin tadi .. Baginda Rasulullah saw berkata golongan kaya juga turut memasuki syurga , tetapi mereka ini terlalu sedikit jumlahnya . mereka akan banyak disoal oleh Allah swt kerana kebanyakkan daripada golongan ini lupa daratan setelah memiliki harta yang banyak kecuali bagi mereka yang taat.

8.       Golongan yang kelapan.  Mereka ini ialah golongan pemimpin..Baginda rasulullah saw mengingatkan tidak akan ada  seorang pun pemimpin didunia ini terlepas melainkan akan ditahan diakhirat sehingga Allah swt melepaskannya kerana keadilan atau ditahan untuk dihumban ke neraka kerana kezaliman yang dilakukannya..Umar ra pernah berkata kepada Abu Zar al- Ghifari untuk menerangkan kepadanya sebuah hadis Rasulullah saw.. dan dia berkata Baginda bersabda “ Pada hari kiamat nanti pemimpin disuruh berjalan diatas titian neraka , ketika dia melalui titian itu tiba-tiba titian itu bergoyang dengan kuat maka semua yang ada diatas titian itu jatuh..hanya yang taat kepada Allah swt maka berlalulah dia dengan selamat tiba keseberang titian sirat, sedangkan mereka yang derhaka kepada Allah dia akan jatuh kedalam neraka selama 50 tahun ..

8 golongan tersebut ialah:-

1.       Golongan buta
2.       Golongan Manusia yang dihina dan diperlekeh masa didunia
3.       Golongan Orang muda yang taat
4.       Golongan Mereka yang berkasih sayang kerana Allah swt
5.       Golongan Mereka yang hidupnya menitiskan air mata kerana takut kepada Allah
6.       Golongan orang fakir dan miskin yang taat perintah Allah
7.       Golongan orang kaya dan dihisab oleh Allah selama 500 tahun
8.       Golongan pemimpin adil atau zalim



No comments:

Post a Comment